Waspada jika selalu menguap

Kita biasa menguap atau rasa mengantuk, tetapi jika simptom itu selalu berlaku, ia adalah tanda-tanda tubuh anda kekurangan oksigen selain pengaliran darah tidak lancar.

Ini juga berpunca daripada kekurangan aktiviti riadah atau mengeluarkan peluh.

Jika dibiarkan berterusan, ia boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit.

Justeru, jika mencari-cari kaedah moden merawat pelbagai jenis penyakit, anda boleh mencuba terapi medan elektrostatik, Dr Jism.

Dr Jism berfungsi seperti anda melakukan senaman atau berjoging. Ia amat baik untuk kesihatan, malah sudah terbukti di beberapa negara maju termasuk Eropah dan Jepun.

Rawatan terapi medan elektrik statik Dr Jism menghasilkan 60 getaran sesaat dan jika melakukan terapi selama 30 minit, ia bersamaan satu setengah jam jika anda berlari atau berjoging.

Tidak salah mencuba untuk mendapat kepuasan kerana setiap penyakit pasti ada penawarnya kecuali mati.

Malah, sebagai manusia, kita perlu berusaha untuk mencari penawar atau rawatan bagi memulihkan penyakit.

Penggunaan arus dalam perubatan memang diketahui sejak zaman purba Greek lagi apabila belut laut digunakan untuk rawatan sakit kaki dan kepala.

Aliran elektrostatik yang dihasilkan haiwan itu dikatakan mampu membetulkan saluran darah, sekali gus memberi keselesaan kepada pesakit.

Di negara luar, terutama Jepun, kaedah rawat menggunakan elektrostatik sudah lama digunakan dan diakui keberkesanannya sehingga turut digunakan di klinik dan hospital.

Kini, manfaat daripada teknologi itu dapat dinikmati pelbagai lapisan masyarakat apabila Al-Jabbar Healthcare Sdn Bhd (Al-Jabbar Healthcare) membawa masuk terapi dari Jepun itu ke pasaran tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Al Jabbar Group, Kamaruzaman Che Hussain, berkata Dr Jism membantu merawat pelbagai jenis penyakit.

Beliau berkata, harga ditawarkan pihaknya lebih murah berbanding dijual di tempat lain.

"Terapi ini mempunyai kelebihan, termasuk voltan tinggi, voltan negatif, tenaga gelombang ringan, voltan rendah dan pengionan negatif.

"Apabila terapi ini digunakan, ia membantu membersihkan saluran darah, menyelaraskan sistem saraf tidak terkawal dan meningkatkan daya ketahanan badan.

"Kesimpulannya, ia umpama membuang kotoran dalam badan," katanya.

Menurutnya, keistimewaan Dr Jism ialah terapi itu boleh digunakan lima orang serentak dan ia dilengkapi alas tilam, alat kawalan jauh, pelapik duduk, alat penguji sumber elektrik, alat pengeluaran ion negatif dan alat akupuntur.

Orang ramai ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk ini boleh menghubungi 03-87393254, 03-87393209 atau 017-6413227.

Anda boleh melayari laman web, www.aljabbar.com.my atau datang sendiri ke No 13, Jalan Prima Saujana 1/1A, Taman Prima Saujana, Seksyen 1, 43000 Kajang, Selangor untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk itu.

Slim diet 2 bantu golongan obesiti

Slim Diet 2, mendapat sambutan hangat kerana ia dikatakan mampu menyelesaikan masalah obesiti yang dialami hampir 60 peratus rakyat Malaysia.

"Seiring dengan tagline produk terbaru ini iaitu diet tanpa perlu berlapar, kami mensasarkan peningkatan jualan yang tinggi kerana kebanyakan pengguna dapat melihat perubahan hanya dalam tempoh seminggu pengambilan. Konsep diet tanpa berlapar sebenarnya sudah banyak diamalkan di luar negara, tetapi masyarakat kita masih mengamalkan diet yang berlapar dimana konsepnya adalah salah.


Slim Diet 2 diformulasikan oleh dua doktor pakar diet dari Harvard Medical School. Produk ini telah bertahuntahun dikaji dan selamat digunakan. Ada juga pengguna yang mengalami masalah darah tinggi dan kencing manis dapat mengawal penyakit mereka apabila menggunakan Slim Diet 2.

"Selain itu, produk yang berasaskan protein soya bergred tinggi ini juga diperkayakan dengan vitamin, mineral, asid amino dan asid lemak yang terpilih. Jadi tidak hairanlah kebanyakan pengguna kami bertenaga dan berasa kenyang. Ramai pengguna bimbang apabila memikirkan kesan setelah berhenti menggunakan produk ini.

"Alhamdullillallah, ada pengguna menguji menggunakan produk ini selama seminggu dan berjaya turunkan 3kg. Dia kemudiannya berhenti selama dua minggu, beratnya tidak bertambah. Sejak itulah, dia percaya keberkesanan produk ini,"cerita Jee. Tambah Jee, Slim Diet 2 menjadi pilihan orang ramai kerana harganya berpatutan dan dikatakan mampu menurunkan berat badan dengan cepat.

"Produk diiktiraf Guiness Record kerana pengguna berjaya menurunkan 64 kg dalam masa sebulan di New Zealand. Kesimpulannya, Slim Diet 2 adalah produk diet yang mudah, murah, selamat, dan tidak perlu berlapar

Selain dari diet yang selamat dan semulajadi, ia sebenarnya secara tdk langsung membantu kita menghindarkan segala penyakit yang berpunca dari obesiti. Ada juga yang bertanya, sampai bila harus mereka melalui diet begini? Jawapannya adalah tidak! Kerana setelah anda mendapat berat yg ideal, anda haruslah mengambil diet yg seimbang, dan melakukan senaman bagi mengekalkan berat bdn anda. Yang penting sekali, kemungkinan penambahan berat badan selepas program diet adalah sangat rendah.

Bersempena dgn bulan Ramadhan yg bakal tiba ini juga, syarikat kami juga memperkenalkan produk yang di kenali sebagai K29, produk ini dipanggil K29 kerana ia membekalkan 28 vitamin,mineral,asid amino utk proses penghasilan tenaga secara optimum di dalam badan atau dari segi istilah sains dipanggil melengkapkan proses'Kreb Cycle'.K29 juga di tambah dengan serat(fibre) untuk memberi kesan kekenyangan dan membantu proses perkumuhan yang lebih baik. Jadi, pada bulan Ramdhan nanti, produk ini boleh digunakan utk membantu kita sentiasa bertenaga dan mengurangkan rasa lapar semasa berpuasa. Jadi pada mereka yang menghadapi masalah gastric boleh mengamalkan K29 ini semasa bersahur. Produk ini juga di sarankan pada mereka yang aktif bersukan, wanita hamil, atau mereka yang aktif bergerak.

