Jangkamasa 40 minggu yang dilalui sepanjang mengandung belum tentu cukup sebagai persediaan untuk menjadi seorang ibu. Terutama buat mereka yang kali pertama melaluinya, pengalaman menguruskan 'manusia kecil' yang baru menjengah ke dunia pastinya menyukarkan.
Kekok untuk kali pertama mengendong bayi, menyusu, memandikan dan menguruskan pelbagai perkara. Ibarat perlu bersiap sedia 24 jam, itu belum lagi dikira kira masalah lain seperti kembung, ruam dan sebagainya.
Kerana itu mereka yang baru pertama kali bergelar ibu perlukan panduan dan tunjuk ajar daripada mereka yang lebih berpengalaman. Bio-Oil, jenama yang sangat akrab dengan mereka yang bergelar ibu memulakan inisiatif menawarkan bilik rundingan dalam penjagaan antenatal secara percuma di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.
Sebuah bilik khas disediakan dengan bidan bertauliah serta berpengalaman luas dalam bidang tersebut sedia melayan sebarang soalan bakal ibu dan mereka yang baru bergelar ibu.
"Ini merupakan sebahagian daripada program komuniti Bio-Oil. Kami memahami bagaimana perasaan seorang bakal ibu dan ibu yang baru pertama kali melalui detik tersebut kerana kami juga seorang ibu," kata Low Hooi Wan, Pengurus Bahagian Nuvanta Sdn. Bhd. yang mengedarkan jenama tersebut.
Sebagai ibu katanya, banyak perkara yang mereka ingin tahu dan tidak semua ibu berpeluang mengakses Internet untuk mendapatkan maklumat yang mereka mahukan. Kata beliau, pihaknya juga bercadang untuk menambah bilik seumpama di hospital lain dan berharap mendapat sokongan daripada badan-badan terlibat untuk berkerjasama menjayakannya.
Bercakap mengenai pengalaman sepanjang tempoh kehamilan pula, kata beliau, kesan regangan antara perkara yang dialami oleh kebanyakan bakal ibu. Tanda hitam hodoh di pinggul, perut dan paha ibarat igauan ngeri buat mereka yang melalui pengalaman itu.
Walaupun ia wujud pada bahagian yang bertutup, namun kehadirannya membuatkan wanita berasa tidak selesa dan rendah diri.
Bio-Oil menjadi diyakini wanita seluruh dunia dalam mengatasi masalah regangan ibu hamil selain memberi manfaat kepada kulit secara keseluruhan. Buat mereka yang bersalin secara pembedahan, kesan parut yang panjang di bahagian perut sukar untuk hilang walaupun pelbagai produk sudah dicuba. Dalam kes ini, jenama yang menjadi pilihan nombor satu di 11 buah negara termasuk Malaysia, United Kingdom dan Australia ini terbukti secara klinikal mampu mengurangkan parut, kesan regangan dan kulit yang tidak sekata.
Bio-Oil mengandungi minyak PurCellin iaitu kandungan unik vitamin dan minyak tumbuhan semula jadi termasuk vitamin A dan E, lavender, rosemary, minyak kalendula dan ekstrak camomile.
Oleh BINTU RASYADA A. RAHMAN