Halia salah satu rempah-ratus yang bukan sahaja banyak digunakan dalam masakan Timur dan Barat malah antara rempah terpenting diperniagakan di dunia.
Tanaman ini berasal dari Asia Tenggara dan sekarang ditanam secara meluas di seluruh dunia. Antara negara yang banyak mengeluarkan halia ialah India, China, Nigeria, Australia dan Thailand.
Penanaman halia di Malaysia boleh dikatakan masih diusahakan secara kecil-kecilan sebagai tanaman tunggal atau selingan bersama tanaman saka seperti nanas, getah dan kelapa sawit.
Begitu juga yang dilakukan oleh pengusaha halia, Ahmad Taib yang mana beliau juga terlibat dalam mengusahakan tanaman selingan lain sementara menunggu hasil tuaian halia.
“Selain halia, saya mengusahakan tanaman pisang, sayur-sayuran seperti kacang botol, cili padi, serai, bayam, terung dan ulam-ulaman lain.
“Ia bertindak sebagai satu pendapatan sampingan kerana hasil halia hanya boleh dituai setelah matang iaitu antara 10 hingga 12 bulan,” katanya ketika dihubungi InfoAgro, baru-baru ini.
Beliau berkata, keterlibatannya dalam penanaman halia bermula sejak 20 tahun lalu apabila mengambil upah dengan pekebun Cina di Kampung Bukit Tinggi, Bentong, Pahang.
“Kebanyakan penanam halia di sana menanam halia Bentong. Setelah beberapa tahun mengambil upah, akhirnya saya membuat keputusan untuk menanamnya sendiri.
“Kebetulan pula, terdapat seorang rakan yang membawa halia Bentong ini ke Gerik, Perak dan di situ pula banyak kawasan tanah terbiar,” katanya.
Menceritakan mengenai tanaman halianya, Ahmad berkata, ekoran dirinya yang sudah mempunyai pengalaman luas mengenai halia Bentong, beliau mengambil keputusan untuk menanamnya sendiri sejak tiga tahun lalu.
“Saya mengusahakan halia Bentong di kawasan tanah seluas 0.2 hektar di Kampung Bongor, Gerik, Hulu Perak untuk di simpan sebagai benih bagi digunakan di tanah yang lebih luas,” katanya.
Beliau berkata, kebiasaannya penanam halia mencuba menanam halia Bentong dalam jumlah yang kecil dahulu untuk melihat kesesuaian tanah serta kesuburannya.
“Ini dilakukan bagi mengelak kerugian yang lebih besar sekiranya tanah tidak sesuai.
“Saya pernah mengalami kerugian besar apabila halia yang ditanam di satu kawasan di Gombak tidak menjadi, menyebabkan banyak pokok mati akibat daripada ketidaksesuaian tanah dan cuaca yang tidak menentu,” katanya.
Menurutnya, disebabkan beliau adalah pengusaha tunggal halia di kawasan Kampung Bongor, maka ia lebih dikenali sebagai Pak Mat Halia dan sering didatangi penduduk yang berminat untuk menanam halia.
“Sebahagian penduduk dan jiran menunjukkan minat mendalam untuk mencuba menanam halia Bentong, malah ada antara mereka yang telah pun mendapat hasil tuaiannya,” katanya.
Dalam pada itu, katanya, beliau telah melabur sebanyak RM15,000 dalam penanaman halia meliputi kos membaja, mengupah, meracun, merumput dan keperluan pertanian lain.
“Saya tidak mendapat khidmat nasihat daripada mana-mana pihak berkaitan sebaliknya hanya bergantung pada pengalaman yang sedia ada,” katanya
Penanaman halia Bentong
Halia Bentong mempunyai rizom yang besar dan berisi bendalir (berlendir dan berair). Halia sesuai di tanam di pelbagai jenis tanah termasuk tanah gambut yang mempunyai saliran baik serta gembur dan peroi agar tidak menyekat pertumbuhan rizom.
Ahmad berkata, halia di tanam daripada keratan rizom tua yang berumur lebih sembilan bulan. Rizom yang berpenyakit hendaklah dimusnahkan untuk mengelakkan merebaknya penyakit bakteria dan kulat halia.
“Rizom tersebut kemudiannya disimpan di tempat teduh dan berangin selama dua hingga tiga minggu untuk percambahan tunas.
“Kemudian rizom di kerat lima sentimeter (cm) panjang dan mempunyai sekurang-kurangnya dua mata tunas,” katanya.
Selain itu, katanya, halia memerlukan penjagaan rapi seperti merumput dan menyiram yang harus dilakukan setiap hari di samping keperluan baja bersesuaian.
Katanya, sebaik-baiknya halia ditanam dalam bulan Februari dan Mac iaitu musim permulaan hujan kerana ia membantu dalam percambahan rizom.
“Musim kemarau berikutnya pula mengurangkan berlakunya penyakit layu,” katanya.
Menurutnya, halia dituai sebagai halia muda apabila berumur empat hingga lima bulan manakala halia tua pula apabila berumur 10 hingga 12 bulan selepas ditanam.
“Kelewatan menuai akan meninggikan kandungan serabut pada halia tersebut,” katanya.