Bagaimana hendak memastikan makanan yang disimpan di dalam peti sejuk sentiasa segar dan tahan lama? Tupperware ada jawapannya.
Apa yang perlu anda lakukan hanyalah memasukkan makanan ke dalam FreezerMate, seterusnya simpan di dalam peti sejuk.
Makanan yang disimpan tadi bukan sahaja tahan lama malah kesegarannya juga dapat dikekalkan.
Dengan FreezerMate, ia bukan sahaja memudahkan suri rumah mahupun ibu-ibu yang berkerjaya malah secara tidak langsung ia dapat memberi ruang yang lebih serta susun atur di dalam peti sejuk anda akan lebih teratur dan menarik.
Direkabentuk dengan bentuk serta gaya yang menarik, pengaliran udara di dalam FreezerMate juga membolehkan pembekuan cepat berlaku.
Selain itu penyahbekuan juga boleh dilakukan dengan cepat apabila anda memilih menyimpan makanan anda di dalam bekas yang kecil bersesuaian dengan jumlah makanan yang hendak disimpan.
Sementara itu, dalam usaha memulihara alam sekitar serta mengurangkan penggunaan plastik, Tupperware turut memperkenalkan Drinking Flask.
Didatangkan dalam empat warna pilihan para pengguna boleh memilih warna merah serta hijau (Hot N' Hip) ataupun kuning serta firus (turquoise) (Cool N' Retro).
Diperbuat daripada bahan yang kukuh dan tahan lasak dan ia boleh diisi dengan 400 ml air serta lut sinar.
Untuk FreezerMate, anda boleh dapati pada harga RM193, manakala Drinking Flask pula pada harga RM59.80 untuk dua botol.
Bagi mereka yang berminat bolehlah hubungi talian bebas tol 1300885500 atau lawat laman web: www.tupperwarebrands.com.my.