Kita juga menyedari, pada masa sekarang, ramai diantara kita juga mengalami masalah sukar tidur / tidak mendpt kualiti tidur (REM), oleh itu, syarikat kami telah memperkenalkan SLEEP TIME satu produk terbaru utk mengatasi masalah ini secara semula jadi. Produk ini dihasilkan dari unik protein profile (special peptide) dari susu lembu, dimana untuk mendapatkan special peptide ini, pakar di syarikat ini telah membuat ujian DNA pd lembu2 di New Zealand dan hanya 13 peratus populasi lembu di new Zealand yang mengandungi DNA ini, jadi, produk ini terlalu istimewa dan unik. Malah ia dapat membantu mereka yang mengalami insomnia atau kesukaran utk mendapatkan tidur yang berkualiti. produk ini tersedia dlm satu perasa iaitu vanilla honey dan diminum satu jam sebelum tidur. Produk ini juga dijangkakan akan mendapat sambutan meluas kerana mampu menggantikan ubat tidur dimana, spt yang kita ketahui pergantungan kepada ubat tidur akan membawa kesan jangka masa panjang yang buruk dari segi kesihatan.

Kepada sesiapa yang berminat mengetahui lebih lanjut tentang syarikat, produk dan bisnes boleh menghubungi saya di talian 012- 2001751 atau 013-9000031 atau melayari laman web di www.sd2plus.com," kata Jee


Dr Jism bantu bersih salur darah tersumbat

"Saya mencuba pelbagai jenis ubat dan membelanjakan ratusan ringgit setiap bulan, tetapi penyakit kencing manis dan kolesterol saya masih tinggi.

"Saya memang mahu joging setiap hari, tetapi disebabkan kesuntukan masa ia tinggal begitu saja..."

Inilah antara kata-kata pengguna yang boleh kita dengar setiap hari. Jawapan kepada masalah mereka ialah terapi medan elektrostatik, Dr Jism.

Di Jepun, pakar perubatannya mencari kaedah moden dan terkini bagi merawat penyakit yang berhubung kait dengan darah.

Melalui kaedah pembersihan saluran darah, ia akan mengeluarkan benda asing seperti lemak dan kolesterol dalam badan.

Ketua Pegawai Eksekutif Al-Jabbar Group, Kamaruzaman Che Hussein, berkata terapi Dr Jism adalah rawatan moden yang sudah lama digunakan di peringkat global bagi membantu membersih saluran darah yang tersumbat oleh lemak dan kolesterol.

Al-Jabbar adalah satu-satunya syarikat Bumiputera yang memasarkan mesin terapi medan elektrik di negara ini.

Teknologi ini mampu mengurangkan pergantungan terhadap ubat yang memberi kesan sampingan kepada ginjal dan hati.

"Terapi Dr Jism boleh digunakan sesiapa yang ingin mengekalkan kesihatan kerana ia membantu memecahkan lemak dan mengurangkan kadar kolesterol dalam darah," katanya.

Beliau berkata, terapi mudah alih itu sesuai digunakan setiap hari bagi membantu membersihkan saluran darah dan mengecas zat penting agar tubuh badan lebih sihat.

Ia dilengkapi lima fungsi iaitu voltan tinggi, voltan negatif, tenaga gelombang ringan, voltan rendah dan pengionan negatif.

Rawatan terapi medan elektrik statik Dr Jism menghasilkan 60 getaran sesaat dan jika melakukan terapi selama 30 minit, ia bersamaan satu setengah jam jika anda melakukan aktiviti berlari atau berjoging.

Dengan jumlah itu, ia mudah memecah lemak pada kapilari darah.


Untuk maklumat lanjut mengenai produk ini boleh diperoleh dengan menghubungi 03-87393209, 03-87393254 dan 017-6413227.

Jika mahu mendapatkan maklumat melalui Internet, layari laman web, www.aljabbargroup.com.

Pengguna yang mahu melihat produk keluaran Al Jabbar lebih dekat, boleh datang sendiri ke No 13, Jalan Prima Saujana 1/1A, Taman Prima Saujana, Seksyen 1, Kajang, Selangor.

Operasi bermula jam 9 pagi hingga 11 malam.

Buang bulu guna arus elektrik

Memang banyak rawatan membuang bulu roma berlebihan yang ditawarkan oleh pelbagai pihak dalam industri kecantikan.

Antaranya ialah menerusi rawatan trading, waxing, cukur mahupun menggunakan krim tertentu.

Namun semua kaedah tersebut bersifat tidak kekal kerana bulu roma akan tumbuh semula selewat-lewatnya dalam tempoh tiga minggu.

Berbeza dengan kaedah elektrolisis yang diperkenalkan oleh Renie Beauty ternyata mampu menghilangkan bulu roma yang tidak diingini buat selama-lamanya.

Menurut pengusahanya, Anita F. Sharbudeen, 37, rawatan membuang bulu roma yang ditawarkan bukanlah usaha untuk menukar paras rupa mahupun menambah kecantikan seseorang.

Sebaliknya, ia untuk meningkatkan keyakinan diri terutama kepada wanita yang malu kerana mempunyai bulu roma berlebihan dan tidak diingini.

Katanya, mungkin ramai yang tidak tahu bahawa di kalangan wanita terdapat mereka yang mempunyai lebihan bulu roma di tempat-tempat yang tidak dikehendaki terutamanya di bahagian atas bibir, bawah dagu, di sekitar side burn (jambang), lengan, bawah lengan dan kaki.

''Bulu yang berlebihan seperti ini amat tidak menyelesakan. Terutamanya kepada golongan wanita yang mempunyai hormon lelaki yang berlebihan,

"Ia menyebabkan bulu-bulu berkenaan tumbuh dengan lebat dan bakal mencacatkan penglihatan.

''Golongan ini akan cuba membuangnya dengan cara mencukur atau mencabut. Namun bulu-bulu ini tetap tumbuh dan menyakitkan mata memandang.

''Rawatan ini sudah lama dilakukan iaitu sejak ibu saya, Charijah Shariff memulakan perniagaan ini pada 1972. Saya mengambil-alih perniagaan sejak 10 tahun," katanya yang turut mengambil kursus elektrolisis di New Zealand.

Kata Anita, kebanyakan pelanggannya adalah golongan wanita yang berdarah kacukan India, Arab, berkulit gelap dan berbadan besar kerana biasanya golongan ini yang kerap menghadapi masalah bulu berlebihan.

Bagaimanapun, tambah Anita, bagi mendapatkan hasil yang berkekalan ia pastinya mengambil sedikit masa iaitu rawatan berkenaan akan dilakukan antara enam bulan sehingga dua tahun bergantung kepada kelebatan bulu.

''Sebenarnya, lagi lebat dan lebih senang kelihatan bulu roma itu lagi mudah untuk melakukan rawatan.

''Sekiranya ada yang mahu mendapatkan rawatan mereka perlu lakukan temu janji dahulu untuk melihat bagaimana tahap bulu romanya dan proses yang bakal dilakukan.

''Rawatan pertama hanya akan menghilangkan 30 peratus bulu dari liang roma dan rawatan seterusnya akan membuang 70 peratus lagi.

''Rawatan bergantung kepada keadaan dan yang paling ringkas akan mengambil masa setengah jam sahaja," jelasnya.

Menjelaskan lebih lanjut kaedah elektrolisis, kata Anita, rawatan itu menggunakan jarum halus yang mengalirkan arus elektrik 0.02 amp dari mesin elektrolisis dan membakar akar bulu roma dalam liang roma sejauh satu hingga dua milimeter.

