Pusat Perkahwinan Sehenti Thank-Q di Nilai 3

Pusat Perkahwinan Sehenti Thank-Q , Nilai 3

Menjelang saat disatukan sebagai pasangan suami isteri mahupun mengikat tali pertunangan pastinya memerlukan persiapan teliti dan sempurna untuk majlis keraian.

Daripada gubahan hantaran, bunga telur, andaman, pakaian dan aksesori pengantin, pelamin, kamar tidur, dekorasi majlis hinggalah katering, semuanya umpama perkara wajib untuk disediakan dan tidak boleh dipandang remeh.

Demi memastikan majlis meraikan pasangan ini berjalan lancar sebagaimana dihajati, persediaan dilakukan lebih awal disebabkan pelbagai aspek perlu diuruskan dalam tempoh yang terhad.

Barangan keperluan juga tidak hanya dijual di tempat yang sama, sebaliknya bakal mempelai perlu berkunjung ke beberapa kedai berlainan untuk mendapatkan barang mengikut jenis dan fungsinya.

Pusat Perkahwinan Sehenti Thank-Q di Nilai 3, Negeri Sembilan membantu mengurangkan beban ini menerusi penyediaan kelengkapan merangkumi bermacam jenis persiapan.

Dengan penyatuan lapan lot kedai di bawah satu bumbung, konsep pusat ini lebih unik dengan dilengkapi pelbagai aksesori perkahwinan, koleksi gubahan bunga telur dan hantaran, cenderahati, bunga-bungaan, pasu dan bermacam lagi rekaan terkini.

Harga yang ditawarkan cukup berpatutan dan berbaloi termasuk untuk pengunjung dari luar Negeri Sembilan dengan kepelbagaian warna dan rekaan mengikut cita rasa pelanggan.

Sambil membeli-belah, pelanggan juga boleh singgah sebentar di Kopitiam Thank-Q untuk menikmati minuman dan makanan yang ada dengan kedamaian kolam ikan serta air terjun di Taman Dalaman.

Bagi pengunjung beragama Islam, kemudahan surau juga disediakan malah pengunjung kelainan upaya (OKU) tidak perlu risau dengan perkhidmatan mesra OKU yang semuanya berada di dalam Thank-Q Pavilion.

Keluasan Thank-Q Pavilion Pusat Perkahwinan Sehentian sememangnya memberi keselesaan dan memenuhi segala keperluan setiap pengantin dengan hanya satu destinasi diiringi pekerja mencukupi, terlatih serta berpengalaman.

Ditubuhkan pada 2002, Thank-Q Sdn Bhd adalah antara pusat perkahwinan, kraftangan dan bunga terkenal di Nilai 3 dan bermatlamat menjadi pusat sehenti bagi keperluan perkahwinan, kraftangan dan bunga.

Cawangan terbaru Thank-Q kini dibuka di No 215-218, Tingkat Bawah, PSRN SIBC 1 Bandar Seri Iskandar, 32610 Seri Iskandar, Perak (Lebuhraya Ipoh-Lumut) atau hubungi talian 012-6161198.

Asean Culinary Academy

Asean Culinary Academy

HALA TUJU PELAJAR DALAM SENI KULINARI & INDUSTRI PERHOTELAN!

Industri PERHOTELAN semakin berkembang pesat di Malaysia dan ini menyebabkan keperluan tenaga kerja dalam bidang perhotelan semakin meningkat. Sektor perhotelan di negara ini membuka peluang pekerjaan yang banyak, apabila tenaga pekerja masih tidak mencukupi dan ia menyebabkan bergantung negara-negara jiran untuk memenuhi keperluan tenaga mahir. Sektor perhotelan boleh membawa masa depan yang cemerlang dan boleh melahirkan chef-chef yang profesional seperti Chef Wan, Chef Ismail dan Chef P.Shivakumar "World Championship" kebanggaan negara. Matlamat kami adalah menjadi pusat latihan yang terkemuka dan juga melahirkan graduan- graduan yang berkemahiran tinggi dalam bidang seni kulinari dan perkhidmatan hospitaliti. Asean Kulinary Academi ditubuhkan pada tahun 2006 dan dimiliki sepenuhnya oleh Millennium Skill Training Academy Sdn Bhd. ACA adalah Pusat Bertauliah dibawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan menjalankan kursus perhotelan dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia (KSM). Pengajian di akademi ini menjurus ke arah kemahiran, iaitu 70% kemahiran dan 30% teori.

