Bagi anda yang sering memuatnaik imej dan gambar di akaun Imageshack pasti mempunyai masalah gambar tidak muncul. Yang muncul hanyalah gambar imej katak imageshack.
Rupa-rupanya imageshack telah menetapkan peraturan baru iaitu semua domain atau blog yang ingin menggunakan imej-imej yang diupload di imageshack haruslah mendaftar domain mereka terlebih dahulu.
Caranya senang saja. Mulanya anda perlu daftar dulu di imageshack. Mendaftar di imageshack adalah sangat penting kerana anda akan mendapat beberapa keistimewaan seperti dapat menjejak kembali imej atau gambar yang telah dimuatnaik serta berupaya untuk memadam semula gambar yang tidak diingini.
Setelah mendaftar, klik link ini
http://stream.imageshack.us/content.php?page=register_domain
Senaraikan url domain atau blog anda di borang yang telah disertakan.
Tunggu hingga nama domain anda disahkan oleh pihak imageshack dan voila!! Imej-imej anda pasti akan muncul kembali.
Okay! Cuba hingga berjaya!