Kaedah itu selamat termasuk bagi pesakit diabetes. Manakala jarum yang digunakan akan disteril terlebih dahulu dan tiada kesan parut.

''Lepas rawatan, tempat yang dirawat akan kelihatan merah buat seketika. Tetapi para pelanggan tidak perlu menyapu apa-apa krim selepas itu," katanya.

Jika ada yang berminat dengan rawatan ini bolehlah mengunjungi Renie Beauty, 311, tingkat dua, Pusat beli-belah Ampang Park, Jalan Ampang, Kuala Lumpur atau layari www.reniebeauty.com.my atau hubungi talian 013-300 8001.

Oleh Rosmah Dain

Promosi Kraf Aidilfitri 21 hingga 29 Julai 2011

Komplesks Kraf yang sering menjadi tumpuan pengunjung dari dalam dan luar negara sekali lagi mengadakan Promosi Kraf Aidilfitri dari 21 hingga 29 Julai ini.

Ia yang dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia yang merupaka peneraju kraf di negara ini merupakan inisiatif untuk membantu para pengusaha kraf tempatan.

Melalui promosi yang bermula dari pukul 10 pagi hingga 8 malam itu, ia memberi ruang kepada pengusaha terbabit untuk mempromosikan barangan keluaran mereka sempena Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Mohd. Kamil Mohd. Ali berkata, usaha itu bagi membangunkan industri kraf tempatan di samping menggalakkan penyertaan usahawan kraf logam bagi meningkatkan pengeluaran dan pendapatan.

"Objektif penganjuran promosi kraf adalah untuk membangun dan memajukan kraf logam seperti perak, tembaga, besi, piuter dan lain-lain.

"Kita juga membantu usahawan tempatan mengetengah dan memasarkan produk kraf yang mempunyai gabungan dan nilai tambah untuk produk hadiah dan cenderamata khusus sempena Syawal.

"Kita juga mahu, Kompleks Kraf menjadi pusat kraf setempat dan lokasi utama buat pengunjung dari dalam mahupun luar negara," katanya ketika dtemui di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Beliau berkata, antara aktiviti menarik yang disediakan semasa promosi berkenaan ialah jualan kraf dan bingkisan Aidilfitri, pameran warisan kraf, demonstrasi dan interaktif kraf serta persembahan kesenian.

Tahun ini merupakan kali ketujuh promosi itu diadakan dan Mohd. Kamil berkata, penyertaan usahawan dan hasil jualan turut meningkat saban tahun.

"Pada 2007, penyertaan usahawan adalah 150 orang dengan nilai jualan RM702,612.

"Pada tahun lepas , promosi ini menjana pendapatan RM2.1 juta.

"Justeru bagi tahun ini, penyertaan usahawan adalah seramai 200 orang dan kita mensasarkan jualan sebanyak RM2.2 juta," katanya.

Antara kelainan dan keunikan yang ditampilkan pada promosi ini ialah 50 usahawan kraf logam.

Mereka akan mengadakan jualan produk kraf logam sempena menyambut Aidilfitri.

"Selain itu, pengunjung juga boleh membuat pembelian , rundingan dan tempahan secara terus kepada usahawan terbabit.

"Kita juga mengadakan demonstrasi dan aktiviti yang berkonsepkan pendidikan kraf dengan menunjukkan cara pembuatan, pemprosesan dan penyediaan produk .

"Melalui aktiviti ini, pengunjung dapat melihat secara dekat cara pembuatan produk kraf seperti produk kraf logam hadiah dan cenderamata, produk perhiasan dan aksesori dan produk pembungkusan untuk Aidilfitri," katanya.

Kraf logam ditampilkan secara istimewa pada promosi tahun ini bagi melahirkan kesedaran di kalangan masyarakat akan seni warisan tradisi itu supaya mereka menghargainya.

"Diharapkan, melalui usaha yang dijalankan ini pusahaan kraf logam akan terus berkekalan di samping menerima pembaharuan dari segi rekaan, pengunaan bahan baru dan pembuatan.

Justeru, kata beliau berkata, sokongan daripada setiap anggota masyarakat amat diharapkan dalam memastikan kraf seni tradisi itu terus berkekalan.

Katanya, melalui promosi itu orang ramai boleh memilih pelbagai produk menarik untuk mengindahkan sambutan dan perayaan Aidilfitri pada tahun ini.

" Promosi ini juga akan menjadikan kompleks kraf sebagai destinasi membeli-belah untuk mendapatkan keperluan persiapan Syawal," katanya.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi 03- 21627553 atau melayari laman web www.kraftangan.gov.my atau pro @kraftangan.gov.my

Oleh FAZRINA AYU RADUIAN

Penanaman halia Bentong

Halia salah satu rempah-ratus yang bukan sahaja banyak digunakan dalam masakan Timur dan Barat malah antara rempah terpenting diperniagakan di dunia.

Tanaman ini berasal dari Asia Tenggara dan sekarang ditanam secara meluas di seluruh dunia. Antara negara yang banyak mengeluarkan halia ialah India, China, Nigeria, Australia dan Thailand.

Penanaman halia di Malaysia boleh dikatakan masih diusahakan secara kecil-kecilan sebagai tanaman tunggal atau selingan bersama tanaman saka seperti nanas, getah dan kelapa sawit.

Begitu juga yang dilakukan oleh pengusaha halia, Ahmad Taib yang mana beliau juga terlibat dalam mengusahakan tanaman selingan lain sementara menunggu hasil tuaian halia.

“Selain halia, saya mengusahakan tanaman pisang, sayur-sayuran seperti kacang botol, cili padi, serai, bayam, terung dan ulam-ulaman lain.

“Ia bertindak sebagai satu pendapatan sampingan kerana hasil halia hanya boleh dituai setelah matang iaitu antara 10 hingga 12 bulan,” katanya ketika dihubungi InfoAgro, baru-baru ini.

Beliau berkata, keterlibatannya dalam penanaman halia bermula sejak 20 tahun lalu apabila mengambil upah dengan pekebun Cina di Kampung Bukit Tinggi, Bentong, Pahang.

“Kebanyakan penanam halia di sana menanam halia Bentong. Setelah beberapa tahun mengambil upah, akhirnya saya membuat keputusan untuk menanamnya sendiri.

“Kebetulan pula, terdapat seorang rakan yang membawa halia Bentong ini ke Gerik, Perak dan di situ pula banyak kawasan tanah terbiar,” katanya.

Menceritakan mengenai tanaman halianya, Ahmad berkata, ekoran dirinya yang sudah mempunyai pengalaman luas mengenai halia Bentong, beliau mengambil keputusan untuk menanamnya sendiri sejak tiga tahun lalu.

“Saya mengusahakan halia Bentong di kawasan tanah seluas 0.2 hektar di Kampung Bongor, Gerik, Hulu Perak untuk di simpan sebagai benih bagi digunakan di tanah yang lebih luas,” katanya.

Beliau berkata, kebiasaannya penanam halia mencuba menanam halia Bentong dalam jumlah yang kecil dahulu untuk melihat kesesuaian tanah serta kesuburannya.

“Ini dilakukan bagi mengelak kerugian yang lebih besar sekiranya tanah tidak sesuai.

