Nilai hartanah Cyberjaya meningkat dan laris

Jualan tanah di Cyberjaya meningkat tiga kali ganda kepada 258.52 hektar dengan nilai RM1.23 bilion pada tahun ini berbanding 81.53 hektar dengan harga RM404.30 juta pada 2010.

Ia menjadikan jumlah pelaburan ke Cyberjaya pada tahun ini sebanyak RM3.04 bilion dan nilai pelaburan sejak penubuhannya pada 1997 sehingga 2011 meningkat kepada RM12.36 bilion.

Pengarah Urusan Cyberview Sdn. Bhd., Hafidz Hashim berkata, sehingga kini jumlah nilai jualan bagi perusahaan, komersial, pembangunan bercampur, kediaman, industri ringan dan tanah institusi adalah RM3.64 bilion.

Sejumlah 2.27 juta kaki persegi ruang perusahaan berjaya dijual, menjadikan jumlah keseluruhan jualan kepada 11.1 juta kaki persegi antara 1997 hingga 2011.

Nilai pelaburan pembangunan perusahaan pada 2011 adalah sebanyak RM517.6 juta.

Menurut beliau, pemaju-pemaju utama yang sudah bertapak di lokasi kediaman Cyberjaya pada tahun ini termasuk UEM-Symphony Hills, Mah Sing-Clover @ Cyberjaya, OSK Mirage, Villamas/Triental Land Sdn. Bhd. - Serin Residency, Andaman Property Management - The Arc @ Cyberjaya, Country Heights-Lakeview Residency, Laketown-Domain dan Tim Development - Trillium @ Perdana Lakeview East.

Beliau berkata, bagi tahun depan, Cyberjaya menyasarkan untuk mencapai nilai pembangunan sebanyak RM3.73 bilion, yang akan dicapai melalui jualan tanah perusahaan, komersial, institusi dan kediaman.

''Sebagai pemilik tanah dan pembangunan Cyberjaya, Cyberview mempunyai inisiatif, selari dengan Bajet 2012 yang akan terus menarik pelaburan domestik dan antarabangsa di lokasi tersebut.

''Ia termasuk menawarkan fizikal kelas dunia dan infrastruktur komunikasi, rangka kerja perundangan, undang-undang siber dan inisiatif kewangan," katanya di sini.

Hafidz menambah, Cyberview juga akan memperkenalkan lebih banyak inisiatif hijau di Cyberjaya.

Krim pelembab Men Expert Hydra Energetic Multi-Action 8 ,Men Expert Hydra-Energetic Powered Water

Krim pelembab Men Expert Hydra Energetic Multi-Action 8 dan cecair pemberi tenaga Men Expert Hydra-Energetic Powered Water adalah formulasi terkini dalam mengekalkan kecergasan wajah setiap lelaki walaupun seharian aktif.


Diperkaya dengan lapan formula multi-aksi penuh betenaga, krim pelembab L'Oreal Paris dilengkapi dengan kandungan vitamin C, kafeina dan magnesium yang dapat meningkatkan semula tenaga pada wajah yang semakin layu dan kering.

Boleh dimiliki pada harga paling berpatutan iaitu RM35.90, krim ini memberikan kelembapan segera, kulit yang teguh, selesa dipakai, wajah lebih lembut, kesan rasa tertekan jadi hilang, wajah yang lebih cerah dan sentisa nampak sihat.

Buktinya, bintang terkenal Hong Kong, Daniel Wu mengakui bahawa produk berkesan ini telah berupaya memberi kesegaran maksima kepadanya dan mengembalikan semula tenaga untuk kulit wajahnya selepas mengamalkannya.

Begitu juga dengan keupayaan air tenaga Men Expert Hydra-Energetic Powered Water yang diakui dapat memberi kesegaran wajah dengan segera tanpa rasa melekit atau berminyak.