Kursus ini akan menyokong kemahiran sedia ada dari segi pengalaman dan pengetahuan, akan meningkatkan kelayakan pelajar untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan pendapatannya. Kami juga ingin melahirkan profesional yang boleh memenuhi keperluan standard tinggi industri. Industri Perhotelan amat luas dan memerlukan lebih ramai pekerja di sektor-sektor penyediaaan makanan, roti dan kek.

Yuran Pengajian dibiayai sepenuhnya oleh Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK). Kemudahan bilik kuliah yang berhawa dingin, bilik komputer yang lengkap dengan bahan bacaan, aktiviti ko-korikulum, kelas tuisyen khas kepada lepasan Tingkatan 4 yang akan menduduki Peperiksaan SPM sebagai calon persendirian, serta tenaga pengajar yang diiktiraf dan berpengalaman. Latihan Industri di hotel, resort dan restoran 5 bintang di seluruh Malaysia dijamin. Elaun Sara Diri RM300 sebulan sehingga tamat pengajian dengan asrama yang selesa serta pengangkutan disediakan kepada pelajar. Pertandingan memasak diadakan setiap tahun untuk memupuk semangat di kalangan pelajar. Kami memberikan harapan masa depan yang ceria dan berguna kepada para lepasan pelajar yang tidak berpuas hati dengan keputusan SPM.

Syarat Kemasukan adalah 16 Tahun ke atas atau sekurang - kurangnya kelulusan PMR.


Website: http://www.aca.edu.my

Testimoni Pelajar

"Melalui dorongan ibu bapa, saya setuju untuk sambung belajar tanpa mengira apa jua bidang. Akhirnya, ibu bapa aturkan saya untuk belajar memasak. Daripada kenalan ayah, saya masuk Asean Culinary Academy pada tahun 2012.

Pada mulanya saya tidak minat untuk belajar memasak. Demi tidak mengecewakan ibu bapa, saya teruskan untuk menimba ilmu. Minat dalam kursus ini kerana ada sukatan pembelajaran subjek perniagaan. Selain ingin menjadi cikgu, saya juga berminat dalam bidang perniagaan. Akhirnya, saya gembira sebab mendapat Anugerah Pelajar Terbaik - Kursus Penyediaan Makanan di Asean Culinary Academy. Ibu bapa saya amat bangga dengan kejayaan saya.

Saya menjalani latihan industri di Hotel One World Subang Jaya. Saya hanya bekerja selama 3 bulan dan bulan seterusnya ditawarkan kerja di sana. Pendapatan memang cukup bagi saya. Kini, saya berkhidmat sebagai "Kitchen Helper" di dapur masakan Jepun. TERIMA KASIH ASEAN CULINARY" ACA menawarkan program seni kulinari di peringat sijil. Kursus 1 - 1 1/2 tahun itu melatih pelajar dalam bidang: 1. Penyediaan Makanan (Chef) - SKM L-041 Tahap 1, 2 & 3 - Masakan Barat, Melayu dan Cina 2. Penyediaan Roti (Bakery) - SKM L-100 Tahap 2 & 3 - Pembuatan Roti Artisan & Komersial 3. Penyediaan Kek (Pastry) - SKM L-110 Tahap 2 & 3 - Semua Jenis Kek & Kek Acuan 4Indian Bandhari - SKM HT-030 Tahap 2 & 3 - Semua Jenis masakan seperti Nasi briyani, Ayam Tandoori, Varuval Kambing dan sebagainya.

(Novel) Pengawal Cinta Peribadi

Pengawal Cinta Peribadi

Karya Maya Bahrun ini mengisahkan Alan Jon Fatah yang cuba menyiasat kembali peristiwa tragis pembunuhan ibu bapanya dengan menyembunyikan identiti dan menyamar sebagai pengawal peribadi kepada hartawan wanita, Iris yang masih muda.




