Nano-photocatalyst hapuskan bakteria

Perkembangan teknologi nano kini sedang mendapat tempat bukan sahaja dalam penyelidikan malahan penghasilan produk bagi tujuan komersial.

Hari ini berpuluh ribu produk yang dihasilkan berasaskan teknologi nano telah pun memasuki pasaran begitu juga di Malaysia.

Walaupun begitu, penggunaannya masih lagi dalam jumlah yang kecil dan ini mungkin kerana masyarakat belum mengetahui dan memahami sepenuhnya akan kebaikan kehadiran produk-produk sedemikian.

Dalam usaha memperkenalkan produk yang berasaskan teknologi tersebut seiring dengan penyelidikan dan inovasinya, syarikat Nano Green Tech telah mengambil inisiatif dengan menghasilkan satu produk yang berasaskan teknologi tersebut.

Menurut Pengurus Korporatnya, Sheon Soo Huan, produk yang ditawarkan syarikatnya merupakan produk pembersihan berteknologi tinggi yang dihasilkan daripada teknologi nano.


Katanya lagi, buat masa sekarang tidak ramai yang terlibat di dalam menghasilkan produk pembersihan yang berasaskan teknologi tersebut.

Apa yang istimewa tentang produk keluaran syarikatnya ialah teknologi nano yang digunakan merupakan teknologi yang sama dipakai oleh angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha di angkasa lepas.

"Produk pembersihan yang dikenali sebagai nano-photocatalyst ini sudah pasti dihasilkan menggunakan teknologi nano di mana ia mampu membersihkan udara di sekeliling kita.

"Untuk pengetahuan bersama, nano-photocatalyst telah pun diguna oleh Sheikh Muszaphar selama 12 hari apabila beliau berada di angkasa lepas.

"Nano-photocatalyst merupakan satu teknologi yang digunakan secara semburan untuk menghilangkan bau dan ia juga merupakan anti bakteria dan virus seperti selesema burung, Influenza A ( H1N1 ), Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) dan sebagainya," ujarnya ketika ditemui dipejabatnya di No. 31, Jalan Othman 4/40, Seksyen 4, Petaling Jaya, Selangor.

Katanya lagi, penggunaan teknologi tersebut sebenarnya telah meluas di hospital-hospital luar negara.

Apa yang perlu dilakukan hanyalah menyembur nano-photocatalyst di mana-mana sahaja yang dirasakan perlu dan antara tempat-tempat yang dicadangkan ialah tandas dan dapur.

Ini kerana kedua-dua tempat tersebut merupakan tempat aktifnya bakteria dan virus membiak.

Terdapat banyak produk nano-photocatalyst keluaran Nano Green Tech seperti nano-photocatalyst untuk rumah, pejabat, projek dan juga kereta.

Untuk kereta ia dikenali sebagai nano anticrush di mana ia mampu melindungi kenderaan anda daripada kesan calar.

Mengulas lanjut mengenai produknya, Sheon memberitahu produk keluarannya merupakan produk mesra alam di samping mudah untuk dibersihkan.

Beliau turut mengakui bahawa produk tersebut merupakan satu produk baru di Malaysia kerana sebelum ini ia hanya diguna pakai di dalam sektor perindustrian sahaja.

Bukan itu sahaja malah Sheon turut memberi jaminan produknya dilindungi oleh insurans sebanyak RM1 juta sekiranya produk tersebut memudaratkan kesihatan pengguna, begitu juga dengan kereta, ia mempunyai jaminan selama 10 tahun.

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan produk tersebut terutama sekali untuk kegunaan di rumah, Nano Green Tech menawarkan pakej menarik sepanjang Julai hingga Ogos ini.

Memandangkan hari raya hampir tiba, ia sememangnya bagus untuk tujuan pembersihan rumah sekali gus menggembirakan tetamu yang berkunjung.

Pakej yang ditawarkan adalah untuk empat kali pembersihan dalam tempoh setahun dan harga yang ditawarkan hanya RM1,200.

Dalam masa yang sama, Nano Green Tech turut menyediakan Program Usahawan Nano bagi mereka yang berminat terutamanya kepada belia-belia.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.nanogreentech.com.my atau hubungi talian 013-3348281 (Zulbadri).

Oleh MARIATUL QATIAH ZAKARIA