Safwa Health Formula Lelaki

Safwa Health Formula Lelaki keluaran Safwa Health Products Sdn Bhd ialah makanan tambahan yang dirumus secara tradisional untuk memulihkan tenaga dan kesihatan lelaki

Kesihatan lelaki sering dikaitkan dengan hormon testosteron dimana ia mengawal ciri seksual dan fungsi pembiakan lelaki.

Apabila paras hormon testosteron berkurangan, kaum lelaki didapati mudah letih dan lesu serta paras libido menjadi lemah.

Safwa Health Formula Lelaki ini mengandungi campuran ekstrak Korean Ginseng, Siberian Ginseng serta herba Tribulus dan Muira Puama.

Kedua-dua ginseng ini membantu memulihkan tenaga dan meningkatkan stamina daya tubuh.

Muira Puama pula diketahui meningkatkan libido dan fungsi seksual manakala Tribulus menambah paras hormon testosteron dalam badan.

Kesimpulannnya, setiap ekstrak herba yang terkandung di dalam Safwa Health Formula Lelaki meningkatkan kecergasan dan kesihatan lelaki secara fizikal dan mental.

Pengurus Unit Bisnes Safwa Health Products Sdn Bhd, Normaziah Mohamed, berkata pihaknya sentiasa berusaha memenuhi keperluan dan kehendak pengguna muslim.

Beliau berkata, Safwa Health Formula Lelaki adalah jawapan bagi lelaki yang masih tercari-cari produk bermutu yang halal dan membantu kesihatan mereka secara menyeluruh.

Tiga personaliti tempatan, bekas pemain hoki kebangsaan, Mirnawan Nawawi, pemain badminton negara, Hafiz Hashim dan pelakon popular, Zamarul Hisham yang berpeluang menggunakan produk itu memberi maklum balas menyakinkan.

"Saya sentiasa sibuk dengan jadual penggambaran yang ketat menyebabkan sentiasa keletihan setiap kali pulang ke rumah.

"Sejak mencuba Safwa Health Formula Lelaki, saya senang bangun tidur dan segala rasa sengal dan lesu berkurangan," kata Zamarul Hisham.

Bagi Mirnawan, walaupun bersara dari pasukan hoki negara, beliau masih aktif dalam sukan itu terutama menguruskan pasukan hoki kebangsaan Projek 2013.

"Safwa Health Formula Lelaki membantu mengembalikan tenaga yang hilang selepas seharian bertungkus lumus di padang," katanya.

Manakala Hafiz mengakui sejak menggunakan produk itu dia dapat menjalankan kehidupan sebagai bapa dan pemain badminton dengan baik.

Produk itu mengandungi 60 biji kapsul sayuran berharga RM 79.90 sebotol.

Produk ini diimport sepenuhnya dari New Zealand dan disahkan halal oleh New Zealand Islamic Processed Food Management serta diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).