Koleksi Erra Fazira bakal dipasarkan

Koleksi Erra Fazira ialah koleksi pakaian siap yang akan dipasarkan tak lama lagi. Ia rentetan kerjasama Erra Fazira dengan pengeluar tudung batik, Desa Murni. Erra ialah duta tudung keluaran syarikat itu.


"Untuk koleksi tudung itu Erra hanya sebagai duta sahaja, tapi untuk Koleksi Erra Fazira ini Erra sendiri yang mengeluarkannya dengan kerjasama mereka. Mereka mahu Erra ke sana untuk memilih kain yang bakal digunakan. Mereka tak berani untuk memilih bagi pihak Erra.

"Sebenarnya sudah lama Erra berhasrat mahu mengeluarkan koleksi ini sebab Erra memang meminati bidang fesyen, tapi sebelum ini tak ada jalan untuk Erra. Nampaknya bila bersama Desa Murni, mereka membuka jalan kepada Erra,"jelasnya.

Menjelaskan lebih lanjut pasal koleksi itu, kata Erra dia akan mengeluarkannya secara eksklusif. Bermaksud, hanya satu rekaan sahaja untuk satu koleksi.