Produk dR-II : Wajah tidak lagi berkudis : Testimoni

Testimoni Produk dR-II Herba Prima Dr Rozmey

"Pada mulanya, seluruh muka dan tapak tangan anak saya, Muhammad Aliff Haiqal Zahari, 7, hanya dipenuhi kesan gigitan nyamuk ketika pulang ke kampung.

"Namun saya tidak menyangka keadaannya semakin teruk apabila melarat menjadi benjolan seperti bisul dan berkudis sehingga ada menganggap anak saya terkena bisul di dahi sehingga saya risau melihatnya," kata Azah Aziz.

Azah, 41, dari Klang, Selangor berkata, tapak tangan anaknya juga turut menggelupas dan kasar serta kelihatan kering seperti kulit orang tua, tetapi dia hanya menyapu losen untuk memberi kelembapan pada tapak tangan anaknya itu.

Katanya, anaknya juga pernah mengadu ditegur guru selepas melihat mukanya kelihatan lembut, tetapi tapak tangannya pula kasar hingga menyebabkan Muhammad Alif berasa malu.

"Sebagai pengedar aktif dR Rozmey Group (dRG), saya teringat produk dR-II yang dihasilkan khusus untuk mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif dan bermasalah seperti dialami anak saya.

"Saya memberi Muhammad Alif mencuba produk berperisa oren itu setiap hari kerana amat digemari kanak-kanak, tetapi mempunyai khasiat tersendiri, malah saya pernah mencuba untuk menangani masalah jerawat suatu masa dulu sehingga ia beransur hilang," katanya.

Azah berkata, selepas beberapa minggu, dia mendapati kulit tapak tangan anaknya tidak lagi menggelupas, malah semakin lembap sejak menggunakan produk dR-II.

Katanya, kesan benjolan dan kudis di wajah anaknya akibat gigitan nyamuk juga sudah tidak kelihatan selepas mencuba produk itu.

"Saya terkejut apabila kesan parut di muka anak saya ketika terjatuh basikal suatu masa dulu dan kesan demam campak yang pernah dialaminya juga beransur hilang sejak menggunakan produk dR-II dan mengembalikan keyakinan saya terhadap produk ini," katanya.

Justeru, mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk dR-II boleh menghubunginya di talian 017-6150613 atau 013-6150613 atau pengedar aktifnya, Siti Patimah Abdul Manap di talian 012-6898481.


Sementara itu, Presiden dRG, Datuk Dr Che Rozmey Che Din berkata, produk berkenaan menggunakan bahan aktif dan asli seperti astaxanthin, hydrosalate marine colagen dan serbuk ekstrak Acerola yang diformulasi dengan bijak serta terbaik.

Beliau berkata, ramuan berkenaan diadun dalam bentuk serbuk dengan menggunakan teknologi nano dan bahan aktif sebanyak 12 gram yang larut di dalam mulut, kemudian meresap ke dalam badan melalui kapilari bawah lidah tanpa perlu melalui kesan utama oleh metabolisma hati.

"Produk dR-II ini amat sesuai untuk mereka yang mengalami masalah kulit sensitif serta jerawat dan jeragat yang kronik, ekzema, vitiligo, kesan parut akibat kulit terbakar dan masalah lain yang berkaitan kulit," katanya.

Menurutnya, bilangan ahlinya kini menjangkau lebih sejuta orang manakala pengedar aktifnya kini bertambah lebih 20,000 ahli yang berminat mendalami perniagaan bersama dRG.

Katanya, konsep digunakan syarikatnya iaitu 'Guna Dulu Baru Jual' memang mudah kerana pengguna boleh mencuba dulu produk keluaran dRG sebelum memulakan langkah sebagai usahawan secara aktif.

"Mereka boleh menceritakan lebih terperinci mengenai produk itu berdasarkan pengalaman menggunakannya tanpa sebarang masalah.

"Kita menggunakan sistem perniagaan secara trading berimbuhan dengan menggunakan perkhidmatan perniagaan secara dalam talian dan pengguna tidak perlu menghabiskan masa ke mana-mana kerana hanya perlu melayari Internet di rumah.

"Dengan hanya mencari laman web, www.herbaprima.com.my, pengguna boleh memperoleh maklumat mengenai produk kami dan boleh berinteraksi dengan pengedar aktif di laman sosial facebook, twitter, blogger, tagged, mySpace dan dRBook.biz," katanya.

Dr Che Rozmey mengakui ramai usahawannya kini mampu memperoleh pendapatan antara empat hingga lima angka sebulan dengan hanya menjual produk melalui laman webnya.

Beliau berkata, dengan bantuan promosi daripada syarikat di akhbar Harian Metro dan majalah juga dapat membantu usahawan dRG untuk memperkenalkan produk ini kepada umum dan mereka tidak perlu bersusah payah keluar berniaga ke serata kampung.

"Dengan hanya bermodalkan RM450, pengguna layak menjadi ahli secara automatik dan mereka boleh menjalankan perniagaan lebih meluas dengan menjual produk pada harga ahli iaitu RM150 dan RM200 untuk bukan ahli.

"Perniagaan ini menjimatkan masa, kos pengangkutan dan tenaga kerana pesanan boleh dibuat dalam talian melalui pengedar aktif kami yang kemudian akan menghubungi kakitangan di ibu pejabat dRG di Bandar Darulaman, Jitra, Kedah.

"Setiap pesanan akan dihantar terus kepada pengguna melalui penghantaran Skynet secara percuma yang akan sampai dalam tempoh 24 jam hingga 48 jam dari tarikh pesanan dibuat," katanya.

Info

* Pengguna boleh melayari laman web rasmi dRG di www.herbaprima.com.my atau facebook www.facebook.com/datukdrrozmeyhpm atau melayari enjin pencarian dRG www.drplaces.com atau menghantar e-mel dRG di sales@herbaprima.com.my.

Orang ramai juga boleh menghubungi dRG di talian 019-4209708, 012-5330319, 012-5330276, 04-9164262, 04-9175845 dan 04-9178026 atau menghantar faksimile di talian 04-9178566 atau 04-9174566.