Smart Reader Kids(R)

Smart Reader Kids(R)
Biasanya apabila tiba masanya kanak-kanak memasuki prasekolah, mereka akan bekerjasama antara satu sama lain dan mula mempunyai kawan baik.

Mereka boleh bermain bersama masa, bersosial, mempelajari permainan yang memerlukan mereka mengambil bahagian mengikut giliran dan menunjukkan semangat kesukanan yang baik dan turut menggunakan perkataan yang bersesuaian dengan mereka.

Tindak balas empati apabila kanak-kanak lain kesakitan atau sedih adalah sesuatu yang biasa dan mereka juga akan lebih tersentuh perasaan dan menunjukkan rasa belas.

Prasekolah memberikan banyak peluang dalam mewujudkan perhubungan dan melatih kemahiran bersosial dan kerana pelbagai sebab itu menyebabkan ramai ibu bapa memilih Smart Reader Kids(R) kerana merasakan ia adalah yang terbaik buat anak mereka.

Bagi Muhammad Iman Ghazi dari Smart Reader Kids(R) (Taman Sri Hartamas) yang baru berusia lima tahun, daya kepimpinan sebagai seorang ketua di kalangan rakan sebaya jelas terpancar. Dia sering menjadi tampil secara sukarela dalam aktiviti dengan menunjukkan semangat kepimpinan dan menggalakkan rakan sebayanya melakukan aktiviti dengan baik.

Dengan belajar di Smart Reader Kids(R), Iman menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan, Dia kini belajar di Smart Reader Kids(R) untuk tahun kedua.

Adalah menjadi harapan bagi setiap ibu bapa melihat anak mereka membesar dalam keadaan yang baik. Bagi ibu bapa Iman, Anwar Johari and Idahroyani Setam, mereka tidak mengharapkan selain daripada melihat keupayaan anak mereka sebagai pemimpin.

Bagi Pengarah Syarikat, Haryati Mohd Mokhtar dia mendaftar anaknya, Muhammad Syahid Luqman Al-Hakim di Smart Reader Kids(R) Wangsa Maju dan sangat gembira melihat perkembangan positif anaknya.

Selepas beberapa bulan belajar di Smart Reader Kids(R), Syahid Luqman Al-Hakim mula menunjukkan kemampuannya berdikari dan lebih berdisiplin.

Apabila Aida Shazreena Mohammad iaitu seorang setiausaha syarikat melihat iklan Smart Reader Kids(R), ia menarik minatnya untuk mendaftar anaknya.

Untuk memastikan anaknya mendapat pendidikan terbaik dia dan suaminya Eddy Adnan Zainal membuat banyak penyelidikan sebelum akhirnya memutuskan untuk mendaftar anaknya Emily Adriana yang berusia lima tahun ke Smart Reader Kids(R) (Taman Permata) awal tahun ini.

"Tahun lalu, saya hantar Emily ke tadika lain. Bagaimanapun saya menyedari saya perlu menghantarnya ke tadika lebih baik dan menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium pembelajaran.

"Apabila melihat iklan Smart Reader Kids(R), saya sukakan program ditawarkan kerana ia mengajar kanak kanak membina keyakinan diri selain membaca dan menulis dan saya percaya ia adalah asas terbaik sebelum dia memasuki sekolah rendah," kata Aida Shazreena.

Program Smart Reader Kids(R) mendapat kepercayaan daripada ramai ibu bapa yang melihat sendiri perkembangan memberangsangkan anak kecil mereka. Smart Reader Kids(R) menawarkan pembelajaran dengan keseronokan dan menggunakan pendekatan pembelajaran asas menerusi Smart Reader(R) English, Smart Bacaan(TM), Smart Mandarin(TM), Smart Maths(TM), Early Science, Hygiene, Moral, Smart Computer, Art & Craft, Smart Music(TM) dan Kindercooking.

Akan datang Smart Reader Kids(R) akan menganjurkan Majlis Hari Terbuka yang akan diadakan di semua pusat Smart Reader Kids(R) dan Smart Reader Kids Junior(R) seluruh negara pada 14 Januari 2012.

Banyak peluang menarik menanti ibu bapa yang mahu mengetahui program menarik yang ditawarkan di Smart Reader Kids(R). Pelbagai aktiviti turut dirancangkan kepada tetamu kecil termasuklah mewarna, menyanyi dan sesi bercerita.

Jangan lepaskan peluang berkunjung ke Hari Terbuka kerana banyak aktiviti menarik dan alami pengalaman berharga sebelum menghantar anak anda ke pra sekolah.

Untuk maklumat lanjut mengenai program Smart Reader Kids(R) atau promosi terkini, sila hubungi Smart Reader Kids(R) (Taman Sri Hartamas) di 03-6211 8857, Smart Reader Kids(R) (Taman Permata) 03-4105 4510 dan Smart Reader Kids(R) (Wangsa Maju) 03-4143 2757, SmartLine 1-300-82-5555 atau layari laman web www.smartreader.edu.my atau http://www.facebook.com dan lakukan carian 'Smart Reader'.