Kasut selesa untuk bersantai atau bercuti

Ketika sedang bercuti, banyak tempat yang sering dikunjungi dan kita lebih suka berjalan kaki daripada menaiki kenderaan terutama apabila jarak antara destinasi berikutnya dekat.

Justeru, penggunaan kasut dan sandal lebih santai adalah pilihan tepat. Dengan teknologi terkini dan rekaan untuk kesihatan terutama kaki, betis dan belakang, saat bercuti bersama keluarga atau insan tersayang pasti lebih menyeronokkan.

Jika mencari-cari kasut atau sandal sesuai dengan semua jenis aktiviti terutama ketika melancong, koleksi kasut keluaran Hush Puppies pasti tidak mengecewakan.

Rekaan kasutnya lebih kasual, selesa dan bergaya serta mementingkan kesihatan kaki dan belakang pemakainya.

Koleksi The Body Shoe, Hush Puppies With Air dan Hush Puppies Zero G sesuai dipakai sepanjang percutian anda.


The Body Shoe

Kelebihan kasut koleksi ini ia mampu mengembalikan kontur kaki, sekali gus memberikan kesan terhadap pembentukan otot kaki.

Ia sesuai dipadankan untuk aktiviti bersantai supaya pergerakan kaki tidak terganggu sepanjang hari. Selain itu, dengan penggunaan kasut daripada koleksi The Body Shoe ini, anda seperti bersenam dan membina otot sepanjang pemakaiannya.

Ia juga memberi tahap tekanan dan sokongan berbeza kepada setiap bahagian kaki kerana teknologi yang digunakan mampu mengurut tapak kaki secara perlahan-lahan ketika berjalan malah nodul dalam lapik tapak kasut merangsang peredaran darah dalam kaki.

Justeru, walau jauh mana pun anda berjalan saat bersiar-siar ketika melancong, kaki anda akan berasa selesa dan bahagian belakang tidak sakit selain ia dapat melindungi kaki.

Hush Puppies With Air

Penggunaan kasut tertutup sering membuatkan kaki kita berpeluh atau tidak punya udara terutama bagi mereka yang tidak memakai sarung kaki.

Namun, dengan teknologi Hush Puppies With Air, kasut seperti mempunyai penyaman udara yang memberikan udara sepanjang pemakaian.

Reka bentuknya yang sesuai digayakan di mana-mana saja dengan tumit kasut yang seperti mempunyai tetingkap udara dan kusyen yang lebih selesa dapat menyerap peluh, sekali gus memberi keselesaan sepanjang hari.

Hush Puppies Zero G

Berjalan dengan kasut koleksi Hush Puppies Zero G memberi anda pergerakan lebih mudah dan ringan seperti tidak memakai kasut.

Menggunakan bahan yang ringan dan tapak dalamannya yang boleh dikeluarkan untuk dikeringkan selain luarannya senang lentur, membuatkan pergerakan kaki lebih santai mengikut keadaan.

Ia juga mengikut kontur kaki bahkan menjamin keselesaan optimum.

Dengan pelbagai rekaan yang menarik, anda boleh memilih pelbagai jenis yang bersesuaian dengan destinasi dan tujuan percutian anda.