Alan berusaha melindungi keselamatan Iris tetapi pada masa sama cuba menjejaki dalang yang terbabit dalam pembunuhan ibu bapanya, sekali gus menimbulkan debaran ketika membaca novel yang sarat dengan misteri ini.

Halaman: 558

Harga: RM22

Penerbit: Fajar Pakeer

Bintang: ***

Pelan KunciGunungEmas - Emas Sri Pinang

Pelan KunciGunungEmas - Emas Sri Pinang

Barang kemas menjadi dambaan setiap wanita. Kilauannya memukau pandangan dan rekaan yang memikat menjadikan emas dipilih sebagai hiasan wajib yang mesti ada bagi melengkapkan penampilan.

Di sebalik fungsinya untuk menambah keanggunan, emas juga dijadikan sebagai pelaburan kerana ia mempunyai nilai tinggi dan mampu membantu tatkala dirundung kesempitan yang tidak dijangka.

Namun, ramai yang kurang berkemampuan memilikinya dek kerana harga emas yang tidak menentu bahkan sentiasa meningkat mengikut harga pasaran dunia.

Memahaminya, Emas Sri Pinang memberi peluang kepada pelanggannya untuk mendapatkan emas menerusi pelan inovatif dengan memperkenalkan KunciGunungEmas.



Menurut Pengurus Jenama Emas Sri Pinang, Sulojina Vijayan, pelan pembayaran pertama di Malaysia itu adalah bagi membantu pelanggannya membina kekayaan.

"Ia diperkenalkan selaras dengan pepatah sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. Selain itu, ia juga bertujuan membantu sesiapa saja yang mahu menyimpan emas secara bijak tanpa mengeluarkan kos tinggi untuk mendapatkannya.

"Tidak rugi sebenarnya jika membelanjakan sedikit pendapatan bulanan untuk mendapatkan emas berbanding menyimpan wang tunai. "Biasanya pelanggan agak sukar untuk mengeluarkan duit membeli emas kerana ia mungkin akan menjejaskan perbelanjaan mereka kelak," katanya.

Disebabkan itu, jenama berkenaan percaya bahawa rakyat Malaysia harus menyimpan emas sebagai sebahagian daripada harta mereka terutama ketika menghadapi ketidaktentuan ekonomi global.

Tambahnya, pembelian satu gram Syiling Emas 22K ESP dengan harga semasa boleh dikumpul setiap bulan bagi memiliki barang kemas impian dengan berat yang sama.

Sekurang-kurangnya empat keping atau empat gram Syiling Emas 22K ESP diperlukan bagi mendapatkan koleksi barang kemas yang ditawarkan dalam tempoh 12 bulan.

Pelanggan hanya perlu membayar upah hasil kerja apabila ingin menukar syiling emas kepada perhiasan diri. Walaupun melebihi tempoh 12 bulan, syiling yang dikumpul masih mempunyai nilai.

Bukan itu saja malah pelanggan yang mengumpul 25 keping syiling emas akan diberikan bonus berjumlah satu gram Syiling Emas 24K ESP secara percuma.

"Kami mengambil tanggungjawab sosial ini untuk membantu rakyat Malaysia memenuhi cabaran harga emas tinggi dengan membenarkan pelanggan membeli dalam jumlah yang kecil iaitu serendah satu gram.

"Ini kerana harga emas meningkat sebanyak 300 peratus dalam tempoh lima tahun yang lalu dan ia agak mahal bagi orang biasa untuk membeli serta memilikinya," katanya.

Tambahnya, pelan KunciGunungEmas diwujudkan bagi mengajak orang ramai supaya mula bertindak untuk menyimpan emas yang mempunyai nilai tinggi sebagai persediaan masa depan.


Aiskrim Kapiti - Aiskrim pelbagai perisa

Aiskrim Kapiti  bermula dengan penghasilan keju Kapiti pada 1984 oleh Ross McCallum dan Neville McNaughton di sebuah kedai kecil sehingga berjaya membuka kilang di Kompleks Pelancong Lindale di Pantai Kapiti New Zealand.

Akhirnya mereka menjadi antara pembuat keju serta kiwi tenusu paling terkenal, malah pernah menyertai latihan vokasional pada 1978 di England, Eropah dan Amerika Syarikat.


