Sweet Sweat pacu senaman efektif

Sweet Sweat yang mencegah kecederaan otot, mempercepatkan pemanasan badan dan mengawal bau peluh.

Bersenam setiap hari memang bagus untuk kesihatan tetapi adakah sekadar berjoging memadai untuk membakar kadar kalori yang diperlukan?

Kebanyakan orang menghabiskan masa berjam-jam di gimnasium mengamalkan rejim senaman menjerihkan untuk membakar kalori yang banyak.

Tanda senaman anda itu berkesan adalah perpeluhan yang banyak, ia menandakan kalori sedang dibakar dan mempertingkatkan tahap kecergasan anda.

Syarikat Penyelidikan Sukan Amerika Syarikat (AS) berjaya menemui gabungan formula semula jadi untuk memperingkatkan tindakan termogenik dan keberkesanan senaman dengan produk Sweet Sweat.

Sweet Sweat mengandungi bahan-bahan semula jadi dan anti alergenik seperti ekstrak lidah buaya (aloe vera), jojoba, buah delima dan camelina.

Eksekutif Pemasaran Cambert (M) Sdn. Bhd., Edwin Phang berkata, produk pertama seumpamanya di pasaran tempatan itu juga meninggalkan kesan pewangi yang melembapkan peluh anda dan mengurangkan kesan bau masam.

"Hanya sapu satu lapisan nipis pada bahagian penting seperti abdomen, bawah lengan, pinggang dan paha sebelum mula bersenam.

"Sweet Sweat memberikan kesan pembakaran yang lebih baik, cepat dan efektif serta mengurangkan kesan lenguh atau sakit ketika bersenam," katanya sewaktu menjelaskan produk tersebut pada majlis pelancaran Sweet Sweat di Celebrity Fitness, One Utama.

Turut hadir, personaliti televisyen dan pengamal kesihatan termasuk Jonathan Putra, Nigesh Armon, Moe Nasrul, Pooja Jugal Kishor dan Eugene Yeng.

Kesemua mereka dipilih untuk mencuba produk Sweet Sweat beberapa minggu sebelumnya dan mendapati ia berjaya membantu mencapai sasaran diingini sama ada untuk mengurangkan nisbah lemak mahupun membentuk tubuh ideal.

Oleh DIYANA ROSE KAMALLUDEEN