PETUANYA mudah, rajin melakukan lulur dan tidak minum minuman sejuk untuk mendapatkan kulit badan yang cantik serta sihat.
Selain itu amalan makan jamu dan sayur-sayuran amat penting supaya keanjalan kulit terpelihara serta terhindar daripada masalah kedutan.
Bukan itu saja, sebagai pelakon popular yang amat mementingkan penampilan Nur Fazura Sharifudin menjaga pemakanan dengan mengambil makanan berkhasiat. Antaranya mengamalkan jus epal dicampur air dan minum teh hijau sebelum bersarapan.
Itu antara rahsia kecantikan Fazura yang dilantik baru-baru ini sebagai duta baru Lux menyertai barisan jelitawan selebriti tempatan selepas Sheila Majid, Fauziah Latif, Erra Fazira dan Amy Mastura.
Fazura juga sering mendapatkan pandangan ibunya mengenai petua tradisional yang boleh diamalkan. Antaranya makan jamu untuk kecantikan wajah serta minum air kosong lapan gelas sehari.
Pada majlis berkenaan, Fazura melaksanakan tugas pertama dengan memperkenalkan rangkaian Lux baru Eliksir Haruman Eksklusif Lux yang mengubah mandian harian menjadi haruman berkekalan.
Menurut Fazura, sejak dulu lagi dia adalah pengguna setia Lux yang menggunakan mandian daripada sabun buku sehingga bentuk cecair.
“Saya amat bertuah kerana berpeluang menjadi duta jenama mandian kecantikan terkenal Lux. Saya sedar saya berkongsi keistimewaan ini bersama beberapa wanita paling ternama di seluruh dunia dan Malaysia,” katanya.
Selain penjagaan wajah, sebagai pelakon Fazura amat menitik berat penjagaan kulit. Ini kerana melakukan tugas harian di luar menjadikan dirinya sentiasa berpeluh. Justeru rangkaian mandian badan itu dapat mengekalkan keharuman tubuh sepanjang hari.
“Eliksir Haruman Eksklusif Lux adalah mandian badan inspirasi daripada minyak wangi terkemuka dari New York, Paris dan London. Ia adalah pasangan haruman yang tahan lama serta mempamerkan elemen minyak wangi ternama,” katanya.
Fazura menggunakan keempat-empat mandian iaitu Lux Soft Touch dan Velvet Touch, White Impress dan Wake Me Up.
“Sebelum penggambaran saya menggunakan White Impress untuk mengekalkan haruman sepanjang hari. Namun, saya sangat sukakan haruman Wake Me Up kerana wangiannya begitu mempesona ditambah pula baunya kekal sepanjang hari walaupun di bawah panas mentari,” jelasnya yang mengikat kontrak setahun bersama Lux.
Sebagai selebriti, Fazura tidak menggunakan pelbagai jenama produk mandian sebaliknya hanya menggunakan mandian Lux. Ini kerana kulitnya yang agak kering serasi dengan produk mandian yang mengandungi orkid hitam, minyak juniper serta bunga-bungaan dari Timur.
Menurut Pengurus Jenama Mandian Peribadi, Lenny Chuah pemilihan Fazura sebagai duta terbaru Lux kerana dia memiliki ciri-ciri yang diingini iaitu glamor dan cantik. Justeru gandingan antara Fazura dan Lux akan melengkapkan sentuhan Ann Gottlieb iaitu insan di sebalik haruman terkemuka seperti CK One, Obsession, Eternity dan Daisy & Lola untuk Marc Jacobs yang penuh dengan kemahiran mencipta rangkai�an baru jenama ini.
“Kami teruja dengan Fazura sebagai duta baru kerana dia menjadi lambang identiti kecantikan yang dimiliki Lux,” katanya.
Eliksir haruman ekslusif ini penuh menyerlah, berinovatif dan beraroma. Ia bukan saja wangi malah meninggalkan bau kekal berpanjangan.
Bagi memastikan haruman ini boleh dinikmati ketika dan selepas mandi Lux mendedahkan unsur tersembunyi dalam pembersih badannya iaitu Fragrance Pearls.
Unsur ini direka bagi memerangkap bau minyak wangi yang berharga dan melepaskannya ketika buih dikeluarkan.
Rangkaian berkenaan diadun dengan ramuan berharga dan luar biasa bagi mencipta haruman menawan dan berkekalan berpanjangan.
Ia hadir dalam enam mandian berbeza iaitu Lux Magical Spell, Secret Bliss, Soft Touch, Velvet Touch, White Impress dan Wake Me Up.
Hadir sama pada majlis berkenaan, Pengerusi Unilever (Malaysia) Sdn Bhd, Andre Rompis, Penolong Pengurus Jenama Lux Malaysia, Lim Cheng Yee; Pengurus Jenama Mandian Peribadi Lenny Chuah dan Pengarah Pembangunan Pelanggan Lux Malaysia, Jarrod Reyes.