www.aljabbargroup.com - Uniknya Dr Jism, Family Dr

Masyarakat semakin bijak memilih jenama berkualiti, tetapi mampu milik untuk menjaga kesihatan.

Keperluan itu mendorong Al Jabbar Healthcare Sdn Bhd, syarikat milik Bumiputera sepenuhnya, memasarkan produk kesihatan, Dr Jism dan Family Dr.

Syarikat yang bernaung di bawah Al Jabbar Group itu ditubuhkan pada 2007 dan kini menguasai pasaran Brunei Darussalam dan Indonesia.

Syarikat itu turut memasarkan produk kesihatan lain, antaranya penapis air beralkali Dr Jabar, pengurut kaki Refleksologi dan pembersih udara Air Purifier.

Dr Jism, terapi yang memang terkenal di peringkat antarabangsa, insya-Allah terbukti membantu merawat pelbagai penyakit kronik dan memecahkan lemak dalam salur darah yang menjadi punca penyakit kronik.

Ketua Pegawai Eksekutif Al Jabbar Group Sdn Bhd, Kamaruzaman Che Hussain, berkata ia mempunyai kelebihan dalam kepelbagaian fungsi yang tidak ada pada terapi lain, dengan lima fungsi utama iaitu voltan tinggi, voltan negatif, tenaga gelombang ringan, voltan rendah dan pengionan negatif.

Beliau berkata, rawatan terapi itu pada asasnya menggunakan kaedah getaran elektrostatik bagi melancar serta membuang lemak pada kapilari darah.

"Kebanyakan penyakit kronik berpunca daripada salur darah yang tersumbat.

"Oleh itu, kaedah rawatan alternatif menggunakan terapi Dr Jism membantu merawat pelbagai jenis penyakit," katanya.

Manakala, Family Dr dipasarkan bagi memenuhi permintaan orang ramai yang mahukan terapi elektrostatik yang lebih kecil, mudah alih dan mampu dimiliki.

Dr Jism dan Family Dr pada dasarnya menjimatkan kos tinggi dalam perubatan.

"Bukan itu saja, malah lima fungsi pada mesin terapi itu juga dapat digunakan semua peringkat umur.

"Selain warga emas, kanak-kanak boleh menggunakan produk itu dengan selamat memandangkan ia diinsuranskan bagi menjamin keselamatan pengguna serta mempunyai jaminan empat tahun," katanya.

Selain itu, Al Jabbar Healthcare mempunyai penapis air beralkali yang berbeza berbanding penapis air biasa.

Ia membantu memelihara tubuh badan menjadi lebih sihat serta dapat mengelak penyakit kronik akibat pencemaran.

Prihatin dengan tahap pencemaran yang semakin tidak terbendung kini, Al Jabbar Healthcare memasarkan pembersih udara yang membebaskan ion negatif bagi meneutralkan kandungan ion positif yang menjadi punca kemurungan.

Selain itu, Al Jabbar Healthcare mengeluarkan pengurut kaki refleksologi bagi merangsang zon refleks, sistem saraf, titik akupunktur, otot serta saluran darah. Ia mampu memperbaiki perjalanan darah dan meningkatkan sistem imunisasi badan.


Kini, Al Jabbar Healthcare menjalin kerjasama dengan koperasi di negara ini kerana keupayaan kuasa beli ahlinya yang boleh mendapatkan pinjaman. Setakat ini, syarikat itu berurusan dengan 20 koperasi.

Maklumat lanjut, anda boleh datang sendiri ke No 12, Jalan Prima Saujana 1/1A, Taman Prima Saujana, Seksyen 1, 43000 Kajang, Selangor atau hubungi talian 03-87393206, 03-87393239, 017-6413227 dan 013-3694324.

Untuk mendapat info melalui Internet, layari laman web, www.aljabbargroup.com.

Operasi pusat pamerannya bermula dari jam 9 pagi hingga 11 malam.