Wonder Perfect Mascara Clarins

Percaya atau tidak, pemakaian maskara pada bulu mata sebenarnya mampu melengkapkan lagi solekan mata, selain menaikkan lagi keseluruhan wajah dan penampilan. Penggunaan maskara pada masa kini juga mampu memberi perubahan mata lesu menjadi segar.

Oleh sebab itulah maskara dipakai untuk apa juga jenis solekan dari yang semula jadi untuk solekan siang sehinggalah ke solekan glamor ke parti.

Maskara boleh didapati dalam pelbagai warna dan fungsi seperti melebat, melentik dan memanjangkan bulu mata dalam satu atau dwisapuan rumusan popular. Pendek kata, maskara tidak hanya mewarnakan bulu mata dan memanjangkan serta memberi volume kepada bulu mata, tetapi juga menaik serikan mata sebagai tiang seri wajah dan menambahkan gaya dramatik pada solekan.

Tetapi sejauh mana maskara itu sesuai untuk anda dan sebijak mana ia di aplikasi, semua itu perlu diketahui sebelum memutuskan untuk memilikinya. Ini kerana sudah pasti anda tidak mahu sapuan itu comot dan `melemaskan'.

Perkara yang harus diteliti ketika membeli maskara adalah melihat bentuk dan saiz berus. Selain itu, teknologi maskara juga semakin berubah apabila ada lapisan asas dan atas dengan warna berbeza. Teknologi ini mampu membuatkan bulu mata terasa ringan dengan dua lapisan, malah memberi keberkesanan pada solekan mata secara menyeluruh.

Bagi memenuhi kehendak itu, Clarins, antara produk kecantikan yang tersohor di bibir wanita kini memperkenalkan ciptaan terbarunya, Wonder Perfect Mascara semua dalam satu yang bertindak dalam semua dimensi sekali gus dapat membuatkan bulu mata lebih tebal, panjang, dan lentik.

Bulu mata yang halus sekali pun, boleh nampak tebal dengan lilin carnauba dan lilin beras yang digabungkan dengan pigmen warna. Imbangan polimer dalam formulanya juga memberikan kesan pemanjangan yang menakjubkan.

Maskara itu memberikan sapuan yang mampu melekat kuat pada bulu mata apabila di sapukan dengan teliti. Gel polimer yang dihasilkan daripada tumbuhan berfungsi untuk melentikkan bulu mata dengan lembut tanpa membuatkannya tampak keras.

Selain itu, gabungan nutrien untuk penjagaan kulit seperti Pro-vitamin B5 yang terkenal dengan kuasa memegang erat setiap lentik helaian juga dimuatkan supaya sapuan dapat menguatkan, menyuburkan dan bulu mata di lindungi daripada kerosakan.

Serat berus yang lembut memberi kesan alis mata dan memanjangkan bulu mata, Bentuk lonjong berus mengoptimumkan tindakan melentikkan bulu mata dan melahirkan sinaran terhadap mata, selain memberikan kesan dramatik yang mampu mencapai sehingga ke helaian halus walaupun pada penjuru mata.

Kesannya, maskara itu juga tidak bergumpal atau melekat antara satu sama lain apabila disapukan pada bulu mata dan mampu menyebabkan solekan mata tampak tidak lengkap serta daya tarikan pada lirikan berkurangan.

Penggunaan maskara ini mampu memberikan tahap ketebalan selepas aplikasi sehingga 54.6 peratus dengan menambahkan panjang bulu mata ke 34.6 peratus. Terdapat tiga warna sapuan iaitu hitam, coklat dan biru.

Jika ingin menyerlahkan ketebalan dan melentikkan bulu mata dengan Wonder Perfect Mascara, anda hanya perlu mulakan dari pangkal bulu mata dan berus ke atas hingga ke hujung dengan sedikit tekanan dalam pergerakan berliku.