“Saya pernah mengalami kerugian besar apabila halia yang ditanam di satu kawasan di Gombak tidak menjadi, menyebabkan banyak pokok mati akibat daripada ketidaksesuaian tanah dan cuaca yang tidak menentu,” katanya.

Menurutnya, disebabkan beliau adalah pengusaha tunggal halia di kawasan Kampung Bongor, maka ia lebih dikenali sebagai Pak Mat Halia dan sering didatangi penduduk yang berminat untuk menanam halia.

“Sebahagian penduduk dan jiran menunjukkan minat mendalam untuk mencuba menanam halia Bentong, malah ada antara mereka yang telah pun mendapat hasil tuaiannya,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, beliau telah melabur sebanyak RM15,000 dalam penanaman halia meliputi kos membaja, mengupah, meracun, merumput dan keperluan pertanian lain.

“Saya tidak mendapat khidmat nasihat daripada mana-mana pihak berkaitan sebaliknya hanya bergantung pada pengalaman yang sedia ada,” katanya

Penanaman halia Bentong

Halia Bentong mempunyai rizom yang besar dan berisi bendalir (berlendir dan berair). Halia sesuai di tanam di pelbagai jenis tanah termasuk tanah gambut yang mempunyai saliran baik serta gembur dan peroi agar tidak menyekat pertumbuhan rizom.

Ahmad berkata, halia di tanam daripada keratan rizom tua yang berumur lebih sembilan bulan. Rizom yang berpenyakit hendaklah dimusnahkan untuk mengelakkan merebaknya penyakit bakteria dan kulat halia.

“Rizom tersebut kemudiannya disimpan di tempat teduh dan berangin selama dua hingga tiga minggu untuk percambahan tunas.

“Kemudian rizom di kerat lima sentimeter (cm) panjang dan mempunyai sekurang-kurangnya dua mata tunas,” katanya.

Selain itu, katanya, halia memerlukan penjagaan rapi seperti merumput dan menyiram yang harus dilakukan setiap hari di samping keperluan baja bersesuaian.

Katanya, sebaik-baiknya halia ditanam dalam bulan Februari dan Mac iaitu musim permulaan hujan kerana ia membantu dalam percambahan rizom.

“Musim kemarau berikutnya pula mengurangkan berlakunya penyakit layu,” katanya.

Menurutnya, halia dituai sebagai halia muda apabila berumur empat hingga lima bulan manakala halia tua pula apabila berumur 10 hingga 12 bulan selepas ditanam.

“Kelewatan menuai akan meninggikan kandungan serabut pada halia tersebut,” katanya.

Alamat Butik Muslimah My Couture Rozita Che Wan

ROZITA Che Wan yang baru saja melancarkan perniagaan busana Muslimahnya menerusi rangkaian My Couture (www.mycouture.com.my) di Shah Alam bersama rakan kongsi, Hanis Sahrom, mampu tersenyum riang kerana apa yang diusahakan itu semakin berkembang pesat.

Rozita memberitahu My Couture baru saja bekerjasama dengan butik terkenal Hajaba. My Couture diberi kepercayaan mereka fesyen koleksi terbaru Hajaba. Berminat untuk memiliki koleksi Muslimah dari My Couture boleh hubungi 012-3079122 (Hanis Sahrom) atau ke butik My Couture di alamat No 11B, Jalan Pelabur B23/B, Seksyen 23, Shah Alam, Selangor.

AirAsiaRedtix.com tiket pelbagai aktiviti seni sepanjang Julai 2011

Pelbagai aktiviti seni telah berlangsung sepanjang bulan Julai ini. Daripada kemeriahan muzik broadway, festival seni dan fesyen sehinggalah ke ikon American Idol yang penuh sensasi, semua itu dapat dinikmati oleh peminat muzik Malaysia sepanjang bulan ini dan Airasiaredtix.com merupakan satu-satunya sumber untuk mendapatkan tiket pertunjukan antarabangsa dunia hiburan.


Jika anda pernah menonton filem Dreamgirls yang diterajui Beyonce dan Jennifer Hudson, kali ini bertempat di Istana Budaya, dunia Dreamgirls akan dipentaskan dalam suasana teater muzikal broadway. Semua ini akan dijayakan oleh Broadway Academy yang mana telah memberikan hakcipta untuk mempersembahkan Dreamgirls di Malaysia bermula 14 hingga 24 Julai 2011.

Urbanescapes 2011 pula ialah sebuah festival seni kreatif yang menghimpunkan pelbagai komuniti tempatan dari bidang muzik, fesyen, seni reka dan fotografi di bawah satu bumbung. Ia bakal berlangsung di Padang Astana, Petaling Jaya, pada 16 Julai 2011 ini.

Selepas menjelajah ke seluruh tanah semenanjung, Freedom bakal menggegarkan KL dengan himpunan All-Star yang akan menampilkan DJ-DJ kegemaran anda dalam 2 bilik besar. Jadi buat mereka yang gemar menari, jangkakan keseronokan berganda pada 23 Julai 2011 di Solaris Dutamas, Kuala Lumpur.

Kumpulan rock dari Amerika, Incubus pula akan muncul sekali lagi di Kuala Lumpur untuk malam konsert besar-besaran mereka di Stadium Negara. Berasal dari Calabasas, California, Incubus menjadi kegilaan penggemar muzik rock moden dan audiens mainstream. Mereka telah menguasai carta radio antarabangsa dengan pelbagai single yang menjadi trademark tersendiri kumpulan ini. Peminat Incubus boleh menyaksikan kumpulan ini pada 23 Julai 2011 nanti.

Dia mungkin bukan pemenang, namun populariti naib juara American Idol Musim ke 7 ini tidak dinafikan. Atas permintaan ramai peminatnya di Malaysia, David Archuleta kini akan muncul semula di Malaysia dengan konsert solonya dalam jelajah "The Other Side of Down Tour".

Buang Bulu Roma di Butik HoneyPot Wax

Miliki tubuh dipenuhi bulu roma yang lebat mungkin menimbulkan rasa yang tidak selesa bagi sesetengah orang.


Tambahan pula bagi mereka yang gemar berfesyen, timbul rasa malu atau tidak selesa jika ingin menggenakan pakaian yang menonjolkan bahagian betis atau lengan.

Bagaimanapun masalah ini boleh diatasi jika berkunjung ke Butik HoneyPot Wax yang menawarkan kaedah rawatan pembuangan bulu roma dengan menggunakan salutan lilin.

Cara ini bukan sahaja mudah, cepat dan bersih malah tidak menyakitkan.

Penasihat Honeypot, Ow Shin Yann, berkata, proses ini boleh dilakukan pada seluruh badan sama ada wanita mahu pun lelaki.

Rawatan bermula dengan membersihkan bahagian anggota badan yang terbabit seperti betis, lengan, bawah lengan, muka dan sebagainya.

Sebelum lilin cair khas yang diimport dari Australia disapu pada bahagian tersebut, ahli terapi akan menganalisis bulu roma berkenaan kerana panjangnya mestilah sekurang-kurangnya 0.5 meter.

Sebelum lilin yang agak suam itu kering, sehelai kertas khas ditekap ke atasnya dan dibiarkan beberapa saat sebelum ditarik pada kadar yang pantas dalam tempoh beberapa saat.

