Kolam Desa Fishing Sport

Kolam Desa Fishing Sport
Kolam pancing Desa Fishing Sport yang terletak bersebelahan Taman Tema Air Desa Water Park, berdekatan lebuhraya Seremban-Kuala Lumpur, menjadi tumpuan pemancing tegar di ibu kota untuk melepaskan gian.

Lokasi strategiknya membolehkan kaki pancing dari pelbagai penjuru ibu kota singgah mencuba nasib memancing pelbagai spesies air tawar dan udang di situ.

Diusahakan Yee Kek Leong, perniagaan keluarga ini mempunyai keluasan suku padang bola sepak mampu menampung hampir 50 pemancing dalam satu masa.

Bagi pengunjung yang berminat untuk mencuba nasib, deposit RM20 dikenakan dan setiap satu jam berikutnya bayaran sebanyak RM7 akan dikenakan.

Kek Leong berkata, kolamnya menyediakan pakej memancing menarik termasuk jualan umpan dan sewaan joran jualan minuman dan makanan ringan.

Katanya, kolam pancing berkenaan menetapkan etika tersendiri iaitu melarang pemancing menggunakan umpan usus ayam untuk menjinakkan ikan antara lain baung, jelawat, patin, sultan, pacu, tongsan, rohu dan tilapia.

Semua ikan yang berjaya dikail boleh dijual semula kepada pemilik kolam mengikut jenis dan berat ikan.

Keistimewaan kolam pancing Desa Fishing Sport ialah acara cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai barangan elektrik setiap Ahad hujung bulan sebagai tanda menghargai pemancing.

Antara hadiah ditawarkan seperti televisyen, wang tunai, bingkai gambar digital dan pelbagai hadiah lumayan lain.

Bagi yang ingin mencuba memancing di kolam ini waktu operasinya bermula dari jam 9 pagi sehingga jam 5 pagi setiap hari.

INFO

* Waktu operasi 9 pagi - 5 pagi keesokannya

* Kawasan parkir percuma

* Tangkapan boleh dijual semula

* Cabutan bertuah bulanan

* Umpan usus ayam dilarang

Produk Dermagic Simplysiti

Dermagic Simply Siti dapat kurangkan stres

Revolusi kecantikan daripada Datuk Siti Nurhaliza bertambah jauh dengan satu lagi produk Simplysiti yang diperkenalkan kepada para pengguna. Berbeza dengan produk sebelum ini, produk terbaru ini lebih versatil bagi disesuaikan dengan gaya hidup wanita moden yang tidak terkecuali dihimpit tekanan seharian.

Produk Dermagic Beauty Moisturiser: Youthful, Fairness & Stress-Free Skin (Dermagic), dihasilkan dengan keunikan dan rahsia tersendiri kerana mampu merangsang mood gembira secara semula jadi.


Menurut Siti, Dermagic mengandungi endorfin daripada tumbuh-tumbuhan (plant endorphin) yang boleh membantu merangsang penghasilan endorfin semula jadi yang terdapat dalam kulit untuk mengurangkan stres pada kulit dan melawan molekul-molekul radikal bebas bagi mengelakkan penuaan awa.

``Plant endorphin diekstrak daripada beri kering yang dipetik dari pokok Chaste dan boleh didapati di Mediterranean dan Asia ini turut digunakan sebagai ubat tradisional yang mampu merangsang mood gembira secara semula jadi. Kajian juga mendapati ia turut mengandungi faedah anti-oksida dan pelembap yang dapat melawan kesan penuaan.

dermagic simply siti

``Dermagic ini dipanggil `krim magis' kerana ia produk yang boleh memberikan kecantikan yang seimbang dari dalam dan luar dengan memberikan kebaikan awet muda, pencerahan kulit dan membantu membangkitkan mood gembira, hanya melalui satu krim.

``Krim ini juga adalah kombinasi Korean Plant Stem Cells dan ada advanced hydro collagen yang membantu menyerlahkan wajah lebih ceria tanpa cela.

