iPad dijual di Harvey Norman,Malaysia

IPad sebagai peranti mudah alih yang dinanti ramai menjengah pasaran tempatan mulai semalam, yang mana mereka boleh mendapatkannya di rangkaian kedai elektronik pengguna Harvey Norman apabila ia mendapat hak penjualan produk keluaran Apple di Malaysia.

Pengguna kini lebih mudah mendapatkan pelbagai produk keluaran gergasi perkomputeran terkemuka dunia itu selain iPad termasuk produk Mac, iPod Touch dan pelbagai aksesori di Harvey Norman.



Harvey Norman adalah satu daripada beberapa syarikat penjual sah di negara ini menjual iPad yang terkenal di seluruh dunia sebagai kaedah terkini mencapai laman web, e-mel, foto dan video di atas skrin peka sentuhan.

Terdapat enam pilihan iPad iaitu tiga daripadanya dari jenis yang menyokong standard penyambungan Wi-Fi dan tiga lagi menyokong standard WiFi+3G yang dijual pada harga bermula RM1,549.

Enam lokasi Harvey Norman ialah di Ikano Power Center, Midvalley Megamall, Pavilion dan AEON Bukit Tinggi serta di Queensbay Mall di Pulau Pinang.