"Proses ini tidak begitu menyakitkan malah di sesetengah anggota badan ia tidak terasa langsung.

"Kesemua ahli terapi kami adalah terlatih dan amat mengutamakan standard kebersihan yang tinggi termasuk menggunakan sarung tangan dan spatula pakai buang," katanya pada majlis pelancaran Butik terbaru HoneyPot Wax di pusat beli-belah One Utama, di Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Butik ini menyediakan empat bilik rawatan untuk wanita dan lelaki. Untuk rawatan salutan lilin pada badan dan muka ini pula ditawarkan dengan harga dari serendah RM12 hingga RM280.

Rahsia hutan Forest'secret

Hutan menyimpan seribu rahsia alam. Hanya individu yang rajin meneroka hutan saja yang mungkin mengetahui sejauh mana keistimewaan hutan yang ada di negara kita. Misalnya, tongkat ali atau kacip fatimah yang tergolong dalam kategori tumbuhan herba yang ada di dalam hutan sana dan diperakui bermanfaat untuk kesihatan luar dan dalam.

Hakikatnya, hutan di Malaysia mempunyai lebih daripada itu kerana ada tumbuhan hutan yang boleh dipelbagaikan kegunaannya termasuk menjadi produk kosmetik hebat untuk kecantikan wanita. Forest'secret membongkar rahsia dan khazanah hutan untuk kesejahteraan manusia umumnya.

Barangkali ada yang masih ingat beberapa laporan mengenai produk kosmetik dari luar negara yang didakwa dihasilkan daripada uri manusia dan kosmetik mengandungi bahan hidrokuinon yang mendatangkan kesan buruk kepada pemakai.

Ramai yang mula berhati-hati memilih jenama produk kecantikan wajah dan badan kerana tidak mahu menggunakan produk daripada bahan berbahaya untuk kesihatan secara menyeluruh.

Sehubungan itu, produk tempatan berasaskan bahan semula jadi seperti herba dan tumbuhan hutan mula menjadi perhatian kerana diyakini kesahihan statusnya dari segi halal haram serta kesan jangka masa panjang yang tidak memudaratkan pengguna.

Menyedari keyakinan pengguna terhadap produk kosmetik berasakan alam semula jadi mula mendapat perhatian, ada ramai pengusaha mengambil langkah positif memanfaatkan hasil alam untuk dijadikan produk kosmetik.

Antara jenama alat kosmetik yang memanfaatkan kebaikan bahan semula jadi itu ialah Forest'secret yang memasarkan pelbagai jenis produk penjagaan badan dari hujung rambut hingga hujung kaki dan juga produk kosmetik.


Pengurus Besar Forest'secret, Intan Hyriatee Mohd Zawai, berkata FS adalah rangkaian kedai kelengkapan kesihatan yang diwujudkan Perbadanan Nasional Bhd (PNS), menerusi anak syarikatnya, PNS Francais Sdn Bhd bagi membantu usahawan tempatan memasarkan produk buatan tempatan.



"Forest'secret diwujudkan dalam usaha menyediakan peluang perniagaan kepada pengusaha produk kosmetik tempatan di samping memanfaatkan hasil kekayaan hutan semula jadi yang ada di negara ini.

"Sehingga kini, Forest'secret mempunyai 18 pengusaha yang membekalkan produk kosmetik yang dihasilkan sepenuhnya daripada herba dan tumbuhan tempatan selepas melalui proses kajian serta penyelidikan rapi mengenai manfaatnya kepada pengguna sebelum dipasarkan kepada masyarakat," katanya ketika ditemui di Sunway Pyramid, baru-baru ini.

Forest'secret lebih kepada rangkaian kedai seperti pusat sehenti yang berfungsi mengumpul produk yang diperoleh daripada pengusaha produk kecantikan dari seluruh negara. Kebanyakan yang membekalkan produk daripada herba semula jadi itu adalah usahawan daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Bumiputera.

"Forest'secret mendapat bekalan daripada pengusaha terbabit. Kemudian produk berkenaan akan dibungkus, dilabel dan melalui proses penjenamaan semula serta akan dijual di kedai di bawal label Forest'secret.

"Sehingga kini, jenama Forest'secret merangkumi empat kategori iaitu kelengkapan penjagaan badan, set spa dan aromaterapi, makanan kesihatan serta pelbagai himpunan warna untuk solekan," katanya.

Mungkin ramai yang sangsi apabila mengetahui bahawa Forest'secret memasarkan produk tempatan, hakikatnya pengusaha tempatan juga mengamalkan standard tertentu dalam pengawalan mutu selain melalui beberapa fasa kajian dan penyelidikan berbulan lamanya untuk memastikan produk akhir yang sampai ke tangan pengguna adalah memuaskan.

"Bagi memastikan mutu produk adalah memuaskan dan setanding dengan produk luar, kajian dari pelbagai aspek dilakukan. Malah ada yang memakan masa lebih daripada setahun bagi mendapatkan hasil yang benar-benar meyakinkan.

"Sehubungan itu, pengguna tidak perlu risau mengenai mutu pembuatannya kerana ia melalui prosedur yang ditetapkan sebelum produk berkenaan dipasarkan," katanya.

Sehingga kini, terdapat lebih 68 produk berasaskan herba di premis Forest'secret, antaranya di The Curve, Petaling Jaya, Sunway Pyramid, One Utama, Pasar Seni, Jonker Street, Melaka dan Plaza Angsana Johor Bahru.

Individu yang berminat menerokai perniagaan berasaskan herba mungkin boleh mengintai peluang menjadi pengedar produk itu melalui sistem kiosk atau butik berdarkan syarat yang ditetapkan Forest'secret. Sebarang maklumat mengenainya, hubungi talian 03-77257527 atau layari laman web www.forestsecret.com.

Produk daripada herba diiktiraf

Pengiktirafan The Brandlaureate Asia Pasific yang diterima pada 2007 ternyata membuktikan produk berasaskan herba semula jadi itu diperakui masyarakat global akan kebaikannya.

Herba semula jadi seperti tongkat ali, mas cotek, misai kucing, kacip fatimah, roselle, bunga raya, delima, minyak kelapa dara, limau purut, inai, pegaga, sirih dan manggis antara yang diperoleh daripada alam semula jadi Malaysia sebenarnya kaya dengan bahan yang amat berguna untuk kulit manusia.

Pengurus Besar Forest'secret, Intan Hyriatee Mohd Zawai, berkata Forest'ssecret adalah produk berasaskan semula jadi yang memberi banyak manfaat untuk individu yang menggunakannya, justeru penerimaan anugerah Jenama Terbaik Kelengkapan Badan dan Kulit untuk Pengguna 2007 membuktikan produk herba diterima luas penggunaannya dalam kehidupan seharian manusia.

"Tidak dinafikan tumbuhan herba mempunyai banyak kebaikan untuk manusia. Justeru, Forest'secret mengambil langkah tepat apabila menghimpunkan produk daripada herba di bawah satu bumbung untuk memudahkan pengguna mendapatkan bahan semula jadi bagi kegunaan harian mereka.

"Himpunan solekan seperti gincu, pelembap bibir, bedak padat, bedak asas dan maskara misalnya, bahan utama pembuatannya adalah minyak kelapa dara yang membekalkan kelembapan semula jadi kepada kulit," katanya.