TIP: Pemakaian maskara

# Jangan pam berus keluar masuk botol untuk mencegah udara daripada masuk ke dalam botol dan mengeringkan maskara. Ini dapat memanjangkan hayat maskara.

# Untuk bulu mata kelihatan lebih lebat, gosok dengan lembut pada bahagian akar bulu mata.

# Jangan takut untuk mencuba maskara berwarna. Aturan asas pemakaian maskara mudah saja; hitam sesuai untuk semua, biru untuk berkanta cerah dan ungu untuk berkanta coklat.

Fakta:


Polimer: Bahan tiruan yang terdiri daripada molekul yang dibuat dari gabungan molekul kecil.

Pigmen: Bahan semula jadi yang terjadi pada kulit dan rambut.

Serat: Serabut (seperti benang) yang terdapat pada tumbuhan yang boleh dijadikan tali dan lain-lain.

Tissot 2009 T-Race MotoGP

Tissot 2009 T-Race MotoGP

Rasai kuasa pantas bak pelumba MotoGP dengan koleksi terbaru jam tangan Tissot. Bergaya bak juara dunia, jam tangan edisi terhad terbaru Tissot 2009 T-Race MotoGP direka untuk sang juara yang menggemari sensasi dari segi gaya, kualiti dan warna.

Rona hitam dan kuning menyatu sekali gus memberi efek sukan berprestij manakala elemen lebih garang menampakkan pengaruh kuasa si pemakai.

Rekaan yang mengagumkan itu disokong ciri-ciri mewah menampakkan elemen eksklusif termasuk takat kedalaman 100 meter; kristal sapphire; keluli tahan karat 316L dan sarung karbon untuk rekaan lebih mengagumkan.

Simbol jam tangan ini jelas tertumpu pada jarum masa yang dibias warna kuning selain paparan angka mengelilingi jam tangan. Tidak ketinggalan, simbolik bendera pelepasan pada bahagian atas jam.

Selain reka bentuk yang tiada tandingan, jam tangan edisi terhad terbaru Tissot 2009 T-Race MotoGP menampilkan kotak berbentuk topi keledar. Ini dilengkapi 18 kepingan litar terkemuka dunia menggambarkan pusingan MotoGP sepanjang tahun.

Bukan saja elemen gaya yang diterapkan, penggemar sukan bermotor juga tidak harus melepaskan peluang. Ini kerana jam tangan edisi terhad ini hanya dikeluarkan sebanyak 9,002 set di seluruh dunia.

Tunggu apa lagi? Harga jualan jam tangan istimewa ini RM3,100.

Reviu Produk: Kamkorder Panasonic HDC-TM10 / HDC-SD10

Panasonic Malaysia Sdn Bhd memperkenalkan dua kamkorder berdefinisi tinggi menerusi model HDC-SD10 dan HDC-TM10 yang mampu dipegang sebelah tangan saja ketika merakam.

Kedua-dua kamkorder ini dikatakan peranti paling ringan di dunia dalam kategori berkaitan dengan berat hanya 227 gram.

Model SD10 mampu merakam menggunakan kad memori SDHC atau SD sementara TM10 membenarkan pengguna merakam menggunakan memori dalaman sebanyak lapan gigabait.

Produk dengan reka bentuk kompak itu mempunyai zum optikal sehingga 16 kali yang disokong fungsi penstabil imej bagi mengurangkan gegaran merosakkan rakaman.

