Tissot 2009 T-Race MotoGP

Tissot 2009 T-Race MotoGP

Rasai kuasa pantas bak pelumba MotoGP dengan koleksi terbaru jam tangan Tissot. Bergaya bak juara dunia, jam tangan edisi terhad terbaru Tissot 2009 T-Race MotoGP direka untuk sang juara yang menggemari sensasi dari segi gaya, kualiti dan warna.

Rona hitam dan kuning menyatu sekali gus memberi efek sukan berprestij manakala elemen lebih garang menampakkan pengaruh kuasa si pemakai.

Rekaan yang mengagumkan itu disokong ciri-ciri mewah menampakkan elemen eksklusif termasuk takat kedalaman 100 meter; kristal sapphire; keluli tahan karat 316L dan sarung karbon untuk rekaan lebih mengagumkan.

Simbol jam tangan ini jelas tertumpu pada jarum masa yang dibias warna kuning selain paparan angka mengelilingi jam tangan. Tidak ketinggalan, simbolik bendera pelepasan pada bahagian atas jam.

Selain reka bentuk yang tiada tandingan, jam tangan edisi terhad terbaru Tissot 2009 T-Race MotoGP menampilkan kotak berbentuk topi keledar. Ini dilengkapi 18 kepingan litar terkemuka dunia menggambarkan pusingan MotoGP sepanjang tahun.

Bukan saja elemen gaya yang diterapkan, penggemar sukan bermotor juga tidak harus melepaskan peluang. Ini kerana jam tangan edisi terhad ini hanya dikeluarkan sebanyak 9,002 set di seluruh dunia.

Tunggu apa lagi? Harga jualan jam tangan istimewa ini RM3,100.