Intan berkata, ekstrak manggis yang terdapat di dalam bedak padat, bedak asas dan bedak serbuk juga diketahui mengandungi bahan antioksidan yang sangat berguna untuk kesihatan manusia.

Selain ekstrak manggis, betik dan gamat, sirih juga tidak terkecuali menjadi bahan penting dalam proses pembuatan produk berasakan herba yang dipasarkan Forest'secret itu. Cogankata 'semula jadi seperti anda' yang menjadi moto jenama itu ternyata meletakkan produk berasaskan herba semula jadi ini pada tahap membanggakan kerana produk yang dihasilkan menawarkan perkhidmatan bertaraf global.

Set makanan kesihatan pula seperti teh serai, teh sirih, teh mas cotek dan kopi, manakala minuman pula dihadirkan dalam gabungan roselle dan misai kucing, tongkat Ali, halia, kayu manis serta madu.

Minuman herba itu dirumus khusus untuk melancarkan perjalanan darah dalam badan, meningkat stamina dan metabolisme, menyahtoksid dalam badan, membantu proses penghadaman dan membekalkan gaya hidup sihat kepada individu yang memanfaatkan produk berkenaan.

LUX Soft Touch dan LUX Velvet Touch hasilkan kulit cantik berseri

Kulit bersih berseri, halus selembut sutera menjadi idaman setiap wanita. Petuanya mudah, mulakan hari anda dengan mandian yang sempurna kerana waktu mandi adalah waktu yang paling penting untuk memperoleh kulit badan yang sihat cantik berseri.

Selain itu, bersenam dan mengamalkan pemakanan yang seimbang memainkan peranan penting untuk kulit supaya kejelitaan dan keanjalan kulit terpelihara serta terhindar daripada apa juga masalah kulit.

Bagi pelakon, Fazura itu adalah antara rahsia kecantikannya.

"Kecantikan bermula dari mandian sempurna, yang dapat menyegarkan, menyerikan malah melembapkan tubuh badan. LUX Soft Touch mahu pun LUX Velvet Touch dapat melembapkan kulit saya secara langsung menyerikan dan menyerlahkan lagi kejelitaan kulit saya.Ia membuatkan kulit saya berseri, kekal Menawan dan sempurna sepanjang hari"

Fazura memulakan harinya dengan mengamalkan mandian yang sempurna bersama LUX. Baginya, mandian menyegarkan yang diperkayakan dengan nutrisi yang baik untuk kulit menjadi pilihan utama. Sementara itu, Teng berkata, Fazura terpilih sebagai duta kerana kecantikannya yang menawan dan penampilannya yang terserlah.

“Dengan hanya melihat pada kejelitaan, penampilan dan personaliti Fazura, kami yakin beliau adalah duta yang tepat untuk produk kami,” katanya.


Pengguna kini semakin bijak memilih produk mandian yang dapat memberi impak kejelitaan kulit dan kelembapan yang secukupnya sepanjang hari. Dengan menggunakan rangkaian formula produk terbaru LUX Soft and Smooth setiap hari, pengguna pasti mendapat apa yang diingini, kulit yang segar, bersih, berseri dan cantik.

Ia terdiri daripada LUX Soft Touch dan LUX Velvet Touch. LUX Soft Touch diperkaya dengan gabungan krim ceri dan ekstrak protein sutera manakala LUX Velvet Touch diperkaya dengan rumusan gabungan krim aprikot dan ekstrak protein sutera. Kedua-dua produk itu dijual pada harga RM14.90 (700 militer (ml)) atau RM5.90 (220 ml) sebotol. Pek isi semula boleh didapati dengan harga RM8.90 (600 ml) satu pek.

Produk LUX bukan sekadar produk mandian sebaliknya ia mendidik pengguna untuk memperoleh kulit bersih berseri, halus selembut sutera. LUX bukan sekadar produk kecantikan.LUX prihatin dengan apa yang pengguna inginkan dan kami akan sentiasa meningkatkan mutu produk dengan teknologi inovasi terkini.

Minyak wangi Dd's Perfume

SEMUANYA tercetus gara-gara minatnya mengumpul minyak wangi khususnya yang halal. Dia mahu memiliki sesuatu yang murah tetapi berkualiti dan berinspirasikan minyak wangi antarabangsa.

"Sejak itu saya mengambil keputusan mencipta minyak wangi yang diinspirasi daripada jenama antarabangsa tanpa alkohol," ujar Pengurusan Kanan Genuine Strategies Sdn Bhd , Farahsuzie Suleiman.

Berbicara soal minyak wangi, jika diperhatikan masyarakat kita mula menerima minyak wangi buatan Malaysia.

Barangkali mereka percaya bahawa minyak wangi tempatan setanding dengan haruman antarabangsa.

Di bawah Genuine Strategies, Farah bekerjasama dengan kumpulan pengurusan syarikatnya, maka tercetusnya idea minyak wangi Dd's Perfume yang mula memeriahkan industri minyak wangi tempatan sejak Oktober 2010.

'Dekat di hati selalu' menjadi moto utama Dd's Perfume yang diilham daripada 16 jenis haruman antarabangsa dari Perancis.

Biarpun masih baru tetapi nama Dd's Perfume sudah meniti di bibir pengguna kerana pembungkusan kotak dan warnanya yang menarik.

Pewangi Dd's Perfume diperbuat daripada formulasi haruman minyak wangi antarabangsa yang hebat seperti Armani Black Code, Enve Me Gucci, Polo Blue, Be Delicious DKNY, Touch Burberry, Desire, Bulgary dan Ferrari Red. Meskipun tanpa alkohol, setiap haruman Dd's Perfume yang dititik pada kulit atau pakaian mampu bertahan lama.

Menerusi testimoni pelanggan, ramai yang memuji kerana kotak pembungkusan yang boleh dipisahkan antara satu sama lain dan berbau harum.

"Pewangi ini tidak sama seperti minyak atar. Minyak atar lebih tertumpu pada haruman flora tetapi kami mengaplikasikan elemen haruman antarabangsa yang disertakan surah Yusof ayat empat dan surah Thaahaa ayat 39 untuk keyakinan dan seri wajah pengguna," terang Ahmad Kamil Arifin.


Didatangkan dalam pek yang mengandungi empat botol wangian berbeza dan berbentuk roll-on. Terdapat empat set warna berbeza mewakili kategori masing-masing dan fungsi warna tersebut.

Misalnya pink melambangkan keceriaan hati, biru untuk ketenangan jiwa, ungu dapat mengurangkan stres dan baik untuk minda.

"Kotak ungu merupakan haruman wanita, pink untuk remaja, biru untuk lelaki dan terdapat satu set keluarga. Ia dijual pada harga antara RM 55 hingga RM 60 setiap set. Pada pendapat kami harga tersebut mampu dibeli sesiapa saja termasuklah golongan pelajar yang obses wangian antarabangsa. Bahkan, botol-botol pewangi yang bersaiz lima milimeter itu mudah dibawa ke mana saja," ujarnya.