Hanya tuangkan cecair pemberi tenaga yang terkandung di dalan botol jingga aerodynamic ke tapak tangan kemudian sapukan secara menepek ke atas permukaan wajah. Nah! Kesegaran maksima akan akan da perolehi sebelum tibanya masa bertemu si dia.

Di jual pada harga RM17.90 bagi isi kandungan 125 ml, air tenaga ini dilengkapi dengan formulasi Active Defense System yang benar-benar memberikan kesegaran segera ke atas wajah setiap individu bernama jejaka.

Bubur Nasi Segera Berasli

Bubur Nasi Segera Berasli

Apabila teringatkan bubur nasi sudah pastinya kita merasakan ianya satu hidangan yang mengambil masa untuk disediakan. Mana tidaknya dengan rebusan nasi yang agak lama serta penyediaan rempah ratusnya yang merumitkan.

Bubur nasi telah menjadi satu hidangan yang menjadi pilihan dalam masyarakat kita sejak sekian lama. Ada yang meminati bubur bercirikan "manis" dan ada juga yang meminati bubur bercirikan pedas atau berempah.


Agak sukar untuk kita temui bubur nasi di restoran-restoran atau gerai makan. Bubur nasi boleh didapati di hotel-hotel dalam menu sajian sarapan pagi mereka.

Atas faktor-faktor ini Koperasi Kakitangan Bernas Berhad (KKBB) telah mengambil inisiatif untuk menghasilkan Bubur Nasi Segera berkonsepkan "cup" yang dikenali sebagai Bubur Nasi Segera Berasli. Terdapat 3 perisa pilihan iaitu perisa ayam, cendawan dan rumpai laut.

Ianya mudah disediakan hanya tambahkan air panas ke dalam "cup" yang disediakan (300ml) tambahkan perencah dan sayur kering kemudian kacau dan sedia untuk dinikmati.

Penggunaan sayur kering yang asli adalah untuk menambahkan selera disamping menambahkan zat secukupnya.

Bubur Nasi Segera Berasli juga dilengkapi dengan sudu dan mudah dibawa kemanamana kerana ianya adalah ringan iaitu hanya 40gm setiap "cup".

Penggunaan teknologi yang terkini dalam penghasilan Bubur Nasi Segera Berasli memastikan bahawa penyediaannya adalah mengikut standard pengilangan ISO 22000:2005.

Bubur Nasi Segera Berasli mempunyai Persijilan Halal daripada JAKIM dan pihak KKBB sentiasa memastikan ramuan atau bahan mentah yang diperolehi mempunyai Persijilan Halal dan menepati piawaian Pengilangan Bersih. Jangka hayat Bubur Nasi Segera Berasli adalah 18 bulan dari tarikh pengilangan.

Produk ini boleh diperolehi dikebanyakan hypermarket terpilih iaitu di Giant, Tesco, Mydin dan Carrefour yang dijual pada harga sekitar RM1.70- RM1.90 setiap "cup". Bubur Nasi Segera Berasli juga telah dieksport ke Jeddah, China, Indonesia serta beberapa negara lain.

Disamping itu, KKBB juga menyediakan perkhidmatan "Contract Manufacturing" kepada mana-mana syarikat yang berminat untuk mengeluarkan Bubur Nasi Segera atau lain-lain produk yang dihasilkan oleh KKBB iaitu minuman Beras Perang (Berasli Energy) serta minuman Barli Segera dibawah jenama mereka.

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Koperasi Kakitangan Bernas Berhad di alamat No. 31, Jalan Melati 3/17, Bandar Malawati 45000 Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan, No. Tel. 03-32898505 / 7013 atau No. Faks 03-32896326 atau emailkan ke "mailto: koop_bernas@yahoo.com" koop_bernas@yahoo.com alamat sesawang www.kkbb.com.my" www.kkbb.com.my.

Didik wanita melabur emas

Pelaburan Emas Wanita

Selain untuk perhiasan memilik barangan kemas juga satu pelaburan jangka panjang.

