The Wedding Book Vol.3

Ingin kelihatan seperti bidadari dan putera raja pada majlis perkahwinan? The Wedding Book Vol.3 bersedia membantu anda. The Wedding Book Vol. 3 berkongsi tip persiapan perkahwinan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

Setiap pasangan yang ingin disatukan pasti mengimpikan sebuah majlis persandingan yang indah dan menarik. Mereka juga semestinya memerlukan bantuan untuk mencapai impian perkahwinan itu supaya detik istimewa tersebut berjalan lancar.

Laman web www.weddingsbyeternal. com menawarkan jalan penyelesaian bagi pasangan yang buntu memikirkan dekorasi untuk detik yang dinantikan itu.

Ia satu-satunya laman web yang seringkali dipantau oleh orang ramai sehingga berjaya melahirkan suasana perkahwinan yang cukup romantis.

Sehingga kini, ia juga berjaya mencetak sebuah buku panduan perkahwinan berjudul The Wedding Book Vol.3 yang lebih padat dan lebih baik daripada keluaran sebelum ini.

The Wedding Book Vol.3 dimuatkan dengan pelbagai pengetahuan berhubung keperluan sebelum majlis perkahwinan gilang-gemilang dilangsungkan.

Pelbagai aspek ditekankan, antaranya tema perkahwinan dan personaliti pasangan supaya kelihatan memukau pada hari tersebut. Turut dikongsi ialah pengurusan perbelanjaan.

Perancangan perkahwinan dilakukan mengikut tema yang bersesuaian dengan konsep sesebuah majlis perkahwinan sama ada tradisional, kontemporari, tropika mahupun ala timur.

Pemakaian barangan kemas juga perlu dititikberatkan seperti cincin pertunangan yang dipadankan dengan gaun sehingga mampu menonjolkan keperibadian mempelai.

Selain itu, aspek lain yang tidak harus dilupakan ialah sentuhan kreatif jurufoto untuk menyerlahkan lagi foto kenangan setiap pasangan.

Sudah menjadi kelaziman apabila pasangan mempunyai masalah dalam pemilihan pakaian yang ingin digayakan.

Segala-galanya akan terjawab melalui The Wedding Book Vol.3 yang memaparkan persiapan perkahwinan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

Dalam pada itu, selesai majlis perkahwinan, bermula pula detik pasangan berbulan madu di lokasi pilihan.

The Wedding Book Vol.3 turut membantu anda untuk mencari lokasi yang sesuai.

Justeru, bagi pasangan yang sedang hangat bercinta dan mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga, eloklah membuat penelitian terlebih dahulu agar memori manis itu tersemat indah di sanubari.

The Wedding Book Vol.3 kini berada di pasaran dan boleh didapati pada harga RM19 senaskhah.