Khasiat kurma Ajwa dan madu Sidr

Jangan ditanya lagi tentang khasiat kurma dan madu kerana ramai yang sudah mengakuinya. Diperkenalkan oleh masyarakat Arab sejak idea perdagangan mula menghubungkan tamadun manusia, kurma dan madu kini menjadi makanan tambahan yang semakin digemari.

Percaya atau tidak itulah hakikatnya. Kurma Ajwa dan madu Sidr misalnya mengandungi khasiat sebagai penawar dan mencegah pelbagai penyakit.


Justeru itu, Rasa Resources Sdn. Bhd. menjadi pengedar utama kurma Ajwa dan madu Sidr asli.

Syarikat ini bersama Ustaz Mohamad Zawawi Yusof melakukan penyelidikan di Madinah dan Yaman sebelum membawa masuk kurma dan madu tersebut ke Malaysia.

Setelah berpuas hati daripada penggumpul madu dari Hadratmaut bahawa madu yang dibekalkan asli, Rasa Resources bersetuju untuk melantik mereka selaku pembekal.

Bagi Kurma Ajwa pula, hanya ladang dari daerah Quba sahaja yang dipilih. Kurma Ajwa yang memenuhi spesifikasi dari segi saiz, kesegaran, kelembutan dan tiada kesan gigitan serangga sahaja dipilih.

Semua ini bagi memastikan agar masyarakat Malaysia memperolehi Kurma Ajwa dan madu Sidr yang benar-benar asli dan bebas daripada bahan pengawet.

Kegemaran Rasulullah

Kurma Ajwa merupakan kurma kegemaran Nabi Muhammad SAW yang mempunyai fadilat seperti menguatkan urat perut, mengendurkan urat saraf dan melembutkan perangai.

Ajwa sejenis kurma lembut dan kering yang ditanam di kota Madinah. Dalam sejarah ada menyebut, kurma Ajwa yang pertama ditanam oleh Rasulullah di tanah berhampiran Masjid Quba, Madinah.

"Kurma ialah satu makanan organik sempurna kerana ia sejenis buah-buahan yang mengandungi pelbagai mineral dan vitamin kaya dengan anti oksida seperti beta-karotena, lutein dan zeaxanthin.

''Anti oksida mempunyai keupayaan untuk membantu melindungi sel dan struktur lain dalam tubuh agar bebas daripada radikal oksigen dan mencegah penyakit seperti kolon, prostat, payu dara, endometrium, paru-paru dan kanser pankreas," ujar Pengarah Eksekutif Rasa Resources, Abdullah Abdul Jalil.

Menurut Abdullah, madu Sidr paling jarang ditemui dan mempunyai nilai yang tinggi.

"Ia memang sentiasa dicari oleh pencinta madu kerana rasa yang unik dan indah di samping banyak faedah kesihatan ," ujarnya.

Perkara ini diakui oleh Organisasi Makanan dan Pertanian Sedunia (FAO) - Kolej Standard Madu (CODEX STAN 12-1981).

Ia menyatakan madu ini mempunyai faedah perubatan dan berkhasiat.

Tambah Abdullah, madu ini dihasilkan oleh lebah yang hanya memakan bunga daripada pokok Sidr yang berasal dari Hadramaut Yemen.

"Keindahan madu adalah kerana ia semulajadi, selamat dan lazat, dan boleh didapati sepanjang tahun. Madu sangat selamat sebagai makanan dan perubatan," tambahnya.

Dalam pada itu, Rasa Resources turut menerima tempahan hamper atau cenderahati kurma Ajwa dan Madu Sidr sempena Ramadan dan hari raya yang akan tiba tidak lama lagi. Setiap hamper ini berharga RM400 sehingga RM460 mengikut saiz dan jenis kurma Ajwa dan madu Sidr.

Syarikat ini turut mengalu-alukan orang ramai untuk menjadi pengedar kurma Ajwa dan Madu Sidr dan mereka yang berminat boleh menghubungi Sham di talian 012-6642393 atau melayari www.rasaquest.com.

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH

Kursus terapi urutan spa

Berita baik bagi lepasan sekolah mahupun belia-belia yang masih mencari pekerjaan, jika berminat untuk mendalami bidang spa, anda boleh memohon untuk mengikuti kursus Terapi Urutan Spa di Energy Academy Sdn. Bhd. (Energy Academy).

Menawarkan program Perantis Spa (Spa Apprenticeship Program) bagi kursus Terapi Urutan Spa, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2, ia terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun dan ke atas.

Mendapat akreditasi daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia, kursus tersebut turut menawarkan dana (geran) kepada yang layak.

Menurut Pengasas Energy Academy, Datin Ramona Suleiman, dana tersebut disalurkan daripada Kementerian Pelancongan Malaysia kepada mereka yang betul-betul layak untuk mengikuti kursus yang ditawarkan.


"Syarat permohonan terbuka kepada wanita dan lelaki berusia 18 tahun ke atas, komited untuk menjalani kursus dan berkeinginan tinggi untuk meningkatkan taraf hidup melalui kursus atau latihan yang dijalankan.

"Dalam masa yang sama, mereka yang memohon akan ditapis di mana mereka perlu menjalani sesi temuduga.

"Ini bertujuan untuk memastikan pelatih-pelatih yang diterima adalah yang betul-betul berkelayakan di samping yang benar-benar ingin mempelajari dan mendalami bidang spa selain dana yang diberikan tidak terbuang begitu sahaja," ujarnya ketika ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tambah beliau, tempoh kursus yang ditawarkan ialah selama enam bulan meliputi tiga bulan intensif sepenuh masa di dalam kelas dan tiga bulan praktikal di tempat kerja.

Katanya lagi, pelajar yang mengikuti latihan industri dijanjikan peluang pekerjaan sekurang-kurangnya selama 12 bulan kepada pelatih yang memenuhi kriteria yang diperlukan majikan.

Selain itu, pelajar yang ditauliahkan sebagai tenaga mahir juga berpeluang ditempatkan di organisasi spa dengan kerjasama Persatuan Spa Malaysia (AMSPA).

Selain itu, bagi pelatih-pelatih yang telah ditauliahkan, mereka boleh menyambung pelajaran di dalam bidang Diploma Anatomy & Fisiologi dan Diploma Urutan Badan dengan mengikuti Program CIBTAC.

Program perlesenan antarabangsa ini dapat menaiktaraf pusat perkhidmatan spa sedia ada khususnya kepada pelancong dari luar negara.

Pengambilan program ini juga digalakkan kepada pemilik, pengurus dan ahli terapi spa yang telah mempunyai pengalaman di dalam bidang terapi spa dan urutan tetapi tidak berpeluang untuk mendapatkan persijilan secara formal sebelum ini.

Sementara itu, pada 10 Julai ini, kursus yang sama akan ditawarkan bagi penduduk-penduduk di kawasan Utara tanah air.

Ia akan diadakan di Langkawi, Kedah di mana taklimat dan temuduga terbuka masih dijalankan di Institut Pengurusan Peladang, Lot 571, Jalan Ayer Hangat, Langkawi.

Bagaimanapun, tempat adalah terhad kepada 24 pelajar sahaja. Untuk maklumat lanjut boleh layari www.energyacademy.com.my.

