Chakra De Surya Spa

Chakra De Surya Spa adalah satu pusat rawatan kecantikan wanita diasaskan oleh Dayang Hasmira Ramli yang hampir tiga tahun bertapak di 54 jalan 8/27E, Danau Kota Setapak Kuala Lumpur.

Pusat rawatan wanita ini ditubuhkan dengan matlamat untuk memberi satu perkhidmatan terbaik bagi kecantikan luaran dan dalaman kepada golongan hawa yang ingin sentiasa kelihatan anggun dan menawan sepanjang masa.


Chakra De Surya juga menjadi tempat untuk golongan wanita berkongsi pengalaman kecantikan dan saling bertukar maklumat mengenai penjagaan kecantikan. Ini sesuai dengan sifat golongan wanita sendiri yang sangat mementingkan kecantikan dan penampilan diri menawan.

Disebabkan kecantikan menjadi satu keperluan bagi wanita, Chakra De Surya Spa menawarkan rawatan kecantikan menggunakan teknologi moden dan tradisional hasil gabungan rawatan Bugis dan tradisi Melayu lama.

Disamping menyediakan perkhidmatan kecantikan, Chakra De Surya Spa juga memberi tunjuk ajar dan mendidik anak-anak Melayu yang berminat dalam bidang kecantikan di mana keseluruhan staf Chakra De Surya Spa adalah anak tempatan yang tiada pengetahuan tetapi dididik dan diasuh sehingga menjadi seorang pakar kecantikan profesional.

Apa yang menarik mengenai Chakra De Surya Spa, perkhidmatan kecantikan yang disediakan masih menggunakan bahan kecantikan tradisional lama seperti daun sirih, serai wangi, daun seringan, halia bagi rawatan sauna dan jika dulu digunakan bagi tujuan bertangas.

Bagi rawatan skrub keseluruhan badan, bahan yang digunakan juga masih mengekalkan bahan tradisional seperti lulur, betik jasmin dan beras pulut. Justeru itu, boleh dibanggakan bahawa dalam era melenium kini masih ada pusat rawatan kecantikan yang masih mengekalkan teknik rawatan tradisional dan digabungkan dengan teknologi moden bagi memberi kepuasan dan perkhidmatan kecantikan yang terbaik untuk kaum wanita masa kini.

Memadangkan kecantikan kini menjadi salah satu keperluan, apa yang menarik Chakra De Surya Spa menawarkan pakej yang menarik pada harga mampu oleh semua golongan wanita. Pelanggan pastinya akan berpuashati menerima rawatan dalam suasana yang tenang di tempat yang selesa.

Bukan itu saja, pelanggan boleh mencuba produk rawatan penjagaan diri kami, bagi kegunaan harian di rumah. Seperti yang sedia maklum produk kami dihasilkan bukan saja untuk kebaikan luaran tetapi mampu membantu menolak tenaga negatif yang ada pada individu itu.

Testimoni stokis negeri Perak

Puan Rahima (012-4934733)

SAYA adalah suri rumah sepenuh masa, dalam kesibukan tugasan harian, saya menghadapi masalah kesihatan. Saya sering lenguh-lenguh badan di bahagian belakang badan dan sendi. Minyak angin pula tidak dapat menyelesaikan masalah saya kerana ia tidak dapat menghilangkan bisa yang berpunca dari unsur negatif. Saya sudah mencuba pelbagai produk sehinggalah bertemu dengan produk yang dikeluarkan oleh De Surya. Produk itu ialah Sabun Herba De Surya. Saya telah mencuba produk ini dan lenguh di bahagian belakang dan sendi saya semakin berkurangan. Saya sangat berpuas hati dengan produk ini kerana ia mempunyai khasiat tersendiri dan kini saya menjadi salah satu daripada stokis produk ini.

Spa Chakra De´Surya
Pemilik: Dayang Hasmira Ramli.
Lokasi: Danau Kota, Setapak.

Clinique: Cara atas kulit kusam

Tak dinafikan kecantikan kulit dan tubuh badan amat penting kepada wanita. Mereka yang memiliki kulit halus dan susuk tubuh menarik lebih berkeyakinan, meningkatkan keterampilan dan sekali gus menjadikannya anggun.

Mempunyai kulit yang segar dan berseri pasti menawan mata sesiapa saja yang memandang. Seri wajah seseorang itu bukan hanya bergantung semata-mata kepada warna kulitnya. Bagi yang berkulit gelap atau sawo matang juga mereka boleh tampil cantik berseri jika pandai menjaga kulitnya supaya segar dan bersih.

Namun, tidak dinafikan seiring dengan usia yang semakin menginjak tua, ditambah pula dengan pelbagai pencemaran seperti udara, tekanan kerja, pendedahan kepada cahaya UV yang terlampau dan penggunaan produk tidak bersesuaian menjadi penyumbang kepada masalah kulit wajah lebih teruk.

Jika tidak dibelai dan dirawat dengan betul, tidak mustahil wanita akan kelihatan lebih tua daripada usianya. Kulit muka akan menjadi kusam, kering, kasar dan kelihatan tidak bermaya.

Justeru, bagi mengelakkan masalah berkenaan daripada berlarutan, Clinique iaitu produk yang terbukti berkesan untuk semua jenis kulit memperkenalkan produk yang dipertingkatkan teknologinya iaitu Turnaround Concentrate Extra Radiance Renewer.

Produk terbaru ini dijangka mampu memberi kesan yang lebih ketara untuk pembaharuan sel kulit wajah yang sihat, elakkan kusam supaya kelihatan lebih licin dan segar.

Pengurus Besar Penjenamaan Clinique, Sharyn Wong, berkata produk yang dipertingkatkan dengan formula terbaik ini mampu memberikan hasil yang lebih berkesan serta dapat dilihat dalam tempoh masa yang singkat sekurangkurangnya empat hingga lapan minggu seterusnya menjadikan kulit lebih bercahaya dan berseri.

Ketidaksempurnaan permukaan kulit wajah juga akan berkurangan, menjadi lembut dan kesan daripada cahaya matahari yang terlampau juga akan terhapus. Hasilnya, jika dibelai kulit wajah itu, ia seakan membelai baldu.

"Sebelum ini, kami keluarkan produk Turnaround Concentrate dengan fungsi yang hampir sama, malah permintaannya sangat memberangsangkan.

Atas kepercayaan pengguna setia Clinique kami terus hasilkan sesuatu yang lebih baik berbanding produk sebelum ini.

"Saya jamin ia akan memberi kesan dua kali ganda berbanding yang sebelum ini, selain dapat memperbaharui tona kulit wajah. Kejelasan kulit juga akan dapat segera diperbaiki sebanyak 74 peratus.

"Malah ia sudah terbukti secara klinikal dan dijamin menerusi tiga peringkat aktiviti sel epidermis yang bertindak ke atas kulit wajah iaitu pembahagian sel, kematangan dan menanggalkan sel kulit mati bagi menggantikan yang baru," katanya.

Turnaround Concentrate Extra Radiance Renewer ini akan bertindak dengan melakukan pembahagian sel menerusi pengelupasan sel mati pada permukaan kulit untuk menggantikan yang baru memandangkan ia akan membina sel kulit baru setiap tempoh 24 jam.

Selepas itu, apabila sel kulit mula menjadi lebih khusus, ia akan membolehkan kulit wajah melaksanakan fungsi biologi untuk mengekalkan tahap kulit yang sihat dan cerah. Formula baru yang terkandung dalam produk berkenaan pasti membuahkan hasil yang menakjubkan.

Akhirnya, ia akan menggantikan sel kulit wajah yang sudah mati daripada permukaan kulit dan yang pasti akan memberi kesegaran berpanjangan kepada kulit.

Sharyn berkata, tidak dilupakan juga, produk ini juga dilengkapi dengan antioksidan dan juga pelembap untuk memastikan kulit terlindung daripada sebarang kerosakan radikal, memastikan selesa dan mengekalkan permukaan kulit yang diinginkan.

"Cara penggunaan produk ini juga senang iaitu dengan aplikasi ke wajah sebanyak dua kali sehari selepas penggunaan tiga langkah Clarifying Lotion, diikuti pelembap wajah," katanya yang berharap pengguna setia Clinique berpuas hati dengan produk terbaru ini.

Turnaround Concentrate Extra Radiance Renewer boleh didapati di kaunter Clinique sejak 24 Oktober lalu dengan harga pengenalan RM200 untuk 30ml manakala RM280 untuk 50ml.

Oleh Saadiah Ismail

Total Impression untuk anti penuaan & kecantikan

L-GLUTHIONE

L-GLUTHIONE adalah asid amino yang ditemui dalam setiap sel daripada organik hidup. Ini dianggap sebagai antioksidan utama dan yang diketahui manusia kerana melindungi tubuh daripada penuaan dan faktor lain.

Namun seperti diketahui, tahap L-gluthione kita habis kerana paparan pencemaran udara, stres, ubat-ubatan, merokok, atau bahan kimia makanan yang merosakkan sistem khidmat kita. Oleh itu, penggunaan L-Gluthione boleh membantu sebagai anti penuaan masa kini.

L-Gluthione bekerja dari dalam untuk memperbaiki dan memelihara kulit di samping beberapa fungsi lagi iaitu menjadikan kulit putih berseri-seri, membuat pori-pori lebih halus, meningkatkan kulit hyperpigmentasi, menjadikan kulit halus, putih berseri dan mengawal jerawat serta mencegah bekas jerawat sekali gus menentang proses penuaan.

L-Gluthione meresap jauh ke dalam tahap sel pembuluh darah kita, otak, jantung, sel-sel kekebalan tubuh, ginjal, kanta mata, hati, paru-paru, dan kulit.

Manfaat suplemen L-Gluthione sangat besar (sila semak laman google). Ia menjaga tahap penuaan. Ini adalah jawapan anti-penuaan untuk kedutan awal. Ini meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan yang terbabit dalam sintesis serta pembaikan DNA. Oleh kerana itu, L-Gluthione mengandungi kajian untuk membuktikan pengurangan pigmentasi kulit gelap (bekas jerawat gelap, bintik-bintik, ketiak gelap, bintik-bintik penuaan dan lain-lain) kerana glutathione terbukti untuk membalikkan metabolisme melanin kembali yang pigmentasi gelap (eumelanin) ke pigmentasi cahaya (phaeomelanin).

Adakah L-Gluthione hanya untuk orang yang ingin mencerahkan kulit mereka? Jawapannya: Tidak! Jika anda ingin mempromosikan kesihatan yang lebih baik dan kesejahteraan, membantu memerangi penyakit utama khususnya kanser, menjaga kulit jerawat mengembalikan kulit lebih muda, putih berseri dan lebih gebu, maka L-Gluthione adalah jawapannya.

Fakta

L-Gluthione adalah suplemen makanan dan bukan ubat dan telah didaftarkan dengan kementerian kesihatan Malaysia KKM sebagai makanan tambahan.

COLLAGEN RENEW 20 PLUS

KOLAGEN sebenarnya adalah molekul penting untuk membantu kulit agar kelihatan muda dan sihat. Tambahan lagi, ia juga penting bagi menghubungkan tisu-tisu yang menyokong struktur muka dan seluruh tubuh kita. Kolagen menjadikan kulit kita bertambah halus, anjal, gebu, licin dan cantik berseri. Kolagen Renew 20 plus mempunyai kandungan kolagen yang tinggi diperbuat daripada bahan-bahan terpilih dan halal yang juga kaya dengan sifat kolagennya.

Pada kebiasaannya, pelanggan yang mengambil tiga kotak Collagen Renew 20 Plus menunjukkan perubahan pada kulit mereka. Kulit akan lembap, halus, dan anjal jika produk ini diambil secara berterusan. Selain itu, ia dapat membantu menghilangkan kedutan, mencerahkan kulit, membantu mengurangkan jeragat dan seterusnya menghilangkan jerawat. Pendek kata, setelah anda mengambil Collagen Renew 20 Plus ini anda akan kelihatan muda serta cantik berseri dan sudah pastinya anda akan gembira dan bangga terhadap penampilan diri anda. Jadi, kepada pelanggan khususnya golongan hawa rebutlah peluang ini untuk mencuba produk terbaru keluaran Total Impression iaitu Collagen 5000MG Renew 20 Plus yang mengagumkan ini.

Tanpa perlu membuat pembedahan atau suntikan, anda boleh kelihatan muda jelita.

Mysara Herbs


WANITA hari ini bukan saja ingin kelihatan cantik dan menarik bahkan begitu mementingkan kesihatan dalaman. Berpegang pada faktor itu, Total Impression mengeluarkan produk Mysara Herbs, sejenis minuman kesihatan campuran 16 jenis herba terpilih yang diimport khas dari Amerika Latin dan negara yang terkenal dengan herba yang digunakan oleh penduduk mereka sejak dulu lagi.

Antara herba yang terkandung di dalam sebotol Mysara Herbs ialah nanas batu, labisa pumila, pomegranet, nigella sativa dan banyak lagi.

Bagi mereka yang mengalami masalah kitaran haid tidak teratur, wanita yang melahirkan anak, masalah keputihan yang serius dan masalah berkaitan organ kewanitaan, minuman ini dapat membantu menyelesaikannya.

Kajian membuktikan bahawa nanas batu misalnya amat baik untuk menjaga organ dalaman dan sistem kewanitaan. Penggunaan secara konsisten akan menjadikan seorang wanita berbangga menjadi diri sendiri. Mysara Herbs adalah rahsia wanita agar lebih disayangi suami.

Selain itu, kandungan delima dalam Mysara Herbs dapat membantu mencantikkan lagi kulit kerana buah delima kaya dengan antioksidan yang membantu meremajakan kulit. Kesimpulannya, Mysara Herbs adalah minuman campuran herba terbaik yang patut dimiliki semua wanita.

Mysara Herbs adalah penyelesaian kepada segala permasalahan berkaitan kesihatan dalaman untuk golongan remaja dan wanita masa kini.

Gamat Plus aleo Vera

DEWASA ini, kebanyakan penyakit berpunca dari makanan yang tidak seimbang, tidak terkawal serta gaya hidup tidak sihat. Justeru itu, Total Impression mengeluarkan sejenis produk berasaskan gamat yang sudah diketahui umum mengenai khasiat dan keberkesanannya.

Collagen Gamat Plus Aloe Vera adalah makanan berfungsi lengkap untuk membantu merawat pelbagai jenis penyakit seperti luka pembedahan, sakit sendi, lenguh-lenguh badan, kencing manis dan macam-macam lagi. Selain diminum, Gamat Al-Firdaus ini juga boleh digunakan untuk disapu di bahagian luar seperti luka akibat melecur, kulit kering, kecederaan ringan dan macam-macam lagi.

Gamat atau mentimun laut yang banyak terdapat di perairan Langkawi diproses tanpa bahan kimia. Campuran aloe vera di dalam kolagen gamat memberi kesan yang lebih efektif dalam merawat segala jenis penyakit. Ia juga mengandungi bahan antioksida, kolagen, vitamin E dan asid lemak omega bagi memelihara sel kulit sekali gus melambatkan proses penuaan. Collagen Gamat Plus Aloe Vera Al-Firdaus amat sesuai untuk semua peringkat umur bagi lelaki dan wanita. Pengambilan secara konsisten dapat memberi kesan yang memuaskan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi Sulaiman di talian 016-7228434, Rafeah 019-7309141 atau Total Impression 07-8839141 dan atau layari laman web kami di www.totalimpression.com.

Milo Cans Next Game : Create Your Own Game and Win Prizes!


J.K. Rowling’s creative mind made her create “Quidditch”, a game played on broomsticks and it came to life on the movie screen. Let’s see how creative you can get at creating a game, and win prizes worth RM 50,000!

Milo Cans want to give away RM 10,000 cash and branded tablets! All you gotta do is create a game that people can play in a tournament! The more wacky and unique it is, the better! You could be jumping around in sacks swirling around a hula hoop, as long as it has a purpose, the better. Create a game the world has never seen before!

Clik for more information here!

Peraduan Bongkar Kod Rahsia.Menangi iPad 2 dengan hanya membaca buku!


PTS menganjurkan Peraduan Bongkar Kod Rahsia! Menangi pelbagai hadiah menarik seperti iPad 2, Samsung Galaxy Ace, iPod Touch, mp3 player, serta merchandise PTS! Para pembaca hanya perlu membeli buku PTS berlogo 'Bongkar Kod Rahsia', daftar di laman web PTS dan main online game untuk menang hadiah-hadiah hebat ini! Jom Bongkar Kod Rahsia dengan pantas!

PTS Publications & Distributors Sdn Bhd (PTS), penerbit buku bahasa melayu pertama di Malaysia menerbitkan banyak buku-buku untuk semua peringkat umur. Sempena musin cuti yang akan datang PTS banyak menerbitkan buku-buku bacaan untuk kanak-kanak dan remaja seperti novel, komik dan sebagainya. Buku PTS yang cool ini pasti ada yang dapat menarik minat minat perhatian!

Jom sertai peraduan di sini

Terapi Sinar Inframerah Jauh (FIR) Zazen

Dulu badannya cepat letih dan sering mengantuk. Lebih memburukkan keadaan apabila berat badannya tidak menentu. Sebagai seorang kakitangan kerajaan, Yatie Nordin berasa risau. Lebih-lebih lagi, pada usia mencecah 50-an, dia perlukan banyak tenaga.

Justeru itu, dia amat serius perihal penjagaan kesihatan ini. Mungkin bagi rakan-rakannya, dia seorang wanita yang sihat tubuh badan. Namun, Yatie beranggapan masalah berat badan dan toksin sama penting seperti dia melakukan rawatan wajah.

Dalam kesibukan mengejar tugas harian, Yatie diperkenalkan Terapi Sinar Inframerah Jauh (FIR) Zazen .

"Sebagai seorang wanita bekerja, saya jarang mempunyai masa bersenam. Pengetahuan tentang terapi ini membuatkan saya ingin memiliki sauna Zazen. Selepas memiliki sendiri sauna ini, saya kemudiannya bercadang untuk membuka pusat terapi sauna FIR," ujarnya yang kini mengusahakan Zazen Health Solutions Sdn. Bhd terletak di No. 1-41, Jalan Pandan Prima 2, Dataran Pandan Prima, Kuala Lumpur (berhampiran TESCO Ampang).

Toksik

Sebagai rawatan alternatif, terapi FIR Zazen membakar 600 sehingga 900 kalori setiap 30 minit sesi.

Bahkan terapi ini membantu mengekalkan berat badan ideal.

Menurut Yatie, rawatan terapi pemanasan inframerah jauh merupakan penyelesaian sains untuk pelbagai masalah kesihatan.

"Berbanding dengan sauna konvensional, alat sauna FIR membolehkan pesakit yang menghidap masalah jantung dan lelah mencubanya tanpa memberi kesan terhadap penyakit yang mereka hadapi. Rawatan terapi mudah ini juga tidak memenatkan ini hanya memerlukan pesakit duduk di dalam alat sauna selama 30 minit pada setiap kali rawatan. Berbeza dengan sauna biasa yang hanya merangsang permukaan kulit untuk mengeluarkan peluh, sauna FIR ini bertindak daripada dalam," ujarnya.

Sistem pemanasan FIR jauh mampu mengeluarkan toksik yang terkandung dalam lapisan ketiga kulit manusia.

Selepas menjalani terapi ini, 70 peratus air berbentuk peluh akan keluar dan selebihnya ialah toksik yang terkumpul dalam badan kita.

Kebiasaannya pesakit yang telah menerima rawatan terapi akan berasa lebih ringan, dapat tidur malam dengan lebih lena dan akan ke tandas pada keesokan paginya.

Oksigen

Selepas menerima rawatan terapi ini pesakit akan dapat meningkatkan peredaran darah dan oksigen dalam tubuh.

Disebabkan pelancaran darah baik, ia memberi kecantikan pada kulit di samping menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru dan membakar lemak.


Ia juga sesuai digunakan oleh semua orang daripada bayi hingga kepada warga emas. Hanya wanita mengandung dan dalam haid tidak digalakkan mencuba kerana dikhuatiri memudaratkan kandungan dan menambah kelesuan badan akibat pengeluaran darah haid.

"Pada tahun 1998, FDA meluluskan penggunaan terapi sinar inframerah sebagai alat untuk meredakan kesakitan otot dan tisu. Terapi alternatif ini dapat membantu dalam prestasi atlet tempatan. Ia juga digunakan oleh individu yang prihatin terhadap kesihatan. Secara umumnya, kabin Zazen FIR sesuai untuk kegunaan seharian setiap ahli keluarga di kediaman masing-masing. Kami juga menyediakan rawatan percuma kepada warga emas," ujarnya.

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH

Tune Hotels tawar bilik pada harga serendah RM1 semalam

Tune Hotels, cabang hospitaliti Tune Group, kini menawarkan kadar bilik serendah RM1 semalam bagi rangkaian hotelnya di Malaysia.

Ia turut menawarkan bilik pada kadar 10,000 rupiah Indonesia semalam di Bali, Indonesia, bersempena perayaan Hari Merdeka dan Hari Malaysia.

Dalam satu kenyataan hari ini, Tune Hotels berkata, tempahan dibuka dari esok hingga 30 September, berdasarkan siapa cepat dia dapat, bagi tempoh menginap dari 1 Jun hingga 31 Ogos tahun depan.

"Promosi hanya sah bagi tempahan online di www.tunehotels.com dan tidak termasuk Tune Hotels di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)-Terminal Tambang Murah (LCCT) di Sepang dan Westminster, London,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tune Hotels, Mark Lankester.

Lankester berkata, syarikat itu sedang menambah satu hartanah di Kulim, Kedah, pada minggu depan, yang menjadikannya Tune Hotel ke-10 di Malaysia dan ke-13 di seluruh dunia, yang termasuk dua di Bali dan satu di London.

Katanya, syarikat itu merancang membuka 30 hotel baharu di seluruh dunia dalam tempoh 15 bulan akan datang, sambil menamakan United Kingdom, Filipina, Thailand, Indonesia, India dan Australia sebagai destinasi yang dicadangkan. – Bernama

Nokia N9 dilengkapi skrin Amoled tahan calar

NOKIA Malaysia (Nokia) memperkenalkan satu lagi inovasi penciptaan telefon bimbit pintarnya iaitu Nokia N9 yang dilengkapi skrin peka sentuhan dan reka bentuk lebih bergaya dengan pilihan tiga warna (hitam, biru muda dan magenta).

Ketua Pemasaran Singapura, Malaysia dan Brunei Nokia, Antony Wilson berkata, produk itu bakal menjengah pasaran Malaysia mulai Oktober dengan harga antara RM1,799 hingga RM2,088 mengikut model.

“Nokia N9 yang boleh membuat berbilang tugas pada satu masa sesuai bagi mereka yang sibuk dan memerlukan kepantasan semasa mengakses produk ini. Selain itu, ia juga mempunyai gaya yang lebih berani dengan penampilan dua warna cerah untuk kelihatan lebih bergaya.

“Pengguna masih boleh mengakses skrin utama mereka ketika mendengar muzik atau menonton video apabila mereka hanya perlu meleretkan paparan video tanpa perlu menutupnya,” katanya pada majlis pelancaran produk itu di Kuala Lumpur.


Katanya, Nokia N9 dilengkapi skrin Amoled 3.9 inci tahan calar dan kerangka polikarbonat mampu memberikan prestasi antena yang optimum, sekali gus menghasilkan resepsi yang lebih baik untuk kualiti suara. “Produk baru ini turut dilengkapi kamera lapan megapiksel, lensa Carl Zeiss, sistem operasi MeeGo 1.2 Harmattan, berdimensi 116.45 x 61.2 x 7.6-12.1 milimeter, serta berat hanya 135 gram,” katanya.

DD’s Perfume disertai doa Nabi Yusuf dan surah Thoha

Nama DD, kata Farahsuzie yang juga pengasas jenama ini adalah singkatan maksud ‘dekat di hati selalu’.

“Saya mahukan produk ini sentiasa meniti di bibir masyarakat dan saya mengimpikan setiap tas tangan wanita ada sebotol minyak wangi jenama DD,” kata bekas graduan Universiti Tun Abdul Razak (Unitar) ini.

Menjelaskan lebih lanjut tentang minyak wangi terbaharu keluaran SK Fragrance ini, Farahsuzie memberitahu, minyak wangi yang diimport dari Perancis ini diinspirasikan dengan sejumlah jenama minyak wangi antarabangsa.

Antaranya ialah Gucci, DKNY, Polo, Jadore, Burberry, Paris Hilton, Bvlgary, Armani dan JLo.

Sebanyak empat set haruman dengan empat jenama yang berbeza diperkenalkan. Pek-pek tersebut iaitu pek famili (RM60), pek wanita (RM55), pek lelaki (RM55) dan pek untuk remaja (RM55).

“Kami ingin menunaikan impian masyarakat di luar sana yang mahu memakai minyak jenama antarabangsa tetapi tidak berkemampuan.

“Jika tidak mahu membeli secara pek, pelanggan boleh membeli sebotol minyak wangi pada harga RM15 sahaja. Ia sesuai dipakai pada bila-bila masa,” kata wanita ini sambil memberitahu bau wangiannya mampu bertahan selama dua hari.

Bacaan doa

Pasangan suami isteri ini sedar dengan saingan produk-produk yang sealiran dengannya di pasaran sekarang. Ditanya apa keistimewaan yang dibawa oleh jenama ini berbanding dengan yang lain, jawab Ahmad Kamil:

“Pati haruman yang dibawa dari Perancis ini seratus peratus tulen. Kepekatan minyaknya lebih tinggi, daya tahan haruman lebih lama dan paling penting harganya mampu milik.”

Selain itu, produk ilham pasangan serasi itu turut membawa kelainan apabila minyak wangi yang dibekalkan dibacakan sekali dengan ayat al-Quran.

“Semasa minyak wangi ini dipakejkan, ia dibacakan dengan surah Yusof (ayat 4) dan surah Thoha (ayat 39) oleh seorang ustaz bertauliah,” terangnya.

Bagaimana idea itu dirintis? Jawab lelaki yang berasal dari Kampung Baru, Kuala Lumpur itu, pemakaian minyak wangi harus disertakan dengan keterampilan dan keyakinan.

“Justeru, surah Yusof dibacakan bertujuan untuk membangkitkan seri kecantikan sementara surah Thoha lebih kepada membentuk keyakinan diri, jadi, kami memilih pendekatan itu,” ujar Ahmad Kamil.

Meskipun baru lima bulan di pasaran, pasangan suami isteri ini tersenyum puas. Ini berikutan jenama yang dibawa mereka mendapat sambutan hangat di pasaran.

Untuk fasa pertama, sebanyak 2,000 unit telah terjual.

Stokis dan ejen makin bertambah meliputi Sabah dan Sarawak, ujar Farahsuzie.

Justeru, kepada yang berminat untuk terlibat sama dengan perniagaan ini, anda sangat dialu-alukan.