4 pengajian prauniversiti di Management & Science University (MSU)

Pengajian prauniversiti
Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) berpeluang mengikuti program prauniversiti di Management & Science University (MSU) yang menawarkan empat bidang pengajian iaitu Asas Teknologi Maklumat dan Kejuruteraan, Asas Perniagaan, Asas Undang-Undang dan Asas Sains Biologi dan Kesihatan.

Antara program boleh diikuti selepas tamat pengajian termasuk Pengkomputeran Perniagaan, Reka Bentuk Grafik, Sistem Pengauditan Maklumat, Reka Bina Multimedia, Forensik Komputer, Teknologi Mudah Alih dan Tanpa Wayar, Pemasaran dan Reka Bentuk Komunikasi serta Multimedia Kreatif yang ditawarkan Fakulti Kejuruteraan dan Sains Maklumat.

Program Asas (Sains Biologi/Sains Kesihatan) pula sesuai bagi mereka yang mempunyai minat mendalam membina kerjaya dalam bidang perubatan, optometri atau farmasi selain berpeluang mengikuti program Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) yang ditawarkan melalui Sekolah perubatan Antarabangsa (IMS) sama ada kampus induk di Shah Alam atau di pesisir antarabangsa MSU di Bangalore, India.

Bagi bidang sama, pelajar berpeluang mengikuti program peringkat ijazah yang ditawarkan menerusi Fakulti Sains Hayat dan Kesihatan MSU dengan pengkhususan seperti Sains Biomedikal, Teknologi Perkhidmatan Makanan, Bioinformatik, Sains Perubatan, Optometri, Farmasi, Nutrisi dan Sains Forensik.

Program Asas Perniagaan pula ditawarkan bagi menampung peningkatan permintaan tenaga profesional dalam bidang pengurusan perniagaan dengan bidang pengajian yang boleh diikuti di peringkat ijazah termasuk Perniagaan Antarabangsa, Sains Pemutusan, Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti, Perakaunan, Pengurusan Pelaburan, Pengurusan Sumber Manusia, Kewangan, Pengurusan (Perhubungan Awam dan Hiburan) dan Luaran, Pengurusan Pengembaraan yang ditawarkan Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Pengajian Profesional MSU.

Program Asas Undang-Undang memberikan pendedahan awal kepada pelajar yang ingin menjadikan bidang perundangan sebagai karier dan selepas menamatkan program ini, pelajar berpeluang melanjutkan pengajian di peringkat ijazah dalam bidang Undang-Undang dan Perdagangan di MSU.

Bukan itu saja, pelajar berpeluang melanjutkan pengajian di peringkat antarabangsa melalui Program Pertukaran Pelajar Antarabangsa (ISEP) yang menyediakan pilihan mengikuti pengajian di lebih 40 rakan universiti MSU seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Afrika Selatan, Jepun, Eropah Timur, New Zealand, Australia, Korea Selatan, India dan Indonesia.

Selain itu, MSU menawarkan program pengajian peringkat diploma, ijazah dan pasca siswazah menerusi Fakulti Kesihatan dan Sains Hayat, Pengurusan Perniagaan dan Pengajian Profesional, Sains Maklumat dan Kejuruteraan, Perubatan Antarabangsa, Farmasi, Pengajian Siswazah dan Pengurusan Siswazah.

Diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), MSU membantu pelajar mendapatkan bantuan kewangan daripada penaja, termasuk Majlis Amanah Rakyat (Mara), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan yayasan negeri, merangkumi pembiayaan berbentuk biasiswa secara usaha sama dengan pihak tertentu, pinjaman atau tabung pendidikan MSU sendiri dikenali sebagai Biasiswa Presiden.

Maklumat lanjut berkenaan program ditawarkan di MSU, sila hubungi Jabatan Kaunseling dan Komunikasi di talian 03-55216868, SMS dengan menaip MSUINFOnama dan e-mel kepada 019-3419152/ 016-3568251/012-249 6551 atau layari www.msu.edu.my