Spesifikasi

PRODUK: Panasonic HDC-TM10

HARGA: RM2,499

WARNA: hitam, perak

MEMORI: 8GB (dalaman), SD Twin Memory Full HD

RESOLUSI: 1920 x 1080p

ZUM: 16x (optikal)

PAPARAN: 2.7 inci LCD

TEMPOH RAKAMAN: tiga jam (memori dalaman), 12 jam (kad SD 32GB)

CIRI: iA, Advanced OIS, AVCHD

BERAT: 227g


PRODUK: Panasonic HDC-SD10

HARGA: RM2,499

WARNA: hitam, perak, merah

MEMORI: kad memori SD

RESOLUSI: 1920 x 1080p

ZUM: 16x (optikal)

PAPARAN: 2.7 inci LCD

TEMPOH RAKAMAN: 12 jam (kad SD 32GB)

CIRI: iA, Advanced OIS, AVCHD

BERAT: 227g

Safi Rania Gold

Safi Rania Gold

Safi Rania Gold

Safi mengeluarkan produk yang menerapkan partikel nano emas 24k dalam rangkaian produk penjagaan kulit terbarunya – Safi Rania Gold.

Produk ini selamat, berkesan dan disahkan halal.

Emas terbukti secara saintifik berkesan mengurangkan kedalaman kedutan. Ia meningkatkan keanjalan kulit dan memperlahankan penyusutan kolagen bagi mencegah kekenduran kulit.

Emas juga merangsang pertumbuhan sel lapisan dasar kulit untuk memastikan pertumbuhan semula sel kulit yang sihat, tegang dan awet muda.

Produk ini mengandungi protein mutiara serta vitamin B3 untuk mencerah dan memulihkan kesegaran wajah.

Safi Rania Gold Serum mengandungi Nano Emas 24K bagi mengurangkan kedalaman kedutan dan garis halus sehingga 55 peratus. Dalam hanya tiga minggu, kulit cerah berseri.

Safi Rania Gold membawakan pelbagai produk antipenuaan untuk tujuan kecantikan kulit, antaranya:


Krim pembersih wajah Safi Rania Gold

Ia membersihkan kulit daripada kotoran, habuk dan daki selain membantu menanggalkan solekan sambil membuatkan kulit segar sepanjang hari.

Gel pembersih wajah Safi Rania Gold

Sesuai untuk kulit kering. Ia lembut pada kulit kerana tidak menghakis emolien semula jadi kulit setiap kali mencuci muka.

Skrub wajah Safi Rania Gold

Ia membantu menanggalkan sel kulit mati untuk menyerlahkan kulit yang sihat berseri. Gunakan dua kali seminggu untuk mendapatkan hasil ketara.


Penyegar Safi Rania Gold

Ia dirumus dengan air mawar bagi membantu menyediakan kulit untuk menyerap lembapan secara optimum. Gunakan penyegar selepas membasuh muka.

Krim kontur mata Safi Rania Gold

Serlahkan kecantikan mata dengan sapuan krim ini siang dan malam.

Krim pelembap siang Safi Rania Gold dengan SPF20PA++

Ia membantu menangani masalah bintik penuaan dan warna kulit tidak sekata, menjadikan kulit cerah dan sihat berseri.

Krim pelembap malam Safi Rania Gold

Kulit kelihatan lebih remaja dan berseri bila bangun setiap pagi.

Krim kecantikan Safi Rania Gold

Ia membantu melenyapkan bintik penuaan dan garis halus. Krim ini boleh digunakan sebagai asas mekap.

Rempah Bonda tiada pengawet

Rempah Bonda

Kerumitan menjalankan penyelidikan sehingga berbulan-bulan lamanya, malah berkali-kali juga ramuan yang siap diadun terpaksa dibuang kerana tidak mencapai tahap diinginkan, tidak pernah memadamkan keazaman wanita kental ini.

Pengasas produk Bonda, Zawiyah Ahmad, berkata pernah juga beliau dituduh memasarkan produk keluaran syarikat bukan Bumiputera melalui label berbunyi kemelayuan, namun perasaan yang terguris dipendam kejap di dalam hati.

“Itu antara secebis pengalaman yang pernah saya lalui sepanjang setahun memasarkan produk rempah-ratus menggunakan jenama Bonda, tapi kini saya bangga kerana ia sudah mula mendapat tempat di kalangan wanita terutama ibu bekerjaya,” katanya.

