Ramai wanita memang taksub dalam aspek segi penjagaan tubuh badan. Mereka bimbang menjadi gemuk, buncit, lemak di sana sini, muka tembam, paha besar dan bermacam-macam masalah lagi.
Wanita sanggup berbelanja dan mengeluarkan wang demi mendapatkan tubuh yang langsing.
Selain menjaga pemakanan, rawatan daripada luar juga harus diberikan penekanan. Ada yang berjumpa doktor bagi mendapatkan nasihat mengenai pemakanan yang perlu untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing. Ada juga yang ke pusat-pusat pelangsingan namun kosnya pula tinggi.
Melihat ramai wanita yang bimbang dengan masalah lemak di badan, Siti Azila Che Noor telah menghasilkan satu produk bagi mengatasi masalah ini.
Kata Siti Azila, produk yang dinamakannya IZ Slimming Cream ini berfungsi membakar lemak pada bahagian-bahagian yang lemak sering berkumpul, iaitu di perut, paha, pinggang dan bawah lengan.
Formula yang diekstrak daripada tumbuh-tumbuhan ini dapat membantu memecahkan lemak, menyahkan toksik dan air berlebihan dalam badan. Ia juga menghalang pembentukan lemak di samping melancarkan pembuangan air besar dan kecil.
''Krim ini mudah digunakan di mana anda cuma perlu mengambil sedikit sahaja kira-kira sebesar duit 10 sen dan sapu selama lima minit dalam bentuk pusaran pada bahagian yang berkumpul lemak sehingga meresap di dalam kulit.
''Krim ini boleh digunakan sama ada pada waktu siang dan malam. Jika disapu pada waktu siang, krim ini akan bertindak aktif dua kali ganda kerana tubuh sedang bekerja dan berpeluh dan pembakaran kalori berlaku lebih cepat.
''Bagaimanapun, bagi yang lebih selesa menggunakannya pada waktu malam, sapu sebelum tidur. Semasa kita tidur, krim ini akan bertindak mencairkan lemak
''Ada pengguna yang menyapu krim ini sebelum pergi berjogging atau melakukan senaman. Ternyata pembakaran lemak berlaku lebih cepat dan selepas itu mereka akan terasa kerap membuang air kecil dan besar. Oleh itu pengguna harus minum banyak air kosong dan menjaga pemakanan,'' ujar Siti Azila yang ditemui di salunnya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Menurut beliau lagi, IZ Slimming Cream tidak melekit atau mengeluarkan bau yang kurang enak jadi boleh digunakan bila-bila masa atau di mana sahaja.
Beliau menambah, selain penggunaan krim yang boleh dilakukan setiap hari di rumah, beliau turut menyediakan rawatan di salun yang membantu memecah dan mencairkan lemak di perut atau seluruh badan.
Rawatan ini mengambil masa 45 minit untuk perut buncit dan satu jam setengah bagi seluruh badan.
Kepada yang ingin mencuba bolehlah menghubungi 012-3925942 atau datang sendiri ke ZZ Beauty Slim di No. 117, Tingkat 1, Plaza Idaman, Gombak, Selangor.