Kotex Fresh Plus

Menyedari penjagaan dan kebersihan zon wanita atau 'V-Zone' amat penting untuk dipelihara, pembekal utama produk penjagaan kewanitaan, Kotex telah memperkenalkan produk baru Kotex Fresh Plus.

Kotex Fresh Plus merupakan rangkaian liner pertama yang memberi manfaat dan memelihara V-Zone golongan wanita agar kekal segar dan sihat.

Pengurus Pemasaran Kimberly-Clark (Malaysia), Haniza Hj Tahir berkata, produk baru tersebut menampilkan tiga ciri utama iaitu menghalang pertumbuhan bakteria, kadar pH yang tinggi dan menampilkan haruman semulajadi yang mampu menenangkan jiwa

"Dengan pengalaman hampir 60 tahun di Malaysia, Kotex sentiasa berusaha untuk membawa kempen serta produk yang inovatif untuk membantu wanita kekal segar dan sihat. Oleh itu, kami telah mencipta liner Kotex Fresh Plus iaitu liner pertama yang terbukti memberikan manfaat kesihatan 'V-Zone'.

"Kami juga akan memulakan revolusi 'V-Zone' untuk mendidik dan memperkasakan wanita supaya menjadikan penjagaan wanita sebagai sebahagian daripada rutin harian mereka," katanya ketika ditemui pada majlis sidang media memperkenalkan Kotex Fresh Plus, di Subang Jaya, baru-baru ini.

Menariknya jelas Haniza, produk baru itu tampil dengan tiga variasi jenis iaitu Kotex Fresh Plus Ultra V-Care, Kotex Fresh Plus Gentle Care dan Kotex Fresh Plus Design yang bersesuaian untuk digunakan oleh setiap wanita.

"Ketiga-tiganya mempunyai kebaikan dan manfaat kepada wanita. Kita tampil dengan tiga jenis agar memberi pilihan kepada golongan untuk memilih yang mana bersesuaian dengan mereka.

"Penggunaan ketiga-tiga produk itu mampu membantu mengekalkan keselesaan, kesegaran , dan menghalang bakteria daripada menjangkiti V-Zone," katanya.

Pada majlis turut dihadiri oleh Pakar Sakit Puan, Dr Premitha Damodaran yang turut memberi penerangan mengenai langkah dan penjagaan V-Zone.

Kotex Fresh Plus kini boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya dan farmasi dengan harga RM7.70 (pek 32 keping) dan RM4.90 (pek 20 keping).Untuk maklumat lanjut tentang rangkaian Kotex Fresh Plus, sila layari www.kotex.com.my atau hubungi 1-800-82-1188.