Datin Seri Tiara Jacquelina merealisasikan sebuah akademi seni pentas ,Enfiniti Academy of Musical Theatre and Entertainment Arts atau ENACT.
Impian yang dicetuskan lima tahun lalu itu bermatlamat untuk membentuk masa depan industri seni Malaysia dengan meneruskan usaha untuk menghasilkan artis dan penghibur yang berkaliber termasuk tenaga di belakang tabir seperti penerbit, pengarah, penulis dan pengurus pentas yang bersedia untuk membentuk kerjaya mereka ke produksi yang lebih besar di seluruh dunia.
ENACT dirasmikan oleh tiga nama besar West End iaitu Ramin Karimloo, pemegang peranan sebagai Phantom dalam sekuel teater Phantom of The Opera, Love Never Dies, Stephen Rahman-Hughes, pemegang peranan utama sebagai Akash dalam Bombay Dreams dan Hang Tuah dalam Puteri Gunung Ledang The Musical dan Simon Bailey, pemegang peranan sebagai Enjolras dalam Les Miserables. Mereka berada di Kuala Lumpur sempena West End Stars in Concert yang bakal berlangsung di Istana Budaya pada 15 dan 16 April depan.
“ENACT akan menjadi legasi yang saya tinggalkan untuk Malaysia.” Tambah Tiara yang bakal kembali ke pentas dalam teater muzikal The Secret Life of Nora September depan.
Butik akademi itu turut mensasarkan impian untuk menjadi inkubator ikon yang dilatih di Malaysia dan bersedia untuk beraksi ke luar negara. Beza ketara antara ENACT dan akademi seni yang lain ialah persekitaran yang lebih menjurus sebagai sebuah syarikat produksi dalam latihan berbanding hanya sebagai sebuah institusi pendidikan.
“Kami mensasarkan untuk mencipta satu ekosistem seni yang berterusan. Kami telah mementaskan teater muzikal yang diiktiraf sebagai yang paling berkualiti di negara ini dan kami akan terus menghasilkan lebih ramai artis dan penggiat seni pentas untuk meneruskan hayat seni pentas di sini.” jelas Tiara optimis dengan perancangannya itu.
Tiara turut mengumumkan Joanna Bessey, penggiat teater tanahair sebagai Pengarah Kursus di ENACT. Bekas pelakon siri sitkom Kopitiam itu berpengalaman lebih 10 tahun sebagai pelakon dan pengarah untuk siri televisyen, filem dan teater.
Milik sepenuhnya Enfiniti Vision Media, produksi yang sama pernah menerbitkan teater muzikal paling berjaya di Malaysia iaitu Puteri Gunung Ledang The Musical dan P.Ramlee The Musical, ENACT dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang canggih termasuk sebuah “The Black Box Theatre, ruang pelbagai guna untuk latihan dan pementasan berskala kecil. Ia turut dilengkapi studio tarian, studio vokal dan ruang pejabat.
Antara kursus yang dirangka adalah “Dance Like a Star”, bengkel seni tari yang akan dikelolakan pereka tari selebriti, Pat Ibrahim, “Jazzing Up Your Ballet” bersama Suhaili Michelin, “Musical Theatre Couses, bengkel selama 5 minggu menjurus kepada seni teater muzikal dan “School’s Out, Musical Theatre’s In”, bengkel teater muzikal untuk pelajar sekolah.