``Yang pentingnya. produk Dermagic ini disahkan halal oleh Jakim. Jadi, semua wanita boleh menggunakan Dermagic tanpa was-was. Regim produk Dermagic merangkumi Dermagic Beauty Moisturiser, Dermagic Intensive Serum, Dermagic Complete Eye Cream, Dermagic Purifyinig Scrub dan Dermagic Relaxing Mask,'' kata Siti Nurhaliza.

Testimoni produk dR101: Ramuan gingko dR101 mantap daya ingatan

"Impian anak sulung, Muhammad Hafiz Ridwan, 16, untuk masuk ke Maktab Tentera Diraja (MTD) Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur, akhirnya tercapai apabila dia memperoleh keputusan cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) iaitu 7A 1C tahun lalu.

"Kejayaan ini berkat dorongan saya dan suami selain dia turut mengamalkan produk makanan kesihatan dR101 keluaran dR Rozmey Group (dRG) beberapa bulan sebelum PMR," kata Nordiana Yaacob.


Nordiana, 41, berkata, anaknya baru melaporkan diri di kem berkenaan pada 30 Januari lalu dan beliau sangat gembira kerana anaknya terpilih menyambung pengajian dalam bidang ketenteraan.

Beliau berkata, sebagai ibu dia rasa bangga melihat anaknya mencapai kejayaan walaupun sejak di bangku sekolah rendah prestasi pelajaran anaknya kurang memuaskan dan hanya mampu memperoleh keputusan 3A 2B dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

"Muhammad Hafiz pernah memperoleh keputusan baik di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Syed Ahmad, Kuala Nerang iaitu tempat ke-20 daripada 330 pelajar tingkatan tiga sekolah itu tahun lalu, manakala dalam kelasnya pula dia mendapat tempat pertama hingga ketiga setiap kali peperiksaan, tetapi ia tidak cukup baik untuk dia hadapi PMR ketika itu.

"Paling merisaukan saya apabila jadualnya yang padat, malah dia tidak mempunyai masa mengulang kaji pelajaran serta tidur serta rehat yang cukup.

"Sebagai pengedar aktif dRG, saya memberi anak mencuba produk dR101 untuk meningkatkan kecerdasan mindanya supaya lebih terbuka," katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Nordiana berkata, dia turut membekalkan anaknya produk dR101 ketika tinggal di asrama dan diamalkan satu sachet sehari.

"Selepas melihat perubahan pada anak saya, saya kemudian memberi anak yang lain mencuba produk ini untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang seperti abangnya," katanya.

Katanya, Muhamad Hafiz kini masih meneruskan mengambil produk dR101 untuk meningkatkan kecerdasan mindanya supaya lebih berfikiran luas.

Nordiana berkata, mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kejayaan anaknya itu boleh menghubunginya di talian 012-5542085.

Sementara itu, Presiden dRG, Datuk Dr Che Rozmey Che Din berkata, produk dR101 kini mendapat sambutan hangat daripada ibu bapa dan pelajar universiti atau sekolah yang ingin melihat kejayaan anak serta diri sendiri kerana produk ini amat sesuai untuk semua peringkat golongan terutama pelajar sehingga warga emas yang mempunyai masalah daya ingatan.

Beliau berkata, produk yang dihasilkan dengan ramuan herba itu amat berkesan dalam menangani masalah kekurangan daya ingatan dan gingko mampu membaik pulih daya ingatan yang kurang dengan meningkatkan pengaliran serta peredaran darah di otak dan hipotalamus.

"Produk ini juga mampu menangani masalah pening dan ketidakseimbangan badan, sakit kepala dan kemurungan, terutama mereka berusia lanjut yang tidak terkawal oleh ubatan kemurungan," katanya.

Dalam pada itu, beliau mengesyorkan semua pengguna supaya membeli secara dalam talian daripada pengedar sah syarikatnya yang dilantik menerusi Internet atau terus melalui kaunter dRG di Bandar Darulaman, Jitra untuk memastikan semua produk yang dibeli asli.

"Kami bimbang pengguna terkeliru sekiranya terbeli produk tiruan yang dipasarkan golongan tidak bertanggungjawab yang tidak menjanjikan apa-apa kesan perubahan kerana ia diperbuat daripada serbuk tepung semata-mata dan dikhuatiri mempunyai bahan kimia berlebihan," katanya.

