Apple iPad 2 harga RM1,547 - RM2,570

Ketua Eksekutif Apple, Steve Jobs berkata Apple sudah menghasilkan model iPad terbaru itu sejak sekian lama.

Ciri iPad 2 menampilkan reka bentuk yang lebih nipis dan ringan berbanding telefon pintar iPhone 4 serta dilengkapi kamera hadapan dan belakang bagi membolehkan pengguna berbual menerusi video selain menawarkan iMovie iaitu aplikasi untuk mengedit video, aplikasi GarageBand dan ‘Hot Spot’ yang membolehkan gajet itu mengakses internet menerusi talian tanpa wayar ke iPhone melalui hubungan telekomunikasi.



Apple iPad 2 akan dijual dalam lingkungan harga AS$499 (RM1,547) sehingga AS$829 (RM2,570) sama seperti keluaran versi pertama dan dijangka akan diedar ke seluruh Amerika Syarikat pada 11 Mac ini, manakala bagi Jepun, Perancis dan Jerman, ia akan diedarkan pada 25 dan 26 Mac.

Menurutnya, prestasi iPad 2 ini lebih laju kerana menggunakan cip terbaru iaitu cip A5 dan memaparkan kualiti grafik yang lebih hebat.

Apple telah menjual hampir 15 juta unit iPad generasi pertama antara April hingga Disember dan mengaut keuntungan hampir AS$10 juta (RM31 juta). – AFP