Oleh MARIATUL QATIAH ZAKARIA

Spa Ancasa -Manjakan Diri Anda

Sebarang pertanyaan mengenai rawatan spa di Spa Ancasa,hubungi 06 - 6627288 (Port Dickson) atau 03 - 20266060 (Kuala Lumpur).

Penat tubuh dan minda dihambat kerja-kerja pejabat yang tidak berkesudahan membuatkan ramai warga kota memilih rawatan spa untuk memanjakan diri.

Memang ada ratusan spa di ibu negara yang boleh dipilih. Daripada yang satu bintang hingga ke lima bintang. Tetapi apa kata lakukan dua dalam satu - legakan kepenatan tubuh dengan urutan sambil itu bercuti jauh daripada hiruk-pikuk kota.


Destinasi terbaik mungkin ke Spa Ancasa yang menjanjikan rehat maksimum dalam suasana urutan oleh terapi profesional sambil dihembus bayu laut dan desiran ombak.

Terletak di Ancasa AllSuites Resort & Spa, Port Dickson, spa berkonsepkan tradisional Bali ini menawarkan pilihan rawatan dari hujung rambut hingga kaki bagi menyeimbangkan kembali minda yang kusut dan tubuh yang letih.

Malah kelegaan mula terasa seawal kaki melangkah masuk ke kawasan spa dengan kehijauan landskap taman Bali.

Ditambah pula sayup-sayup kelunakan lagu-lagu Bali yang menenangkan.

Kemudian pengunjung berpeluang membasahkan tekak secawan air halia panas yang menyegarkan sebelum rawatan bermula.

Menurut Pengurus Perhubungan Awam Ancasa Hotels and Resorts, Melinda Marie Ambrose, perkhidmatan yang paling popular ialah urutan aroma terapi 60 minit yang hanya berharga RM175.

Katanya, urutan ini amat memberi kelegaan yang mana pengunjung diberi peluang memilih minyak pati aroma yang jadi kegemaran daripada serai wangi, lavender, kayu cendana, ylang-ylang, bunga kemboja dan sebagainya.

"Apa yang pasti produk yang kami gunakan adalah dari sumber alami dan kebanyakannya dari jenama Forests' Secret yang memberi ketenangan seiring dengan suasana nyaman spa," katanya.

Rawatan lain yang boleh dinikmati pengunjung termasuk urutan kaki bagi membantu meningkatkan peredaran darah dan mengembalikan kesegaran tubuh.

Bagi ingin merias kuku disediakan rawatan manicure (RM75) dan pedicure (RM85), di samping skrub badan (RM120) dan urutan muka (RM110 ).

Begitupun kata Melinda, pengunjung resort boleh menikmati pakej istimewa dua hari tiga malam pada harga RM438 meliputi penginapan di suite satu bilik, sarapan pagi dan urutan aroma terapi selama 45 minit untuk dua orang.

Dalam pada itu, bagi yang tidak berkesempatan memandu jauh ke Port Dickson, tidak perlu gusar kerana masih berpeluang memanjakan diri di Spa Ancasa yang terletak di tingkat dua Ancasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur.l

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL

Nano-photocatalyst hapuskan bakteria

Perkembangan teknologi nano kini sedang mendapat tempat bukan sahaja dalam penyelidikan malahan penghasilan produk bagi tujuan komersial.

Hari ini berpuluh ribu produk yang dihasilkan berasaskan teknologi nano telah pun memasuki pasaran begitu juga di Malaysia.

Walaupun begitu, penggunaannya masih lagi dalam jumlah yang kecil dan ini mungkin kerana masyarakat belum mengetahui dan memahami sepenuhnya akan kebaikan kehadiran produk-produk sedemikian.

Dalam usaha memperkenalkan produk yang berasaskan teknologi tersebut seiring dengan penyelidikan dan inovasinya, syarikat Nano Green Tech telah mengambil inisiatif dengan menghasilkan satu produk yang berasaskan teknologi tersebut.

Menurut Pengurus Korporatnya, Sheon Soo Huan, produk yang ditawarkan syarikatnya merupakan produk pembersihan berteknologi tinggi yang dihasilkan daripada teknologi nano.


Katanya lagi, buat masa sekarang tidak ramai yang terlibat di dalam menghasilkan produk pembersihan yang berasaskan teknologi tersebut.

Apa yang istimewa tentang produk keluaran syarikatnya ialah teknologi nano yang digunakan merupakan teknologi yang sama dipakai oleh angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha di angkasa lepas.

"Produk pembersihan yang dikenali sebagai nano-photocatalyst ini sudah pasti dihasilkan menggunakan teknologi nano di mana ia mampu membersihkan udara di sekeliling kita.

"Untuk pengetahuan bersama, nano-photocatalyst telah pun diguna oleh Sheikh Muszaphar selama 12 hari apabila beliau berada di angkasa lepas.

"Nano-photocatalyst merupakan satu teknologi yang digunakan secara semburan untuk menghilangkan bau dan ia juga merupakan anti bakteria dan virus seperti selesema burung, Influenza A ( H1N1 ), Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) dan sebagainya," ujarnya ketika ditemui dipejabatnya di No. 31, Jalan Othman 4/40, Seksyen 4, Petaling Jaya, Selangor.

Katanya lagi, penggunaan teknologi tersebut sebenarnya telah meluas di hospital-hospital luar negara.

Apa yang perlu dilakukan hanyalah menyembur nano-photocatalyst di mana-mana sahaja yang dirasakan perlu dan antara tempat-tempat yang dicadangkan ialah tandas dan dapur.

Ini kerana kedua-dua tempat tersebut merupakan tempat aktifnya bakteria dan virus membiak.

Terdapat banyak produk nano-photocatalyst keluaran Nano Green Tech seperti nano-photocatalyst untuk rumah, pejabat, projek dan juga kereta.

Untuk kereta ia dikenali sebagai nano anticrush di mana ia mampu melindungi kenderaan anda daripada kesan calar.

Mengulas lanjut mengenai produknya, Sheon memberitahu produk keluarannya merupakan produk mesra alam di samping mudah untuk dibersihkan.

Beliau turut mengakui bahawa produk tersebut merupakan satu produk baru di Malaysia kerana sebelum ini ia hanya diguna pakai di dalam sektor perindustrian sahaja.

Bukan itu sahaja malah Sheon turut memberi jaminan produknya dilindungi oleh insurans sebanyak RM1 juta sekiranya produk tersebut memudaratkan kesihatan pengguna, begitu juga dengan kereta, ia mempunyai jaminan selama 10 tahun.

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan produk tersebut terutama sekali untuk kegunaan di rumah, Nano Green Tech menawarkan pakej menarik sepanjang Julai hingga Ogos ini.

Memandangkan hari raya hampir tiba, ia sememangnya bagus untuk tujuan pembersihan rumah sekali gus menggembirakan tetamu yang berkunjung.

Pakej yang ditawarkan adalah untuk empat kali pembersihan dalam tempoh setahun dan harga yang ditawarkan hanya RM1,200.

Dalam masa yang sama, Nano Green Tech turut menyediakan Program Usahawan Nano bagi mereka yang berminat terutamanya kepada belia-belia.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.nanogreentech.com.my atau hubungi talian 013-3348281 (Zulbadri).

Oleh MARIATUL QATIAH ZAKARIA