Dr Che Rozmey berkata, produk tiruan menggunakan cara pembungkusan yang sama dengan syarikatnya, tetapi ramuan yang mereka gunakan tidak sama dengan yang asli.

Katanya, ia boleh memudaratkan kesihatan termasuk boleh mengakibatkan buah pinggang rosak, jantung bermasalah, hati dan limpa rosak dan sebagainya kerana sebelum ini ada pengguna pernah mengalami muntah darah, cirit-birit dan tertutup terus selera makan.

Info

Laman web rasmi : www.herbaprima.com.my

Facebook: www.facebook.com/datukdrrozmeyhpm

Enjin pencarian dRG: www.drplaces.com

E-mel: sales@herbaprima.com.my

Nombor telefon

* 012-5237051

* 017-4279827

* 017-4279857

* 04-9164262

* 04-9179466

* 04-9172466

Faksimile

* 04-9178566

* 04-9174566


Aneka pizza di Pizza San Francisco

Berkonsep kasual dan persekitaran yang pintar, Pizza San Francisco merupakan satu pilihan terbaik jika anda mahu menikmati hidangan menyelerakan di tempat yang eksklusif dan mewah, namun pada harga yang berpatutan.

Suasana persekitarannya yang santai dan selesa membuatkan pengunjung pasti tidak keberatan untuk melakukan kunjungan buat kali kedua dan seterusnya.

Memulakan operasi sejak 2002, Pizza San Francisco yang diasaskan dan dimiliki sepenuhnya oleh anak tempatan menawarkan variasi resipi hidangan Amerika yang unik dan hidangan tradisional Itali dengan sentuhan cita rasa Asia.

Menurut Pengurus Operasinya, Dennis Koh, selain suasana yang menenangkan, mereka turut menyediakan pelbagai pilihan menu kepada para pelanggan yang menepati selera semua peringkat masyarakat tanpa mengira bangsa dan usia.

Terdapat lebih 100 menu yang disediakan di restoran itu yang ditawarkan dari harga serendah RM2.90 (nasi mentega) sehinggalah RM59.90 (kambing bakar).

Ujarnya, keseluruhan hidangan yang meliputi aneka piza dan pasta, hidangan pembuka selera dan salad, pencuci mulut, aneka stik, hidangan berasaskan ayam dan ikan serta pelbagai jenis minuman panas atau sejuk.


“Menariknya, biarpun kesemua hidangan ini merupakan hidangan Barat, namun kami menerapkan elemen tempatan seperti penggunaan cili padi dan pelbagai rempah ratus yang pastinya memberikan rasa yang unik dan berbeza,” katanya.

Dennis berkata, antara hidangan yang wajib dicuba di restoran itu ialah San Special, iaitu piza yang dibalut separuh bersama sos, daging ayam belanda dan keju mozarela.

Di samping itu, katanya pengunjung juga boleh mencuba Mushroom Bruscheeta, iaitu roti oat perang dengan campuran cendawan saute yang lazat dan berkrim. Pasta Olive Gamber yang dicampur udang segar dan pelbagai rempah-ratus juga mampu membuka selera pengunjung.

“Jangan lupa juga mencuba hidangan pencuci mulut kami seperti Brownies yang dihidangkan panas bersama ais krim dan sirap coklat atau Espresso Delight yang merupakan ais krim vanila yang ditaburi kopi espreso di atasnya,” jelas Dennis.

Selepas membuka lima cawangan di sekitar Lembah Klang iaitu di Bukit Jelutong, Shah Alam; Bangi dan The Mines Resort City, di Selangor; Wangsa Maju serta yang terbaharu, KL Festival City Mall, Kuala Lumpur, Dennis berkata pihaknya bakal membuka dua buah lagi cawangan restoran iaitu di Kota Damansara dan Cyberjaya.

Katanya, sempena pembukaan cawangan baharu di Festival City Mall, Setapak pihaknya turut menawarkan dua promosi menarik kepada pelanggan.