Produk Bonda yang dipasarkan melalui Cabarawet Bonda iaitu anak syarikat Cabarawet Holdings Sdn Bhd mempunyai kelebihan tersendiri berbanding produk masakan mudah sedia dijual di pasaran.

Selain dikisar dan diadun sendiri di rumah, ramuan yang pada mulanya hanya dipasarkan kepada rakan dan jiran tetangga itu juga lebih istimewa kerana dihasilkan tanpa menggunakan sebarang bahan pengawet.

“Mungkin ada yang musykil bagaimana produk Bonda boleh tahan lama walau tidak dimasukkan bahan pengawet, tapi itulah rahsia yang terkandung di dalam adunan resipi Bonda.

“Namun, tempoh hayat produk antara tiga hingga enam bulan agak singkat berbanding produk segera lain menyebabkan kami terpaksa bekerja keras termasuk mengutip semula semua produk yang sudah tamat tempoh di pasaran bagi menjaga kualiti dan nama produk,” katanya.

Mensasarkan wanita moden yang bekerjaya sebagai pelanggan utama memberikan ilham kepada Zawiyah untuk mengeluarkan rempah-ratus yang mudah dimasak dengan hanya menggunakan campuran air.

“Memasak kadangkala melecehkan, ditambah pula jika anda sibuk bekerja. Justeru, penghasilan produk Bonda adalah jalan penyelesaian paling mudah bagi menggalakkan wanita menyediakan sajian untuk seisi keluarga walaupun sering kesuntukan waktu.

“Malah, ibu-ibu juga tidak perlu lagi bersusah payah mengadun tepung untuk hidangan pagi kerana Bonda turut mengeluarkan dua jenis tepung lempeng iaitu lempeng pisang dan lempeng kelapa yang begitu mudah disediakan,” katanya.

Istimewanya Bonda, semua tujuh produk iaitu yang boleh digunakan di dalam tiga jenis masakan iaitu sup (rempah sup istimewa), soto; pes taucu, pecal dan kacang tumbuk serta tepung untuk membuat lempeng perisa pisang dan kelapa adalah antara resipi bercirikan tempatan yang hampir dilupai ramai generasi muda sekarang.

Bonda memiliki keunikan dan kekuatan cita rasa yang tersendiri. Sebagai contoh, penggunaan rempah-ratus Bonda untuk masakan sup mampu menghasilkan aroma yang membangkitkan selera kerana bahan asli yang digunakan adalah yang terpilih dan tanpa bahan pengawet.

Kata Zawiyah, bagi menjamin kualiti, produk Bonda hanya dihasilkan di dalam kuantiti yang sedikit iaitu sekitar 30 hingga 40 kilogram sebulan. Bagaimanapun, bagi memenuhi permintaan sasaran selain memperkukuhkan jenama Bonda, syarikat ini akan turut mengeluarkan lima produk baru antaranya pati ros, cuka, rempah rendang dan tepung goreng ayam ke pasaran tidak lama lagi.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Caberawet Holdings, Mohd Azhari Ahmad, berkata pasaran Bonda akan terus diperluaskan ke seluruh negara.

Kini, Bonda boleh didapati di Selangor dan Kuala Lumpur serta bakal menembusi pasaran Sabah dan Sarawak tidak lama lagi.

Oleh Siti Nur Almizan Aripin

Tropicana Juice Plus

Tropicana Juice Plus CalciumBoost dan Tropicana Juice Plus AntioxidantBoost

Masyarakat kini tidak hanya berpuas hati dengan minuman oren biasa, sebaliknya mencari khasiat tambahan dalam minuman seharian mereka.

Antioksidan dan kalsium antara kebaikan tambahan seperti diketengahkan rangkaian jus oren baru, Tropicana Juice Plus CalciumBoost dan Tropicana Juice Plus AntioxidantBoost.

