L'Oreal Paris Colour Riche Nutri Shine

Sesiapa juga mampu memiliki senyuman menawan menerusi keindahan bibir yang dicalit gincu mewah berpelembap. Namun, pemakaian gincu tidak seharusnya mengikut warna pakaian kerana ia juga bergantung kepada jenis bibir sama ada nipis, sederhana atau tebal selain warna kulit.

Bagi wanita berkulit cerah, warna ceria seperti merah jambu dan merah tua disarankan kepada mereka manakala wanita berkulit sawo matang atau hitam manis digalakkan memakai gincu berwarna gelap. Memenuhi kehendak wanita yang ingin tampil menawan sama ada ke pejabat atau acara kasual, L'Oreal Paris melancarkan Colour Riche Nutri Shine iaitu gincu paling tinggi jualannya dalam semua himpunan gincu jenama terbabit.

Mengandungi mentega shea, royal jelly serta kaya vitamin A, E dan F, gincu paling terkini dan berteknologi tinggi ini menjadikan bibir lebih menyerlah serta membantu untuk memperbaiki struktur bibir menjadi bentuk yang diidamkan. Kandungan royal jelly unik menjadikan bibir lebih lembut, lembap serta halus. Sapuan tahan sepanjang hari dan tidak perlu memakai salap bibir bagi melindungi bibir bermasalah.

Menerusi formula tiga dalam satu iaitu melembap, mewarna serta mengilat, gincu ini hadir dalam bekas lut sinar dengan teknologi terkini.

Enam jam pemakaian bibir menghalang kekeringan kulit, dua jam kilatan serta tiga jam tanpa perlu memakai semula gincu berkenaan. Berada di pasaran bermula Januari 2011 dengan empat warna menawan, ia boleh didapati pada harga RM39.90.