Pertama, dengan membeli dua set pasta pelanggan berpeluang mendapat diskaun sebanyak 50 peratus bagi set pasta yang mempunyai harga paling rendah.

Kedua, dengan membeli dua set Mushroom Bruscheeta, pelanggan berpeluang mendapat diskaun sebanyak 50 peratus bagi set Mushroom Bruscheeta yang kedua.

Pihak pengurusan Pizza San Francisco mendakwa sumber bahan mentah dan kaedah penyediaan makanannya menuruti konsep halal. Sebagai komitmen terhadap pelanggan Muslim, pengesahan status halal daripada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diberitahu sudah dimohon untuk diproses.

Oleh AMMAR JAZLAN MAD LELA

Rangkaian penjagaan rambut Keratinology, Sunsilk

Rambut bukan saja menjadi lambang kebanggaan wanita bahkan hadir sebagai pelengkap gaya. Mahkota berharga itu juga menjadi tumpuan buat wanita hingga mereka sanggup laburkan ratusan ringgit hanya kerana ingin melihat rambut mereka sihat, cantik dan bermaya.

Menyedari kepentingan rambut sebagai aksesori, ramai wanita yang sanggup melakukan apa saja - biar digunting rapi, keriting atau lurus, selain rawatan stim rambut bagi memuaskan keinginan hati agar mereka kelihatan menarik. Buktinya, lihat saja di salun rambut yang tidak sunyi daripada pelanggan wanita, baik yang berusia remaja sehinggalah tua.

Malangnya, tanpa disedari ramai, kekerapan melakukan perubahan terhadap rambut sebenarnya boleh mengundang masalah. Rambut yang sentiasa diubah boleh menjadi tidak sihat malahan hilang serinya.

Rambut juga akan menjadi kering, rosak dan mudah putus serta bercabang. Selain perubahan dikenakan, faktor persekitaran turut menjadi penyebab rambut kehilangan nutrisi dan protein yang diperlukan untuk tumbuh segar.

Menyedari keperluan wanita untuk sentiasa kekal cantik dengan rambut yang sihat bagaikan selepas rawatan salun, jenama syampu popular, Sunsilk kini tampil dengan rangkaian penjagaan rambut Keratinology yang sesuai untuk semua jenis rambut dan masalah.

Keratinology by Sunsilk

Keratinology by Sunsilk

Keratinology by Sunsilk

Keratinology by Sunsilk


Pengarah Pemasaran Malaysia dan Singapura, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd, Hugo Verkuil berkata, pengguna harus bijak mencari penyelesaian dan formula terbaik untuk rambut dan diri mereka secara tidak langsung mereka akan sentiasa kekal cantik dengan adanya rambut yang terurus dan bermaya.

Atas alasan itu, katanya, Keratinology direka khusus bagi menzahirkan pengalaman persis baru keluar salun rambut dengan menggunakan, ramuan khas bagi mengembalikan kesihatan rambut yang bermasalah.

"Wanita harus bijak mencari penyelesaian formula produk untuk penjagaan rambut terbaik yang sesuai untuk diri mereka. Jika hanya mengharapkan rambut yang cantik tanpa penjagaan yang rapi dan tepat, keinginan memiliki rambut lembut, terurus dan cantik hanya sekadar bayangan.

"Rambut yang sering terdedah kepada perubahan atau pencemaran juga terdedah kepada kerosakan lazim seperti rambut kering atau sebaliknya sukar untuk diurus. Oleh itu, kandungan khas yang direka dalam Keratinology mampu bertindak mengawal pertumbuhan rambut yang lebih sihat dan bermaya," jelasnya ketika ditemui pada majlis pelancaran rangkaian penjagaan rambut, Keratinology oleh Sunsilk, baru-baru ini.

Verkuil berkata, ramai wanita yang berkemungkinan tidak tahu struktur rambut mereka. Malah, ada yang menganggap rambut kering dan rosak adalah sama biarpun ia sebenarnya berbeza.

"Ramai wanita tidak tahu rambut kering dan rosak terjadi disebabkan oleh dua faktor yang berbeza. Keadaan rambut akan lebih rosak atau tidak terurus jika anda menggunakan formula produk rambut yang tidak sesuai atau salah.