Biarpun sehalus janggut udang barang hiasan emas tetap menjadi idaman golongan wanita sejak dari dulu lagi.

Malah tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa emas menjadi sahabat baik wanita yang melambangkan kemewahan dan status seseorang.

Bagi yang lebih bijak menjadikan emas sebagai pelaburan jangka panjang sebagai harta yang boleh membawa keuntungan lumayan pada waktu diperlukan.

Malangnya, amalan itu tidak menjadi ikutan wanita generasi muda hari ini yang lebih suka kepada barangan berjenama lain bagi melambangkan kemewahan dan prestij.

Menurut Pengurus Besar Cantik Jewellery Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat Habib Jewels, Abdul Razak Abdul Kadir, seharusnya generasi muda hari ini mencontohi 'orang lama' untuk membeli barangan kemas sebagai hiasan dan pelaburan.

"Membeli emas hari ini sangat menguntungkan, ia bukan sekadar barang perhiasan yang boleh digunakan untuk bergaya tetapi juga aset penting memandangkan harganya semakin meningkat dari hari ke sehari,'' tegasnya ketika ditemui di pejabatnya baru-baru ini.

Katanya, nilai emas yang sentiasa meningkat dengan konsisten mengikut harga pasaran emas dunia menjadikan ia komoditi terbaik untuk pelaburan jangka panjang.

"Sambil berhias dengan barangan kemas berkualiti pada masa sama wanita juga sebenarnya telah membuat pelaburan jangka panjang," katanya.

Menurut Abdul Razak, sudah tiba masanya untuk golongan wanita mengubah cara hidup sekarang dengan menjadikan emas sebagai sebahagian daripada gaya hidup.

"Sebagai contoh setiap tahun kita belikan emas kepada diri sendiri, atau pada anak-nak bagi menggantikan hadiah-hadiah lain.

"Biarpun nampak kecil namun nilainya akan bertambah dari semasa ke semasa. Keadaan ini jika dibiarkan untuk tempoh tertentu pastinya mendatangkan keuntungan,'' kata Abdul Razak.

Katanya lagi, emas boleh dijual semula mahupun digadaikan ketika masa sesak tanpa perlu menanggung susut nilai.

Bagaimanapun beliau menyeru supaya membeli emas di tempat atau di kedai yang mempunyai nama.

"Keadaan itu penting memandangkan ia mengelakkan daripada pelanggan di tipu serta memastikan kualiti emas itu terjamin,'' katanya lagi.

Di Habib katanya, pelanggan yang membeli barangan kemas akan diberikan sijil dan keadaan itu memberikan jaminan kepada pelanggan untuk terus membeli di premis tersebut.

Lagi pun pembelian emas yang dilakukan dalam negeri dapat membantu pembangunan kerana aliran wang berlaku dalam negara kita sahaja.

Menurutnya lagi, di Habib bukan sahaja menjual emas tetapi membeli semula emas lama untuk dileburkan.

Malah terbaru, Habib juga menawarkan pajak gadai yang memberi peluang kepada orang ramai untuk menggadai barangan perhiasan tersebut.

Terangnya lagi, pihaknya kini mempunyai sebuah premis pajak gadai yang terletak di Ampang. Bagaimanapun pihaknya kini dalam persiapan terakhir untuk membuka lima lagi premis pajak gadai di sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Kuantan.

"Uniknya pajak gadai di sini ialah turut menerima berlian dan batu-batu berlian untuk di gadaikan,'' katanya lagi.


Oleh ZUHAYATI YAZID

Haruman Poppy Flower, Coach, Harga Poppy Flower

COACH memperkenalkan Poppy Flower koleksi haruman terbaru untuk wanita yang berkeinginan tampil dalam gaya penuh romantik.


Koleksi baru ini dihasilkan daripada ramuan yang terdiri dari buah-buahan segar dan bunga-bungaan yang berharuman lembut.

