Minyak wangi Dd's Perfume

SEMUANYA tercetus gara-gara minatnya mengumpul minyak wangi khususnya yang halal. Dia mahu memiliki sesuatu yang murah tetapi berkualiti dan berinspirasikan minyak wangi antarabangsa.

"Sejak itu saya mengambil keputusan mencipta minyak wangi yang diinspirasi daripada jenama antarabangsa tanpa alkohol," ujar Pengurusan Kanan Genuine Strategies Sdn Bhd , Farahsuzie Suleiman.

Berbicara soal minyak wangi, jika diperhatikan masyarakat kita mula menerima minyak wangi buatan Malaysia.

Barangkali mereka percaya bahawa minyak wangi tempatan setanding dengan haruman antarabangsa.

Di bawah Genuine Strategies, Farah bekerjasama dengan kumpulan pengurusan syarikatnya, maka tercetusnya idea minyak wangi Dd's Perfume yang mula memeriahkan industri minyak wangi tempatan sejak Oktober 2010.

'Dekat di hati selalu' menjadi moto utama Dd's Perfume yang diilham daripada 16 jenis haruman antarabangsa dari Perancis.

Biarpun masih baru tetapi nama Dd's Perfume sudah meniti di bibir pengguna kerana pembungkusan kotak dan warnanya yang menarik.

Pewangi Dd's Perfume diperbuat daripada formulasi haruman minyak wangi antarabangsa yang hebat seperti Armani Black Code, Enve Me Gucci, Polo Blue, Be Delicious DKNY, Touch Burberry, Desire, Bulgary dan Ferrari Red. Meskipun tanpa alkohol, setiap haruman Dd's Perfume yang dititik pada kulit atau pakaian mampu bertahan lama.

Menerusi testimoni pelanggan, ramai yang memuji kerana kotak pembungkusan yang boleh dipisahkan antara satu sama lain dan berbau harum.

"Pewangi ini tidak sama seperti minyak atar. Minyak atar lebih tertumpu pada haruman flora tetapi kami mengaplikasikan elemen haruman antarabangsa yang disertakan surah Yusof ayat empat dan surah Thaahaa ayat 39 untuk keyakinan dan seri wajah pengguna," terang Ahmad Kamil Arifin.


Didatangkan dalam pek yang mengandungi empat botol wangian berbeza dan berbentuk roll-on. Terdapat empat set warna berbeza mewakili kategori masing-masing dan fungsi warna tersebut.

Misalnya pink melambangkan keceriaan hati, biru untuk ketenangan jiwa, ungu dapat mengurangkan stres dan baik untuk minda.

"Kotak ungu merupakan haruman wanita, pink untuk remaja, biru untuk lelaki dan terdapat satu set keluarga. Ia dijual pada harga antara RM 55 hingga RM 60 setiap set. Pada pendapat kami harga tersebut mampu dibeli sesiapa saja termasuklah golongan pelajar yang obses wangian antarabangsa. Bahkan, botol-botol pewangi yang bersaiz lima milimeter itu mudah dibawa ke mana saja," ujarnya.