LUX Soft Touch dan LUX Velvet Touch hasilkan kulit cantik berseri

Kulit bersih berseri, halus selembut sutera menjadi idaman setiap wanita. Petuanya mudah, mulakan hari anda dengan mandian yang sempurna kerana waktu mandi adalah waktu yang paling penting untuk memperoleh kulit badan yang sihat cantik berseri.

Selain itu, bersenam dan mengamalkan pemakanan yang seimbang memainkan peranan penting untuk kulit supaya kejelitaan dan keanjalan kulit terpelihara serta terhindar daripada apa juga masalah kulit.

Bagi pelakon, Fazura itu adalah antara rahsia kecantikannya.

"Kecantikan bermula dari mandian sempurna, yang dapat menyegarkan, menyerikan malah melembapkan tubuh badan. LUX Soft Touch mahu pun LUX Velvet Touch dapat melembapkan kulit saya secara langsung menyerikan dan menyerlahkan lagi kejelitaan kulit saya.Ia membuatkan kulit saya berseri, kekal Menawan dan sempurna sepanjang hari"

Fazura memulakan harinya dengan mengamalkan mandian yang sempurna bersama LUX. Baginya, mandian menyegarkan yang diperkayakan dengan nutrisi yang baik untuk kulit menjadi pilihan utama. Sementara itu, Teng berkata, Fazura terpilih sebagai duta kerana kecantikannya yang menawan dan penampilannya yang terserlah.

“Dengan hanya melihat pada kejelitaan, penampilan dan personaliti Fazura, kami yakin beliau adalah duta yang tepat untuk produk kami,” katanya.


Pengguna kini semakin bijak memilih produk mandian yang dapat memberi impak kejelitaan kulit dan kelembapan yang secukupnya sepanjang hari. Dengan menggunakan rangkaian formula produk terbaru LUX Soft and Smooth setiap hari, pengguna pasti mendapat apa yang diingini, kulit yang segar, bersih, berseri dan cantik.

Ia terdiri daripada LUX Soft Touch dan LUX Velvet Touch. LUX Soft Touch diperkaya dengan gabungan krim ceri dan ekstrak protein sutera manakala LUX Velvet Touch diperkaya dengan rumusan gabungan krim aprikot dan ekstrak protein sutera. Kedua-dua produk itu dijual pada harga RM14.90 (700 militer (ml)) atau RM5.90 (220 ml) sebotol. Pek isi semula boleh didapati dengan harga RM8.90 (600 ml) satu pek.

Produk LUX bukan sekadar produk mandian sebaliknya ia mendidik pengguna untuk memperoleh kulit bersih berseri, halus selembut sutera. LUX bukan sekadar produk kecantikan.LUX prihatin dengan apa yang pengguna inginkan dan kami akan sentiasa meningkatkan mutu produk dengan teknologi inovasi terkini.