"Secara umum, rambut rosak disebabkan oleh pengamalan penjagaan yang kurang tepat, terutama jika anda sering meluntur atau mewarnakan rambut, melurus atau dikerintingkan. Penggunaan alat intensif haba seperti pengering rambut dan alat kerinting atau meluruskan rambut memburukkan keadaan menyebabkan rambut kehilangan protein dan nutrien yang secukupnya," jelasnya.

Rangkaian Kerotinology merangkumi syampu, perapi, penyembur dan minyak rawatan terbahagi kepada tiga pilihan iaitu Advanced Reconstruction, Korean Bounce Therapy dan Sun Kissed Colour Theraphy dan masing-masing memberikan pengalaman berbeza mengikut keperluan wanita.

Advanced Reconstruction membentuk rambut yang lebih bersinar dan memperbaiki kerosakan sekali gus membekalkan kelembapan agar rambut bermaya dan sihat seakan rawatan salun.

Wanita yang memiliki rambut ikal atau kerinting pula sesuai menggunakan Korean Bounce Theraphy kerana ia mampu menghasilkan kesan yang lebih mengagumkan serta menjadikannya lebih tahan lama. Di samping itu, Kissed Colour Theraphy pula membantu menjadi rambut diwarnakan lebih bersinar dan tidak kering akibat pewarna.

Dengan harga berpatutan dari RM17.90 hingga RM32.90, kini wanita boleh memiliki rambut yang sentiasa sihat dan menawan seakan selepas rawatan salun.

Portal lot.my bantu usahawan maya

Ramai orang mungkin pernah memasang impian menjadi usahawan berjaya sehingga mampu menjana keuntungan besar.

Pelbagai angan-angan bermain di fikiran seperti memikirkan jenama, produk yang ingin dipasarkan dan platform terbaik untuk memasarkan barangan.

Bagaimanapun, apabila memikirkan modal yang besar perlu diperuntukkan sebelum dapat menubuhkan sesuatu cabang perniagaan, ramai mengangkat bendera putih.

Menyedari potensi sektor perniagaan, sekumpulan anak muda yang terdiri daripada Mohd. Akmal Akhpah, Shahabudeen Jalil, Mohd. Suhaimi Ramly, Khairul Anwar M. Zaki, Luqman Zulhusni Ismael dan Mohd. Alif Nordin telah membangunkan portal lot.my dalam memberi platform kepada bakal-bakal usahawan tanpa memerlukan modal besar.

Portal lot.my

Salah seorang yang membangunkan portal berkenaan, Shahabudeen, 29, berkata, lot.my telah ditubuhkan pada tahun 2010 untuk memberi peluang kepada usahawan membuka perniagaan melalui medium dalam talian.

Dia memberitahu, tujuan utama pembikinan portal berkenaan adalah untuk meluaskan peluang perniagaan dalam talian bagi seluruh rakyat Malaysia.

“Kita mendapati terdapat beberapa faktor yang menjadi batu penghalang utama sehingga membantutkan hasrat bakal usahawan ini untuk memulakan perniagaan dalam talian.

“Antaranya ialah kos pembikinan laman web e-dagang yang agak tinggi, tidak mempunyai kepakaran teknikal dalam bidang teknologi maklumat (IT) dan saluran pemasaran tidak berkesan,” katanya ketika ditemui Kosmo!.

Shahabudeen menjelaskan, ia juga diharap dapat mengubah paradigma masyarakat terhadap perniagaan melalui internet apabila terdapat persepsi yang mengaitkan bidang perniagaan dalam talian sebagai bidang berisiko tinggi.

Katanya, lot.my ingin mengubah persepsi tersebut dengan memaparkan perniagaan dalam talian sebagai satu bidang yang patut diceburi oleh semua pihak, termasuklah usahawan-usahawan yang baru menceburkan diri dalam perniagaan.

“Teknologi yang sedia ada membolehkan perniagaan dalam talian dijalankan dengan mudah dan dapat dilakukan secara separuh masa, malah di mana-mana sahaja mereka berada.