Kedua-duanya diperbuat daripada jus oren semula jadi yang ditambah dengan kalsium atau antioksidan, dihasilkan untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat daripada masyarakat Malaysia terhadap produk yang menepati keperluan kesihatan dan kesejahteraan.

"Masyarakat Malaysia hari ini semakin mementingkan kesihatan justeru, jus berkenaan adalah pilihan untuk mereka yang sibuk bagi memenuhi keperluan untuk kekal sihat," kata Pengurus Pemasaran Permanis Sdn Bhd (Permanis), Hemalatha Ragavan.

Tulang dan gigi yang kuat sememangnya perlukan jumlah kalsium mencukupi. Oleh itu, antara sajian menyelerakan pada waktu pagi adalah segelas Tropicana Juice Plus CalciumBoost untuk membantu memenuhi 30 peratus keperluan kalsium individu setiap hari.

Ia juga kaya dengan vitamin A, C dan D manakala vitamin D khususnya, amat penting untuk kesihatan tulang dan tubuh yang diperlukan bagi penyerapan kalsium dengan lebih berkesan.

Tropicana Juice Plus AntioxidantBoost pula diperkaya dengan vitamin A, C dan E yang membantu memperkuatkan sistem ketahanan (imun) tubuh.

Segelas jus oren berserta khasiat tambahan ini memberikan 30 peratus keperluan vitamin C dan 50 peratus keperluan vitamin E seharian.

Rangkaian Tropicana Juice Plus yang boleh didapati pada harga RM7.99 itu tidak mengandungi bahan pengawet dan pewarna serta perasa tiruan. Pelancarannya baru-baru ini diadakan bersama peraduan Tropicana Live.Love.Life yang kini bermula hingga 31 Oktober 2009.

Pemenang peraduan terbabit membawa pulang hadiah utama sebuah kereta BMW 3 Series. Permanis turut menghadiahkan 10 televisyen LCD 42", 15 sistem teater rumah, 30 kamera digital dan 50 hadiah wang sagu hati bernilai RM500 setiap satu.

Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan berkenaan, layari www.tropicanatwister.com.my.

Produk Kecantikan Jerneh Sheila Majid

Pada awal pengenalan, produk kecantikan Sheila Majid yang diberi nama Jerneh itu hanya dipasarkan menerusi Internet. Sesudah lebih lapan bulan dijual secara maya, sambutan yang diterima sangat memberangsangkan. Ekoran itu, Sheila semakin berani dan kini, bayi barunya itu sudah melepasi banyak jangkaan.

"Memang mulanya saya cuma merancang untuk memasarkan dan mempromosikan produk ini seperti mana yang dilakukan oleh pengusaha-pengusaha produk kecantikan tempatan yang lain, diiklankan dalam majalah-majalah wanita tetapi hari ini (28 Ogos 2009), saya boleh katakan ia telah melepasi banyak jangkaan saya," luah Sheila bangga dengan pencapaian awal Jerneh.

Jerneh menjadi satu-satunya produk kecantikan tempatan yang berjaya menembusi tembok di gedung terkemuka Parkson yang dikuasai barangan berjenama dari luar negara. Di Parkson, produk Jerneh boleh diperoleh di butik kecantikan dan barangan Tanamera keluaran F.A Herbs.

Keberadaan di kelompok yang sebaris dengan puluhan jenama kosmetik dan kecantikan bertaraf antarabangsa sedikit sebanyak memberikan satu keyakinan baru buat Sheila dan rakan kongsinya, Mohamad Faisal Ahmad Fadzil yang juga pengusaha F.A Herbs Sdn. Bhd.

"Sebenarnya tiada kriteria khas yang ditetapkan pihak Parkson terhadap barangan tempatan yang ingin menempah tempat di sini. Tanamera sendiri dijual di serata dunia tapi saya tidak menafikan kredibiliti Sheila dalam bidang muzik antara penyebab yang membawa Jerneh sejauh ini," jelas Faisal yang turut bertindak sebagai Pengarah Urusan Jerneh.

