AirAsiaRedtix.com tiket pelbagai aktiviti seni sepanjang Julai 2011

Pelbagai aktiviti seni telah berlangsung sepanjang bulan Julai ini. Daripada kemeriahan muzik broadway, festival seni dan fesyen sehinggalah ke ikon American Idol yang penuh sensasi, semua itu dapat dinikmati oleh peminat muzik Malaysia sepanjang bulan ini dan Airasiaredtix.com merupakan satu-satunya sumber untuk mendapatkan tiket pertunjukan antarabangsa dunia hiburan.


Jika anda pernah menonton filem Dreamgirls yang diterajui Beyonce dan Jennifer Hudson, kali ini bertempat di Istana Budaya, dunia Dreamgirls akan dipentaskan dalam suasana teater muzikal broadway. Semua ini akan dijayakan oleh Broadway Academy yang mana telah memberikan hakcipta untuk mempersembahkan Dreamgirls di Malaysia bermula 14 hingga 24 Julai 2011.

Urbanescapes 2011 pula ialah sebuah festival seni kreatif yang menghimpunkan pelbagai komuniti tempatan dari bidang muzik, fesyen, seni reka dan fotografi di bawah satu bumbung. Ia bakal berlangsung di Padang Astana, Petaling Jaya, pada 16 Julai 2011 ini.

Selepas menjelajah ke seluruh tanah semenanjung, Freedom bakal menggegarkan KL dengan himpunan All-Star yang akan menampilkan DJ-DJ kegemaran anda dalam 2 bilik besar. Jadi buat mereka yang gemar menari, jangkakan keseronokan berganda pada 23 Julai 2011 di Solaris Dutamas, Kuala Lumpur.

Kumpulan rock dari Amerika, Incubus pula akan muncul sekali lagi di Kuala Lumpur untuk malam konsert besar-besaran mereka di Stadium Negara. Berasal dari Calabasas, California, Incubus menjadi kegilaan penggemar muzik rock moden dan audiens mainstream. Mereka telah menguasai carta radio antarabangsa dengan pelbagai single yang menjadi trademark tersendiri kumpulan ini. Peminat Incubus boleh menyaksikan kumpulan ini pada 23 Julai 2011 nanti.

Dia mungkin bukan pemenang, namun populariti naib juara American Idol Musim ke 7 ini tidak dinafikan. Atas permintaan ramai peminatnya di Malaysia, David Archuleta kini akan muncul semula di Malaysia dengan konsert solonya dalam jelajah "The Other Side of Down Tour".