Kasut elevator lelaki, Giraffe,bantuan untuk lelaki rendah

Selalunya wanita menggunakan kasut bertumit tinggi untuk tampil lebih tinggi dan langsing, tetapi bagaimana pula dengan lelaki?

Satu-satunya jenama mengemukakan produk keluarannya yang mampu memberikan bantuan kepada lelaki yang memiliki ketinggian sederhana.

Jika dilihat daripada luaran, kasut elevator ini seperti kasut biasa, tetapi apa yang membezakannya ialah penggunaan pelapik dalam kasut. Pelapik terbabit boleh menambah ketinggian seseorang sebanyak enam hingga 10 sentimeter.



Selain menambahkan ketinggian, kasut jenama ini juga berfungsi untuk memperbaiki postur tubuh seseorang. Ini kerana ia direka menggunakan bahan berkualiti tinggi dan teknologi Nano HexComfort dari Amerika Syarikat yang dapat memberikan pemakainya sokongan daripada jari kaki ke tumit.

Keadaan ini membolehkan kaki mereka berasa selesa dan bahagian belakang tidak sakit apabila berjalan jauh serta memiliki lapisan penyerap tekanan yang mampu melindungi kaki daripada kesan aktiviti lasak.

Sebagai tambahan ke atas ciri istimewa, penggunaan teknologi Nano HexComfort juga membantu mengurangkan tekanan berat badan ke atas tapak kaki sebanyak 90 peratus dan ia penting bagi mengurangkan keletihan pada kaki.

Kasut Giraffe boleh didapati dalam dua kategori iaitu eksekutif rasmi yang sesuai dipakai ketika bekerja atau menghadiri majlis makan malam, perkahwinan dan pelbagai acara rasmi.

Kategori kasual dan aktif pula sesuai digayakan ketika beriadah.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Lai International (M) Sdn Bhd, Matt Lai, tidak dapat dinafikan ramai lelaki Asia khususnya ingin kelihatan lebih tinggi berbanding ketinggian asal dan Giraffe mampu memberikan jalan penyelesaian terbaik.

"Malah, fesyen kasut yang diketengahkan juga terkini dan sambutannya memang menggalakkan," katanya.


Oleh Rosmaliana Aida Mohd Adnan