Poppy Flower telah dilancarkan awal bulan ini.

Ia boleh didapati dari jenis Eau de Parfum 100ml RM300, 50ml RM225, 30ml RM170, dual rollerball 17oz RM90 dan Body Lotion 150ml RM150.

Bengkung Qurratu' dan Yuslaily Yunos Corset

Bengkung Qurratu' dan Yuslaily Yunos Corset

Perniagaan bengkung? Bunyinya mungkin agak kurang komersial pada halwa telinga malah boleh mengundang komen-komen sinis yang memedihkan hati.

Itulah juga yang dialami Yuslaily Yunos, 34, ketika memulakan perniagaan bengkung apabila ramai yang mengejek dan mentertawakannya.

Orang memandang kecil terhadap perniagaan tersebut yang pada pandangan mereka bukan perniagaan menguntungkan.


Ini kerana jika setakat dibeli oleh wanita yang menunggu masa untuk bersalin, berapa sangatlah yang boleh dijual.

Perniagaan bengkung itu mungkin dianggap sebagai perniagaan kecil-kecilan atau hanya sesuai untuk mak bidan sahaja.

Semua tanggapan itu tidak mematahkan semangat Yuslaily apatah lagi menyimpan dendam pada mereka yang sering mencemuh dan mentertawakannya.

''Saya bangun daripada setiap kegagalan dengan penuh rasa syukur. Satu perkara yang ingin saya kongsi dalam apa sahaja perniagaan yang saya ceburi, saya tidak pernah meminjam wang daripada mana-mana pihak kerana bagi saya jika mahukan ketenangan fikiran jauhi hutang,'' ujarnya.

Kini, walau sudah lebih 11 tahun kilangnya, Yuslaily Yunos Inspire beroperasi dan mengeluarkan bengkung berjenama Qurratu' Bengkung dan Yuslaily Yunos Corset, permintaan sentiasa ada dan berterusan.

Dalam sebulan, Yuslaily Yunos Inspire dapat mengeluarkan 5,000 hingga 10,000 helai bengkung kain belacu atau bengkung tradisional.

Bukan setakat mendapat keyakinan pengguna, malah Yuslaily meraih kepercayaan daripada syarikat-syarikat kosmetik dan jamu terkenal yang menempah bengkung tradisional secara eksklusif di kilangnya.

Yuslaily yang ditemui baru-baru ini di kilangnya di Ampang Waterfront berkata, permintaan bengkung amat laris kerana produk tersebut sesuai dipakai bukan saja wanita malah lelaki yang mengalami masalah perut buncit.

''Tambahan pula harga bengkung murah, pemakaian yang mudah dan paling penting keselesaan apabila memakainya.

"Keberkesanannya diperakui sejak zaman nenek moyang kita lagi. Sebab itu walaupun telah ada pelbagai jenis bengkung moden di pasaran namun bengkung kain belacu masih mendapat tempat di hati pengguna.

''Malah seorang pelanggan saya yang kini menjadi agen saya di Hong Kong berkata pemakaian bengkung ini hebat.

"Walaupun dia berbangsa Cina dan tidak tahu langsung tentang bengkung atau amalan tradisional orang Melayu bagi wanita selepas bersalin, dia dapat meyakinkan pengguna di sana akan keberkesanannya,'' jelas ibu kepada tiga orang anak perempuan itu.

Lebih hebat selain Hong Kong dan China, Bengkung Qurratu' turut mendapat tempat di Singapura, Indonesia, Brunei, Dubai, Arab Saudi, Jerman, Denmark, Australia, England dan banyak lagi.

Ini adalah hasil kecanggihan teknologi Internet dan melalui agen yang mempunyai keyakinan terhadap produk tersebut.

Beliau amat bersyukur dan berbangga kerana berkat kesabarannya bersama suami, Muhammad Hairul Afiq Abdullah, 34, dan jatuh bangun dalam dunia perniagaan, kini Yuslaily Yunos Inspire merupakan pengilang dan pengeluar bengkung terbesar di Malaysia.

Katanya, hampir semua pengusaha spa, salon dan peniaga jamu yang berjenama terkenal di pasaran dalam dan luar negara mendapat bekalan bengkung eksklusif dari kilangnya.

Bercerita mengenai masalah yang dihadapi dalam perniagaan tersebut, Yuslaily berkata, kenaikan harga barang seperti kain belacu, benang serta kekurangan tenaga kerja memberi tekanan kepadanya.

''Awal tahun ini mereka yang terlibat dalam industri pembuatan berkaitan fabrik dikejutkan dengan kenaikan harga kain sehingga 50 peratus kerana faktor ekonomi dan banjir besar di China dan Pakistan.

''Mulanya saya susah hati sehingga tidak boleh tidur malam. Tetapi apabila teringatkan bahawa rezeki datang dari Allah, terus hilang perasaan takut malah saya terus bersemangat untuk meneruskan perjuangan ini,'' katanya yang pernah berniaga nasi lemak di tepi jalan.

Yuslaily amat mengalu-alukan sesiapa sahaja di seluruh dunia yang hendak menjadi pengedar Bengkung Qurratu' dengan modal serendah RM168.

Kepada yang berminat boleh lawati laman web www.Qurratu.com atau hubungi 012-2254931.

Children Islamic Centre : Pelajari Matematik cara mudah di CIC

Matematik dikatakan suatu subjek yang sangat kompleks dan memerlukan bahan atau kaedah khas untuk mempelajarinya. Isi kandungannya juga sangat berturutan membabitkan proses mental yang tinggi dan perlu memenuhi tuntutan konitif sekali gus menjadikan ia satu subjek yang susah, berat lagi membosankan.

Mitos kononnya orang Melayu memang semula jadi sukar menguasai ilmu itu menjadikan segelintir masyarakat kita menerimanya sebagai satu kenyataan terutama di kalangan pelajar Melayu yang tidak dapat menguasai ilmu itu. Islam juga sering digambarkan sebagai agama yang mundur dan dikatakan tidak menggalakkan umatnya menuntut dan menguasai pelbagai lapangan ilmu.

Kenyataan itu tidak benar kerana sejarah membuktikan bahawa Islam melahirkan banyak sarjana Islam dan ilmuwan Islam yang cukup hebat dalam pelbagai bidang termasuk Matematik malah penemuan dan penciptaan mereka inilah yang dijadikan rujukan Barat.

Pada dasarnya, kehidupan seharian kita itu sendiri dipayungi dengan ilmu Matematik. Kebijaksanaan seseorang itu dalam pengurusan masa menjamin kehidupan harian yang sempurna. Bertitik tolak daripada situ, sememangnya bidang Matematik tidak boleh dipandang ringan, terutama di kalangan orang Islam.

Sehubungan itu, Children Islamic Centre (CIC) sebuah Pusat Perkembangan Individu khusus untuk kanak-kanak 3-12 tahun mengambil langkah proaktif bagi membantu memperkembangkan tumbesaran minda kanak-kanak di usia ini. Pada Jun 2011 lalu, CIC memperkenalkan satu program baharu iaitu Program New Maths.

Program ini akan membantu merangsang perkembangan otak kiri dan kanan kanak-kanak disamping dapat meningkatkan keupayaan berfikir dengan logik untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Konsep yang diajar di dalam Program New Maths ini adalah keupayaan memerhati, berfikir secara logik, kemahiran pengiraan, menguatkan daya, ingatan, koordinasi antara deria-motor, kreativiti, 100 teori asas matematik dalam konsep terbitan, warna, bentuk, pemetaan ruang dan bayangan geometri.

