Tropicana Juice Plus

Tropicana Juice Plus CalciumBoost dan Tropicana Juice Plus AntioxidantBoost

Masyarakat kini tidak hanya berpuas hati dengan minuman oren biasa, sebaliknya mencari khasiat tambahan dalam minuman seharian mereka.

Antioksidan dan kalsium antara kebaikan tambahan seperti diketengahkan rangkaian jus oren baru, Tropicana Juice Plus CalciumBoost dan Tropicana Juice Plus AntioxidantBoost.

Kedua-duanya diperbuat daripada jus oren semula jadi yang ditambah dengan kalsium atau antioksidan, dihasilkan untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat daripada masyarakat Malaysia terhadap produk yang menepati keperluan kesihatan dan kesejahteraan.

"Masyarakat Malaysia hari ini semakin mementingkan kesihatan justeru, jus berkenaan adalah pilihan untuk mereka yang sibuk bagi memenuhi keperluan untuk kekal sihat," kata Pengurus Pemasaran Permanis Sdn Bhd (Permanis), Hemalatha Ragavan.

Tulang dan gigi yang kuat sememangnya perlukan jumlah kalsium mencukupi. Oleh itu, antara sajian menyelerakan pada waktu pagi adalah segelas Tropicana Juice Plus CalciumBoost untuk membantu memenuhi 30 peratus keperluan kalsium individu setiap hari.

Ia juga kaya dengan vitamin A, C dan D manakala vitamin D khususnya, amat penting untuk kesihatan tulang dan tubuh yang diperlukan bagi penyerapan kalsium dengan lebih berkesan.

Tropicana Juice Plus AntioxidantBoost pula diperkaya dengan vitamin A, C dan E yang membantu memperkuatkan sistem ketahanan (imun) tubuh.

Segelas jus oren berserta khasiat tambahan ini memberikan 30 peratus keperluan vitamin C dan 50 peratus keperluan vitamin E seharian.

Rangkaian Tropicana Juice Plus yang boleh didapati pada harga RM7.99 itu tidak mengandungi bahan pengawet dan pewarna serta perasa tiruan. Pelancarannya baru-baru ini diadakan bersama peraduan Tropicana Live.Love.Life yang kini bermula hingga 31 Oktober 2009.

Pemenang peraduan terbabit membawa pulang hadiah utama sebuah kereta BMW 3 Series. Permanis turut menghadiahkan 10 televisyen LCD 42", 15 sistem teater rumah, 30 kamera digital dan 50 hadiah wang sagu hati bernilai RM500 setiap satu.

Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan berkenaan, layari www.tropicanatwister.com.my.