Menjelang 2002, produk Kapiti semakin berkembang dengan bilangan pekerja bertambah kepada 150 serta rangkaian kedai runcit di Auckland, Christchurch dan Lindale. Sehingga hari ini, Kapiti memenangi banyak anugerah untuk produk tenusu New Zealand.

Disebabkan kualiti serta permintaan pelanggan pada 1997, aiskrim Kapiti dihasilkan dengan pasaran utama dijual di kafe serta syarikat penerbangan.

Dengan mempunyai pelbagai perisa seperti lemon meringue pai, kiwi, pavlova, epal, madu, coklat putih dan rasberi, aiskrim jenama terbabit memenangi banyak anugerah di pertandingan Ais Krim New Zealand antaranya Ais Krim Premium Terbaik Kategori Madu, Anugerah Pilihan Triple Ais Krim Coklat Kanak-kanak 2005 dan pemenang pingat emas dalam Ais Krim Kategori Premium.

Selain mempelopori aiskrim khusus untuk pasaran New Zealand, aiskrim berkenaan turut mendapat permintaan meyakinkan di Malaysia. Diperbuat daripada bahan semula jadi berkualiti dari kepulauan Kapiti yang terkenal sebagai kawasan perlindungan burung dan warisan pertanian serta menggunakan teknologi terkini dalam pembuatannya, aiskrim Kapiti bakal menjadi kegemaran peminat.

Selain ais krim, syarikat ini turut menghasilkan produk tenusu seperti keju dan dadih untuk kegunaan dalam negeri dan dieksport ke luar negara.

Di Malaysia aiskrim Kapiti boleh didapati di Jaya Grocer, Grocer Village, Tesco The BIG Group, Mydin dan Supermarket Hero. Untuk bekas 1 liter berperisa vanila, coklat, coklat putih dan rasberi berharga RM38.80. Enam batang ais krim di dalam satu kotak berharga RM22.90 manakala di dalam cawan 145 mililiter berharga RM7.90.

Sinopsis Novel: Bukan Isteri Sempurna

Sinopsis Bukan Isteri Sempurna

JUDUL: Bukan Isteri Sempurna
PENULIS: Tulip Ungu
PENERBIT: Kaki Novel
HARGA: RM21

Bukan Isteri Sempurna mengisahkan watak Nayli Imanina ataupun Nina yang menjadi mangsa perkosa Danish Arham. Kejadian berlaku ketika Nina menggantikan tugas ibunya sebagai pembantu rumah di banglo milik Datuk Zainudin dan Datin Rogayah.

Malangnya disebabkan perbuatan keji Danish Arham, dia mengandungkan anak lelaki itu.

Ibu Nina, Salamah terperanjat mengetahui anak perempuannya mengandung anak luar nikah dan memaksa Nina memberitahu perkara sebenar.

Salamah yang terkejut dengan pengakuan anak gadisnya bertemu keluarga Datuk Zainudin untuk meminta lelaki itu bertanggungjawab namun dia menerima reaksi negatif Datuk Zainudin apabila Datuk Zainuddin menuduh Nina memulakan semuanya.

Lelaki itu menuduh Nina sengaja mengadakan cerita untuk menutup malu dan mahu tumpang senang dengan kekayaan mereka. Bagi Datin Rogayah, dia percaya dengan semua kata Salamah kerana mengenali sikap dan perangai Danish Arham, kebetulan anak lelakinya itu melarikan diri ke luar negara.

Bersimpati dengan nasib Nina, Datin Rogayah meminta kembar Danish Arham, Daniel Arman menikahi Nina. Daniel Arman dan Danish Arham walaupun dilahirkan sebagai kembar, peribadi kedua-duanya sangat berbeza. Daniel Arman anak yang lebih mendengar kata berbanding abang kembarnya Danish Arham.

Datuk Zainudin juga seorang bapa yang tidak adil apabila dia lebih menyayangi Danish Arham melebihi Daniel Arman. Oleh kerana dia berprasangka Nina yang ingin menikmati kemewahan keluarganya, dia bersetuju apabila Datin Rogayah memilih Daniel Arman supaya menggantikan tempat Danish Arham. Adakah Daniel Arman bersetuju berkahwin dengan Nina?