Syampu : Rangkaian Asience Shine Therapy rawat rambut bermasalah

Rangkaian Asience Shine Therapy terbaru ini mengandungi ‘Asian Energy Essence’. Ianya gabungan lima bahan kandungan semula jadi yang berkhasiat untuk rambut, iaitu Protein Mutiara, Ekstrak Kulit Halia, Ekstrak Aloe Vera, Minyak Bunga Camellia dan Ekstrak Ginseng. Formulasinya dipertingkatkan lagi dengan Ekstrak Soya yang membantu memulihkan kualiti rambut.

Shine Therapy juga diperkuatkan lagi dengan Teknologi Pencantikkan Rambut M-18 yang menghantarkan elemen-elemen organic dalam gabungan ‘Asian Energy Essence’ dengan meresapi ke dalam bahagian teras rambut, lantas merawat dan meningkatkan ketumpatan setiap helaian rambut.

Rambut menjadi lebih menawan dengan memulihkan penyalut yang melindungi rambut, kerana tanpanya, rambut akan rapuh dan berkurangan akibat terdedah kepada penggayaan dan pengeringan rambut, sinaran UV dan produk-produk kimia.


Produk Penjagaan Rambut Asience menyediakan rangkaian yang lengkap untuk pelbagai jenis dan keperluan rambut. Selain daripada rangkaian Shine Therapy, Asience juga menawarkan rangkaian Inner Rich dan Nature Smooth. Rangkaian Inner Rich diformulasikan untuk membaikpulihkan rambut yang kering, kerinting, yang rosak dan mudah rapuh, demi mengembalikan kecantikan dan kilauan semula jadi.



Ianya mengandungi ‘Asian Energy Essence’ dan diperkukuhkan lagi dengan Ekstrak Madu Ratu Lebah (‘Royal Jelly’) untuk memastikan rambut sihat dari dalam. Rangkaian Nature Smooth pula dicipta untuk rambut yang kerap kusut dan layu.

Ianya juga diperkayakan dengan ‘Asian Energy Essence’ dan Ekstrak Rockweed yang membantu menggiatkan dan menghidupkan kembali rambut yang tidak bermaya dan kusam, akibat kulit kepala yang berminyak dan kerosakan akibat kekusutan rambut. Produk ini menjadikan rambut terasa ringan dan sihat bermaya, dari akar rambut hinggalah ke hujungnya.

Selain daripada keperluan penjagaan rambut, Asience bercita-cita untuk membantu wanita Asia mencapai keyakinan dan kepercayaan diri masing-masing. Sejajar dengan slogan ‘Empowering Asian Beauty’, Asience mempunyai objektif untuk memberikan wanita rambut yang sihat, bermaya dan dicemburui ramai, lantas meningkatkan kepercayaan diri dan kegembiraan yang datang daripada penampilan yang penuh dengan keyakinan.


“Apabila wanita berkeyakinan tinggi dan merasai dirinya kelihatan jelita, kami percaya bahawa mereka mampu merealisasikan potensi diri yang sebenar dalam semua jenis keadaan,” kata Elizabeth Choon lagi.

“Oleh kerana itulah Asience sentiasa memperbaiki mutu produk-produknya dengan teknologi moden dan inovasi terkini untuk memberikan wanita Asia solusi produk penjagaan rambut yang membantu menyerlahkan lagi personaliti mereka yang cantik menawan dan dengan penuh keyakinan.”

Rangkaian Asience boleh didapati di kedai-kedai Watson’s terpilih, pasaraya JUSCO dan AEON Wellness. Syampu dan perapi berharga RM14.90 untuk saiz 220ml dan RM26.80 untuk saiz 530ml. Sementara itu, produk rawatan pula berharga RM26.80 untuk 180g.