HSBC Bank Malaysia Bhd memperkenalkan perkhidmatan perbankan mudah alih bagi menampung peningkatan permintaan daripada pelanggannya terhadap kemudahan sedemikian.
Perkhidmatan dikenali sebagai `HSBC Mobile Banking' itu adalah sama seperti perbankan internet yang ditawarkan bank itu, dengan kemudahan melakukannya di mana saja.
Pelanggan yang memiliki peranti seperti iPhone, iPad dan telefon Android seperti HTC Desire dan Samsung Galaxy S kini boleh mengakses akaun masing-masing menerusi aplikasi perkhidmatan itu.
Ia memberikan akses mudah kepada kedua-dua segmen pelanggan runcit dan korporat untuk menggunakan telefon mudah alih masing-masing melakukan urus niaga perbankan.
Antara kemudahan yang disediakan termasuk untuk menyemak baki akaun, melihat urus niaga yang dilakukan, membayar bil, memindahkan wang, menyemak kadar tukaran asing serta mendapatkan promosi dan keistimewaan terkini.
Pada masa sama, HSBC turut melancarkan satu platform mudah alih untuk program keistimewaan kad kredit globalnya yang membolehkan pemegang kad mengakses portal HSBC dengan menggunakan aplikasi home&Away `HSBC Mobile Banking'.
Portal home&Away itu menyediakan kira-kira 4,000 tawaran eksklusif daripada 19,000 cawangan rakan niaga di 160 negara kepada pemegang kad kredit HSBC.
Di rantau Asia Pasifik, kemudahan home&Away itu menawarkan kira-kira 2,700 perkhidmatan pelancongan, restoran, beli-belah, kesihatan dan kecantikan di 38 negara.
Pemegang kad kredit HSBC juga boleh meninjau semua keistimewaan yang diberikan pada peringkat global dengan menggunakan perkhidmatan 'HSBC Mobile Banking' dan mencarinya menerusi negara, jenis kad, kategori peniaga dan nama.
Pemegang kad juga boleh mengenal pasti keistimewaan itu menerusi lokasi dengan menggunakan ciri-ciri `kemudahan berdekatan' dan boleh meninjau kedudukannya menggunakan peta.
Sementara itu, seksyen `Pilihan Hangat' menyenaraikan tawaran paling popular terkini yang ada pada satu-satu masa.
Pengurus Besar Perkhidmatan Kewangan Peribadi HSBC Bank Malaysia, Lim Eng Seong, berkata pihaknya yakin perkhidmatan baru ini dapat memenuhi permintaan pelanggan bank itu yang semakin bijak menggunakan teknologi.
"Dengan adanya generasi baru pelanggan yang beralih kepada teknologi, mereka mahukan kemudahan dan kepantasan dalam setiap perkara dilakukan termasuk urusan perbankan. Justeru, 'HSBC Mobile Banking' dapat menawarkan keselesaan dan kaedah fleksibel untuk menguruskan kewangan di hujung jari," katanya.
Pelanggan yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan `HSBC Mobole Banking' dan portal home&Away boleh melayari laman web bank itu di www.hsbc.com.my.