Terapi Dr Jism rasa seperti berjoging

"SELEPAS lima hari menggunakan terapi Dr Jism, saya rasa ada perubahan kerana boleh berjalan sedikit tanpa bantuan orang lain.

"Selepas 20 hari, saya sudah mampu makan dan memakai pakaian sendiri, lenguh-lenguh di badan hilang malah saya boleh bersolat seperti biasa," kata pengguna Dr Jism, Mufiah Salleh, 65.

"Dr Jism banyak membantu kesihatan saya. Selepas melakukan terapi selama empat bulan, bengkak pada kaki hilang, Alhamdulillah saya tambah bertenaga," kata Zulkafli, 44.


Mereka adalah antara pengguna yang menggunakan terapi medan elektrostatik, Dr Jism.

Sebagai insan yang dikurniakan Allah akal untuk berfikir, manusia perlu berusaha mencari ubat yang dapat menyembuhkan penyakit sama ada memakan ubat atau kaedah getaran elektrostatik.

Hakikatnya, semua kaedah perubatan adalah baik, cuma sebagai pengguna kita perlu berwaspada kerana penggunaan ubat yang mengandungi bahan kimia atau dadah berlebihan boleh memudaratkan dan memberi kesan sampingan dalam tempoh jangka panjang.

Di Jepun, pakar perubatan mencari kaedah moden dan terkini bagi merawat penyakit yang berhubung kait dengan darah.

Melalui kaedah pembersihan saluran darah, ia akan mengeluarkan benda asing seperti lemak dalam badan.

Ketua Pegawai Eksekutif, Al-Jabbar Group, Kamaruzaman Che Hussein, berkata terapi Dr Jism yang diimport dari Jepun itu adalah rawatan moden bagi membersih saluran darah yang tersumbat oleh lemak.

Al-Jabbar adalah satu-satunya syarikat Bumiputera yang memasarkan terapi medan elektrostatik di negara ini.

Teknologi ini mampu mengurangkan pergantungan terhadap ubat yang memberi kesan sampingan kepada ginjal dan hati.

"Terapi Dr Jism boleh digunakan sesiapa yang ingin mengekalkan kesihatan kerana ia membantu membuang lemak dan mencegah penyakit.

"Lebih istimewa, terapi ini tidak memerlukan pesakit memakan ubat malah tiada kesan sampingan untuk tempoh jangka panjang.

"Kaedah yang digunakan ialah melancarkan perjalanan darah kerana banyak penyakit yang berlaku berpunca daripada saluran darah tersumbat," katanya.

Beliau berkata, mesin terapi mudah alih itu sesuai digunakan setiap hari bagi membantu membersihkan saluran darah dan mengecas zat penting agar tubuh badan lebih sihat.

"Jika menggunakan terapi ini, ibarat anda bersenam atau melakukan joging setiap hari kerana getaran yang dihasilkan membantu menguatkan sistem ketahanan tubuh selain memberi kekuatan kepada seseorang.

"Justeru, Dr Jism bukan hanya sesuai untuk mereka yang mempunyai pelbagai penyakit malah boleh digunakan untuk anda yang sihat bagi memastikan kesihatan anda terus mantap setiap hari," katanya.

Ia dilengkapi lima fungsi iaitu voltan tinggi, voltan negatif, tenaga gelombang ringan, voltan rendah dan pengionan negatif.

Rawatan terapi medan elektrostatik Dr Jism menghasilkan 60 kali getaran sesaat dan ia memerlukan beberapa jam jika anda melakukan aktiviti berlari atau joging. Dengan jumlah itu, ia mudah memecahkan lemak pada kapilari darah.

Penggunaan gelombang rendah selama satu jam bersamaan anda berjoging tiga jam.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh datang sendiri ke No 13, Jalan Prima Saujana 1/1A, Taman Prima Saujana, Seksyen 1, 43000 Kajang, Selangor atau hubungi talian 03-87393206, 03-87393239, 017-6413227 dan 013-3694324.

Untuk mendapat info melalui Internet, layari laman web, www.aljabbargroup.com.

Operasi pusat pameran Al Jabbar bermula dari jam 9 pagi hingga 11 malam.