Anna Chanon - Kosmetik lintah serikan wajah

Melihat lintah ramai yang geli-geleman terutamanya wanita hingga naik bulu roma. Terdapat 500 spesies lintah di seluruh dunia namun hanya 15 spesies sahaja yang sesuai digunakan bagi tujuan perubatan. Lintah akan menghisap darah mangsa lalu mengeluarkan bahan anti pembekuan darah yang dinamakan Hirudin. Lintah juga mengandungi kolagen yang boleh digunakan dalam industri kosmetik untuk penjagaan kulit.

Menyedari khasiat enzim dan kolagen yang terdapat di dalam lintah bagi tujuan kosmetik dan pengubatan, Rohana Mohd. Dani bersama suami, Hasnon Abdul Rahim memberanikan diri menghasilkan produk Anna Chanon (disebut ena syanen) untuk kegunaan setiap masyarakat.

Anna Chanon, cantuman nama di antara kedua-duanya, Rohana dan Hasnon menggunakan bahan utama, iaitu lintah.

"Formula Anna Chanon diperoleh hasil kajian saintifik selama setahun yang dilakukan oleh Dr. Kamal Abdul Razak dari Universiti Sains dan Teknolgi Malaysia (MUST),'' kata Rohani ketika ditemui, baru-baru ini.

Menurutnya, di negara ini penggunaan lintah mungkin belum meluas dan masih baru. Di India, lintah sudah lama digunakan dalam rawatan urutan, tenaga batin, kecantikan dan sebagainya.

Tambah Rohani, sebelum menghasilkan produk Anna Chanon, beliau bersama suami telah pun menghasilkan minyak lintah dengan jenama Mujarob.

Minyak lintah Mujarob diadun secara kaedah saintifik dan tradisi daripada pati lintah dan herba yang mampu membantu mengurangkan pelbagai masalah berkaitan pengaliran darah.

Mengenai produk Anna Chanon yang dihasilkannya, dibuat dalam bentuk krim agar mudah digunakan dan dibawa ke mana-mana. Terdapat empat produk iaitu Masculine Erection, Best Breast, Active dan Anti-Aging Lotion.

"Terdapat sesetengah orang tidak gemar dengan bau lintah namun krim lintah ini tidak berbau dan selesa digunakan pada bila-bila masa.

"Jika selama ini orang menggunakan minyak lintah secara tradisional namun kini dengan adanya Anna Chanon, pengguna boleh menggunakan tanpa perlu malu-malu atau tersembunyi,'' jelasnya lagi.

Kepada anda yang berminat dengan minyak Mujarob atau Anna Chanon, bolehlah menghubungi 017-2123287.

Oleh MERAN ABU BAKAR