Wonder Perfect Mascara Clarins

Percaya atau tidak, pemakaian maskara pada bulu mata sebenarnya mampu melengkapkan lagi solekan mata, selain menaikkan lagi keseluruhan wajah dan penampilan. Penggunaan maskara pada masa kini juga mampu memberi perubahan mata lesu menjadi segar.

Oleh sebab itulah maskara dipakai untuk apa juga jenis solekan dari yang semula jadi untuk solekan siang sehinggalah ke solekan glamor ke parti.

Maskara boleh didapati dalam pelbagai warna dan fungsi seperti melebat, melentik dan memanjangkan bulu mata dalam satu atau dwisapuan rumusan popular. Pendek kata, maskara tidak hanya mewarnakan bulu mata dan memanjangkan serta memberi volume kepada bulu mata, tetapi juga menaik serikan mata sebagai tiang seri wajah dan menambahkan gaya dramatik pada solekan.

Tetapi sejauh mana maskara itu sesuai untuk anda dan sebijak mana ia di aplikasi, semua itu perlu diketahui sebelum memutuskan untuk memilikinya. Ini kerana sudah pasti anda tidak mahu sapuan itu comot dan `melemaskan'.

Perkara yang harus diteliti ketika membeli maskara adalah melihat bentuk dan saiz berus. Selain itu, teknologi maskara juga semakin berubah apabila ada lapisan asas dan atas dengan warna berbeza. Teknologi ini mampu membuatkan bulu mata terasa ringan dengan dua lapisan, malah memberi keberkesanan pada solekan mata secara menyeluruh.

Bagi memenuhi kehendak itu, Clarins, antara produk kecantikan yang tersohor di bibir wanita kini memperkenalkan ciptaan terbarunya, Wonder Perfect Mascara semua dalam satu yang bertindak dalam semua dimensi sekali gus dapat membuatkan bulu mata lebih tebal, panjang, dan lentik.

Bulu mata yang halus sekali pun, boleh nampak tebal dengan lilin carnauba dan lilin beras yang digabungkan dengan pigmen warna. Imbangan polimer dalam formulanya juga memberikan kesan pemanjangan yang menakjubkan.

Maskara itu memberikan sapuan yang mampu melekat kuat pada bulu mata apabila di sapukan dengan teliti. Gel polimer yang dihasilkan daripada tumbuhan berfungsi untuk melentikkan bulu mata dengan lembut tanpa membuatkannya tampak keras.

Selain itu, gabungan nutrien untuk penjagaan kulit seperti Pro-vitamin B5 yang terkenal dengan kuasa memegang erat setiap lentik helaian juga dimuatkan supaya sapuan dapat menguatkan, menyuburkan dan bulu mata di lindungi daripada kerosakan.

Serat berus yang lembut memberi kesan alis mata dan memanjangkan bulu mata, Bentuk lonjong berus mengoptimumkan tindakan melentikkan bulu mata dan melahirkan sinaran terhadap mata, selain memberikan kesan dramatik yang mampu mencapai sehingga ke helaian halus walaupun pada penjuru mata.

Kesannya, maskara itu juga tidak bergumpal atau melekat antara satu sama lain apabila disapukan pada bulu mata dan mampu menyebabkan solekan mata tampak tidak lengkap serta daya tarikan pada lirikan berkurangan.

Penggunaan maskara ini mampu memberikan tahap ketebalan selepas aplikasi sehingga 54.6 peratus dengan menambahkan panjang bulu mata ke 34.6 peratus. Terdapat tiga warna sapuan iaitu hitam, coklat dan biru.

Jika ingin menyerlahkan ketebalan dan melentikkan bulu mata dengan Wonder Perfect Mascara, anda hanya perlu mulakan dari pangkal bulu mata dan berus ke atas hingga ke hujung dengan sedikit tekanan dalam pergerakan berliku.

TIP: Pemakaian maskara

# Jangan pam berus keluar masuk botol untuk mencegah udara daripada masuk ke dalam botol dan mengeringkan maskara. Ini dapat memanjangkan hayat maskara.

# Untuk bulu mata kelihatan lebih lebat, gosok dengan lembut pada bahagian akar bulu mata.

# Jangan takut untuk mencuba maskara berwarna. Aturan asas pemakaian maskara mudah saja; hitam sesuai untuk semua, biru untuk berkanta cerah dan ungu untuk berkanta coklat.

Fakta:


Polimer: Bahan tiruan yang terdiri daripada molekul yang dibuat dari gabungan molekul kecil.

Pigmen: Bahan semula jadi yang terjadi pada kulit dan rambut.

Serat: Serabut (seperti benang) yang terdapat pada tumbuhan yang boleh dijadikan tali dan lain-lain.