Bufet Ramadan Felda D' Saji

SEMPENA Ramadan ini, Felda D' Saji menyediakan lebih 88 jenis juadah berbuka puasa setiap hari terdiri daripada menu masakan Melayu tradisional dan menepati cita rasa tempatan yang boleh didapati di premis perniagaannya di Lembah Klang iaitu Dewan Perdana Felda, Jalan Maktab; Dewan Merak Kayangan, Jalan Gurney 1 dan Felda Villa di Jalan Perumahan Gurney serta Felda Residence, Kuala Terengganu.

Bagi hidangan di Dewan Perdana, buat pertama kali, Felda D'Saji memperkenal hidangan ikan bakar tilapia merah dari projek Gedung Makanan Negara yang segar dan menyelerakan bersama makanan tradisional seperti nasi ambang.

Masakan terkenal dari Yaman iaitu nasi mendy masih diteruskan selepas ia menjadi menu pilihan yang sukar didapati di tempat lain dengan harga RM50 untuk dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak.

Pelanggan juga boleh merasai kelainan melalui susunan bufet yang dilengkapi pembuka selera, pelbagai lauk pauk, sayur dan kerabu, mi dan rojak hinggalah juadah pencuci mulut. Gerai teh tarik dan air batu campur juga terdapat bersebelahan stesen bufet.

Dewan Perdana Felda mampu memuatkan 1,000 pengunjung dalam satu masa selain tempat letak kereta percuma dengan kapasiti 600 petak.

Tetamu pasti kagum dengan suasana berbeza bumbung dewan berkelipan dengan cahaya bintang gentian kaca serta susunan meja dan kerusi yang bersarung serta napkin di atas meja seperti lokasi pemakanan bertaraf lima bintang.

Pelanggan yang datang awal berkesempatan menonton tayangan siri Jejak Rasul bermula jam 6.20 petang hingga 6.50 petang setiap hari. Surau juga disediakan bagi pelanggan menunaikan solat Terawih yang boleh memuatkan 120 jemaah.

Seperti tahun lalu, syarikat korporat, jabatan kerajaan atau individu yang inginkan kelainan boleh menggunakan Dewan Merak Kayangan yang menyediakan kemudahan pentas, sistem audio, surau dan bufet dengan kapasiti 600 orang pada harga RM55 seorang.

Mereka yang inginkan suasana santai dan tenang, boleh menempah Felda Villa dengan hiasan taman menarik bersama alunan muzik 'live' berkonsep Ramadan pada harga RM58 seorang.

Selain itu, Felda D' Saji juga menawarkan bufet Ramadan di Felda Residence, Kuala Terengganu dengan hidangan tradisional, ala Timur Tengah dan barat. Bagi pelanggan yang sukakan suasana santai, boleh menikmati hidangan berbuka puasa di D'Muara Terrace.

Felda D' Saji turut menawarkan bufet berbuka puasa dan bersahur di D' Saji Food Court, Al-Safwa Towers, Makkah iaitu 100 meter dari Masjidil Haram.

Untuk pertanyaan dan tempahan, hubungi Dewan Perdana Felda di talian 03-26988302, Dewan Merak Kayangan (03-26988302), Restoran Felda Villa (03-26925397) dan Felda Residence Kuala Terengganu (09-6321111).