Kanak-kanak akan diberikan satu 'brief case' mengandungi 3 buku mengikut peringkat, krayon, pen berwarna, tangram, carta dinding mini, pelekat bernombor dan bahan belajar yang interaktif demi merangsang perkembangan minda kanak-kanak.

Ciri-ciri bahan mengajar ini sangat menarik dan efektif yang hanya memerlukan pengawasan minimum untuk setiap peringkat, suasana pembelajaran yang bercirikan interaktif dan pemenang 9 kali anugerah "Kid Mathematics Teaching Material Highest Honorary Awards" menggunakan kaedah pengajaran dan alat bantu mengajar yang menumpu secara menyeluruh kepada setiap kanak-kanak.

Dengan nisbah bilangan guru dan murid yang kecil iaitu satu guru, 10 kanak-kanak, CIC percaya sangat bermanfaat. Antaranya adalah pendekatan yang kreatif oleh guru-guru dapat membantu kanak-kanak menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan nombor dan masalah matematik. Disamping dapat merangsang perkembangan otak kiri dan kanan kanak-kanak itu, kerjaya dan masa depan seseorang akan lebih luas dan cerah jika seseorang individu dapat menguasai kerumitan dalam subjek Matematik.

Terdapat 3 peringkat di dalam program ini iaitu Peringkat Rendah (Peringkat 1 & 2), Peringkat Pertengahan (Peringkat 3 & 4) dan Peringkat Atas (Peringkat 5 & 6). Kanak-kanak akan diuji untuk menentukan mereka di peringkat yang mana.

Kelas untuk program ini dijalankan setiap Sabtu jam 8:30 pagi - 10 pagi (CIC Presint 8) dan 10 pagi - 11:30 pagi (untuk semua cawangan CIC). Dengan yuran pendaftaran serendah RM100 seumur hidup dan yuran bulanan RM120, ramai yang berkemampuan untuk menghantar anak ke program New Maths ini.

Sesi pembelajaran untuk program ini kini dibuka. Tarikh seperti di bawah :-

* 15 Oktober 2011 - 31 Disember 2011

* 7 Januari 2012 - 31 Mac 2012 (cuti pada 4 Februari 2012)

* 7 April 2012 - 7 Julai 2012 (cuti pada 5 Mei 2012 dan 2 Jun 2012)

* 14 Julai 2012 - 29 September 2012 (cuti pada 18 Ogos 2012)

* 6 Oktober 2012 - 29 Disember 2012 (27 Oktober 2012)

Daftarlah segera di CIC yang berdekatan. Tempat terhad. Bawa keratan akhbar ini untuk mendapatkan sesi percubaan program New Maths ini secara percuma. Sila layari www.cic.net.my atau hubungi 03-8889 2979 untuk maklumat lanjut.

** CIC atau Children Islamic Centre adalah pusat perkembangan individu yang menawarkan pendidikan yang menyeluruh melalui kecemerlangan agama dan akademik. Pendaftaran bagi sesi persekolahan 2012 bagi Program Playschool, Pre-school dan Afterschool kini dibuka kepada kanak-kanak 3 - 12 tahun.

Kolej PTPL tawar kursus seni masakan

Kemajuan pesat Industri Kulinari yang berpotensi berkembang boleh menyumbang kepada keperluan tenaga mahir dalam sektor perhotelan dan pelancongan negara.

Di negara ini, sektor hospitaliti dan pelancongan antara penyumbang utama kepada pendapatan negara. Senario kebanyakan rangkaian hotel sering mengambil khidmat pekerja luar negara tidak lagi kelihatan kerana ramai pakar tempatan mampu bersaing dengan pakar seni kulinari luar.

Keadaan ini memberikan gambaran positif kepada prospek bidang hospitaliti dan pelancongan di negara ini.

Sehubungan itu, Kolej PTPL melalui Sekolah Hospitaliti dan Seni Kulinari (SCA) menawarkan program Seni Kulinari peringkat diploma. Kursus dua tahun setengah itu melatih pelajar dalam bidang penyediaan hidangan.