“Ia amat sesuai apatah lagi apabila masyarakat hari ini yang sentiasa berdepan kekangan masa,” ujarnya.

Dalam pada itu, M. Alif Nordin, 29 menjelaskan, sistem lot.my dibina dengan harapan untuk membolehkan bakal usahawan mendedahkan diri kepada dunia perniagaan dalam talian secara sistematik dan kos efektif.

“Ia adalah satu aplikasi membolehkan para usahawan membuka kedai dalam talian lengkap dengan mudah dan berkesan.

“Bahkan, pengguna yang tidak mempunyai kemahiran IT boleh mengendalikannya dengan mudah. Mereka boleh memulakan kedai dalam talian dengan mendaftar, pilih reka bentuk kedai dan iklankan produk,”

Graduan Universiti Multimedia (MMU) itu menjelaskan, pengguna tidak perlu memikirkan tentang pembelian domain, konfigurasi server, muat turun perisian atau apa jua keperluan kompleks lain untuk menggunakan lot.my.

Katanya lagi, ia berasaskan web dan pendaftaran boleh dibuat dalam masa lima minit sahaja. Pengguna tidak perlu risau tentang kos kerana ia sangat berpatutan.

Dalam pada itu, usahawan mempunyai kebebasan menukar paparan kedai dalam talian mereka dengan mudah.

Setiap modul juga boleh disembunyikan atau dipaparkan mengikut cita rasa pemilik kedai untuk menarik perhatian pelanggan.

Bagi mereka yang inginkan kelainan terdapat beratus-ratus latar belakang disediakan menanti usahawan. Ia boleh disuai padankan dengan tema kedai dan produk. Usahawan juga boleh memasukkan logo atau banner sendiri.

Sementara itu, Khairul Anwar M. Zaki, 29, memberitahu, lot.my menawarkan sistem e-dagang lengkap yang merangkumi fungsi-fungsi utama perniagaan seperti sistem katalog, pemasaran, inventori, bayaran, dokumentasi dan perhubungan pelanggan.

“Mereka boleh membuat analisis dengan melihat pelbagai statistik apabila menggunakan portal ini. Ia termasuk kehadiran harian pelawat, populariti produk, dan rekod jualan.

“Ia juga memudahkan usahawan terutama yang baru berjinak menceburi bidang ini untuk membina perniagaan secara efektif dan efisien melalui sistem pengurusan jualan teratur serta berkesan,” katanya.

Menyentuh mengenai keselamatan, Khairul Anwar memberitahu, setiap pemilik kedai akan mempunyai ruang operasi sendiri.

Katanya, hanya pemilik kedai yang boleh mengakses ruang operasi kedai mereka sendiri.

“Lot.my dibantu oleh sistem sekuriti yang tinggi dan sistem pembayaran selamat untuk memastikan keselesaan usahawan serta pelanggan mereka dalam menjalankan urus niaga.

“Kami turut menyediakan khidmat bantuan sokongan dalam membantu menyelesaikan sebarang masalah dihadapi melalui tanya@lot.my,” ujarnya lagi.

Sehingga kini, Shahabudeen menambah, terdapat kira-kira 10,000 pengguna yang menggunakan portal berkenaan secara percuma semasa ia mula dilancarkan dua tahun lalu.

Katanya, pengguna yang membayar menggunakan lot.com pula adalah sebanyak 250 orang.

“Kita berharap ia dapat dipertingkatkan pada tahun ini sehingga 1,000 pengguna dengan pengenalan akaun premium.

“Akaun premium telah diperkenalkan pada tahun lalu bagi mereka yang serius dalam bidang perniagaan dengan mengenakan bayaran RM39.90 untuk satu bulan atau RM399.90 satu tahun,” katanya.

Dia memberitahu, lot.my turut memperkenalkan pakej baharu iaitu belajar sampai pandai.

Katanya, pakej tersebut akan menumpukan pembelajaran bersama usahawan dan wakil lot.my secara one on one selama enam bulan.

“Dalam pakej ini, kita hanya mengenakan bayaran sebanyak RM600 sahaja kepada bakal usahawan.

Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM