Francais Dios

Dah penat makan gaji ingin bekerja sendiri? Tetapi bekerja sendiri tentunya perlukan pengalaman dan modal. Kadang-kadang ada yang berpengalaman tetapi modal menjadi penghalang.

Dios Astana Bridal mempunyai penyelesaian kepada masalah itu terutama kepada mereka yang berhajat untuk memilik butik pengantin sendiri, tetapi tidak ada modal.


Sesiapa sahaja yang ingin berniaga sendiri terutama mereka yang berada dalam lapangan yang sama dengan Shana harus bijak mengambil peluang perniagaan francais yang ditawarkan oleh Dios Astana Bridal.

Dengan konsep perniagaan francais premis tiga tingkat, Dios Astana Bridal menawarkan pelbagai produk kraf tangan dan kelengkapan andaman perkahwinan.

Menurut Pengarah Urusan Dios Astana Bridal, Zaidi Osman di atas sokongan dan permintaan pelanggan, Dios telah mengembangkan sayap perniagaannya dengan membuka cawangan di beberapa negeri di Malaysia iaitu Johor, Perak, Kedah dan

Kelantan.

Di samping itu, Dios juga melaksanakan strategi memperluaskan pasaran melalui peluang perniagaan berbentuk francais kepada usahawan yang berminat menceburi bidang perniagaan barangan kraf tangan perkahwinan dan kelengkapan andaman.

"Strategi serampang dua mata dipraktikkan di mana cawangan-cawangan Dios berkenaan akan berfungsi sebagai pusat sokongan kepada bakal-bakal outlet francais di masa hadapan," katanya ketika ditemui di premisnya yang terletak di Puchong Prima, Selangor, baru-baru ini.

Zaidi berkata, antara kriteria utama yang perlu ada bagi pemohon program francais ialah berusia 28 tahun ke atas, memiliki kedudukan kewangan yang kukuh, tidak disenarai hitam oleh institusi kewangan, berminat dan memiliki kesungguhan yang tinggi serta berdedikasi, berdisiplin dan boleh mengikuti produser latihan yang ditetapkan.

"Produk yang ditawarkan adalah pelbagai dan mengikut trend masa kini selain itu kami memiliki kelompok pelanggan tetap terdiri daripada bakal pengantin, juru andam dan perunding perkahwinan," jelas Zaidi.

Dios yang telah mula beroperasi hampir 10 tahun yang lalu telah memiliki sistem pengurusan dan kawalan maklumat cawangan yang efektif.

Zaidi berkata, Dios menawarkan pelbagai koleksi busana dan pelamin dengan rekaan terkini dan aksesori daripada hujung kaki hingga ke hujung rambut. Ini termasuk fabrik renda dan songket, gaun, baju persalinan dan lain-lain. Bagi melengkapkan gaya keanggunan, perhiasan seperti cucuk sanggul, mahkota dan set rantai. Di samping itu turut terdapat, kasut dengan pelbagai rekaan dan saiz yang berbeza disediakan.

"Fokus operasi Dios adalah membekal dan menyediakan barangan kraf tangan perkahwinan dan kelengkapan andaman secara pukal kepada cawangan dan bakal outlet francais. Dengan kekuatan tenaga kerja yang terlatih, Dios melaksanakan konsep 'in-house production' bagi menghasilkan sebahagian produknya selaras dengan keperluan dan permintaan pelanggan.

Penekanan daripada segi mutu barangan amatlah dititikberatkan dalam proses penghasilan produk bagi menjaga kepercayaan dan penjenamaan produk Dios dalam kalangan pelanggan. "Daripada aspek penyimpanan stok, pembungkusan dan kaedah penghantaran barangan juga dilaksanakan secara sistematik," jelasnya.

Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut, hubungi 03-8063 3020 / 012 - 201 9110 atau layari www.diosastana.com.my.