Kursus berkenaan bersesuaian bagi mereka yang berminat dalam bidang seni kulinari. Kursus ini mendedahkan pelajar pada teknikteknik masakan, penyediaan sajian, bakeri dan hospitaliti yang lebih berkualiti.

Mereka yang berminat mengikuti pengajian seni kulinari lulus Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPM/SPMV) dengan tiga kepujian dalam mana-mana mata pelajaran atau sijil daripada politeknik, Institusi Pengajian Tinggi Awam dan swasta yang mendapat akreditasi atau kelayakan yang diiktiraf Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pelajar yang tamat pengajian peringkat diploma turut berpeluang menyambung pengajian lanjutan mereka ke tahun dua peringkat ijazah di Management & Science University (MSU) yang merupakan institusi collegiate kepada Kumpulan Kolej PTPL. Mereka mempunyai pilihan untuk mengikuti program pengajian berkaitan yang ditawarkan melalui Faculty of Business Management and Professional Studies (FBMP), MSU.

Selain Diploma Seni Kulinari, Kolej PTPL juga menawarkan pelbagai program hospitaliti peringkat sijil dan diploma antaranya Diploma Pengurusan Hospitaliti dan Pelancongan, Diploma Perkhidmatan Makanan dan Pengurusan Restoran, Diploma Pengurusan Hotel, Diploma Pengurusan Acara manakala bagi mereka yang memilih kursus di peringkat Sijil, Kolej PTPL menawarkan program Sijil Pengurusan Pelancongan dan Sijil Operasi Hotel dan Katering

Untuk maklumat lanjut sila hubungi 03-5513 6688 atau lawati www.ptpl.edu.my.

Kembara Hospitaliti PTPL berjaya

SELAIN cemerlang dalam akademik, kegiatan kokurikulum juga penting dalam menerapkan nilai-nilai moral dan etika yang tinggi sejajar melahirkan graduan berkualiti.

Menyedari hasrat tersebut, Sekolah Hospitaliti & Seni Kulinari, Kolej PTPL Shah Alam, Selangor menganjurkan program Kembara Hospitaliti Pantai Timur di Taman Tema Air Bukit Gambang, Pahang baru baru ini.

Kembara Hospitaliti yang membabitkan 134 pelajar dan enam pensyarah Diploma Pengurusan Hotel dan Diploma Pengurusan Hospitaliti & Pelancongan merupakan kesinambungan jelajah hospitaliti yang diadakan di Sunway Lagoon Resort Hotel dan Spa pada awal tahun ini.

Tujuan utama program ialah bagi mendedahkan pelajar mengenai situasi sebenar bagi sesebuah operasi khususnya dalam dunia perhotelan. Pelajar juga didedahkan dengan cara berkomunikasi, dan ini sekali gus mengeratkan hubungan baik antara pihak industri dengan pelajar serta tenaga pengajar Kolej PTPL Shah Alam.

Pelbagai aktiviti dan program yang dirangka pensyarah bagi mengisi program dua hari satu malam tersebut antaranya tidak perbincangan kerjaya oleh pihak Bukit Gambang Resort City, bina semangat, meredah hutan pada waktu malam, lawatan sekitar hotel dan sukaneka.

Menurut seorang peserta program, Erma Erfiyana Ghifari, berkata program itu banyak membantu pelajar dalam memperbaiki cara berkomunikasi dan bergaul di samping mengajar sikap saling bantu membantu, kerjasama, komunikasi yang baik penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah ataupun kerja.

Seorang lagi peserta, Chenny a/p Kian, berkata banyak ilmu yang diperoleh daripada aktiviti tersebut antaranya pengalaman mereka yang telah menempa nama dalam industri perhotelan.

Beliau berkata, program itu juga dapat mengeratkan hubu ngan antara pelajar lama dengan baru yang jarang sekali mengadakan aktiviti bersama.