Produk Kérastase Chroma Sensitive

Gaya rambut sama dan sentiasa berwarna hitam ada kalanya membosankan dan memerlukan perubahan untuk menukarkan kepada warna lain bersesuaian dengan tona kulit bagi menyerlahkan penampilan seseorang.

Mewarnakan rambut juga sudah menjadi trend generasi sekarang untuk menampakkan kelainan dan kepuasan dalam berfesyen. Tambahan pula, lambakan pewarna rambut di pasaran memberikan pilihan yang mana terbaik untuk wanita, meskipun menyedari kekerapan mewarnakannya menyebabkan rambut kurang sihat sekiranya tidak dijaga sempurna.

Kajian pasaran mendapati seorang daripada dua wanita akan mewarnakan rambut mereka. Namun hampir 57 peratus wanita percaya warna yang cantik ialah warna kekal tetapi ia memerlukan penjagaan lebih rapi berbanding rambut semula jadi.

Rawatan kimia berulang kali ditambah faktor persekitaran, melemahkan fiber rambut, selain mempercepatkan ia menjadi kusam.

Tiada apa yang lebih teruk apabila warna rambut kian pudar selepas beberapa hari diwarnakan. Apatah lagi, selepas membelanjakan sejumlah wang yang banyak dan masa yang lama dan kesannya cukup mengecewakan. Sudah tentu kita ingin mengekalkan warna rambut berkenaan dan seri warna selama mungkin.

Memahami situasi wanita yang sering mewarnakan rambut, jenama produk kecantikan rambut, Kérastase mencipta teknologi inovasi dan teknik baru penjagaan rambut berwarna. Teknologi Chroma Cristal diperkenalkan menerusi rangkaian produk Kérastase Chroma Sensitive bertujuan bagi mengelakkan kepudaran rambut yang diwarnakan.


Educetor Kerastase, Tan Kai Li, berkata selepas mewarnakan rambut, penggunaan syampu yang berlebihan dan geseren ketika membasuh rambut menyebabkan warna tidak tahan lama dan kian pudar.

"Buih syampu biasa dan geseren ketika membasuh rambut boleh merosakkan gentian rambut sekali gus menyebabkan kebocoran pigmen warna. Selepas membilas rambut, gentian lebih sensitif menyebabkan warna menjadi pudar dan tidak bermaya," katanya pada majlis memperkenalkan Kérastase Chroma Sensitive di Hotel DoubleTree by Hilton, Kuala Lumpur, barubaru ini.

Rangkaian terbaru Kérastase Chroma Sensitive ialah Chroma Sensitive Cleansing Balmdan Chroma Cristal Shine Perfecting Mist. Ia dirumuskan dengan teknologi penjagaan rambut pertama dwifasa yang memungkinkan dua rumusan digabungkan dalam satu produk untuk kesan berganda dan sempurna.

Tan berkata, ia berasaskan pekatan minyak yang melindungi warna daripada pencemaran keliling dan mengekalkan gentian untuk kilauan mutlak. Rumusan berair memastikan resapan bahan aktif berkesan bagi penyerapan yang mendalam dan kemasan yang lebih sekata. Chroma Cristal menyerlahkan kilauan rambut dengan penggilapan gentian menerusi antioksidan dari Vitamin E.

"Haruman sangat penting untuk produk cucian rambut. Chroma Sensitive & Cristal adalah gabungan bungaan dan buah-buahan serta mengeluarkan bau kayu kayan bagi menyempurnakan keharuman dan menyerlahkan kelembutan rambut," katanya.

Produk Cleansing Balm adalah sapuan pembersih pertama kurang buih yang melindungi kepudaran warna sehingga 90 peratus dengan menggunakan selepas seminggu rawatan mewarna rambut. Ia bertindak sebagai anti-pudar dan diikuti dengan Bain Chroma Riche pada minggu seterusnya.

Sementara itu, Shine Perfecting Mist pula didefinisikan sebagai rawatan yang merangsangkan kelembutan dan kececairan. Memberi kesan sempurna dan sentuhan terakhir.

Produk Kérastase Chroma Sensitive boleh didapati pada harga antara RM90 hingga RM108 bermula April ini.