Setakat ini produk Jerneh hanya boleh didapati di kaunter Tanamera Parkson Sunway Pyramid dan Parkson Kota Bharu, namun menurut penghibur berstatus ibu kepada lima anak itu, pencapaian Jerneh sudah cukup membanggakan buatnya.

"Sudah 10 tahun saya mengimpikan satu produk kecantikan yang tidak memudaratkan serta halal untuk umat Islam. Puncanya, saya sering menerima produk kecantikan percuma tetapi ragu-ragu terhadap kesan serta kandungan produk berkenaan," jelas Sheila yang selalu menjadikan anak gadisnya Khalida sebagai 'bahan' rujukan ke atas setiap produk kosmetik yang diragui.

Secara jujurnya Sheila mengakui dirinya menjadi pengguna setia produk miliknya itu sejak setahun setengah lalu. Kualiti serta hasil yang dirasai sendiri meyakinkan Sheila untuk berkongsi kegembiraan bersama seluruh peminat dan pengguna tercari-cari produk halal bermutu tinggi.

Besar harapan Sheila, satu hari nanti, Jerneh juga mampu mempunyai kaunter tersendiri dan sebaris dengan produk-produk kecantikan antarabangsa yang lain.

Fasa pertama di pasaran, Jerneh fokus kepada dua bentuk produk iaitu antipenuaan dan pembersihan yang boleh digunakan oleh pengguna lelaki dan wanita.

Untuk jangka panjang, Sheila dan rakan kongsinya turut merancang memperkenalkan produk khas untuk lelaki agar suatu hati nanti, Jerneh akan dekat di hati pengguna Malaysia sebagai produk tempatan berkualiti antarabangsa.

Segala maklumat tentang Jerneh boleh didapati dengan melayari www.jernehbysheilamajid.com

Salikin Sidek Fashion & Art Studio


Lokasi :


Salikin Sidek Fashion & Art Studio
 Lot 2.02, Tingkat 1,
Pusat beli belah Ampang Park,
Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
Tel/faks: 03-2166 4706

Songket Salikin Sidek
@ Barika Lot BR 1 & 2,
Tingkat 2, SACC Mall,
40000, Shah Alam, Selangor.
Tel: 03-5511 4706
Emel: salisidek@hotmail.com

Meraikan Aidilfitri, pereka fesyen terkenal, Salikin Sidek tampil dengan koleksi persalinan baju Melayu penuh memikat. Terkenal dengan rekaan klasik, Salikin cukup setia menterjemah elemen tradisional dalam rekaan lebaran.

Membangkit pesona baju tulang belut yang cukup popular di Johor, kreativiti Salikin terserlah dengan sentuhan moden dan kontemporari. Ini tentunya menarik minat generasi muda dalam memilih baju Melayu bernafas klasik kontemporari.

Salikin yang ditemui XY - Stailo di butiknya di Kuala Lumpur mengakui, beliau sengaja bermain dengan warna lebih terang serta mempelbagaikan perincian terutama pada bahagian leher. Ini katanya bagi menarik golongan muda memakai pakaian tradisi. Pada masa yang sama, Salikin tidak sesekali mengabaikan rekaan keseluruhan pakaian tradisional ini.

“Bagi golongan muda, saya lebih cenderung bermain dengan sentuhan sedikit retro. Ini sebagai tarikan dan menampakkan elemen urban.

“Manakala bagi mereka yang sudah berusia, rekaan klasik adalah kaedah terbaik untuk memastikan pemakaian lebih kemas dan berunsur klasikal,” kata Salikin yang memiliki pengalaman lebih 15 tahun dalam rekaan pakaian bertemakan tradisional Melayu.

Menyentuh soal tema hangat Aidilfitri kali ini, Salikin berkata, beliau sebolehnya tampil berbeza dari aspek rekaan terutama perincian pada bahagian leher, lengan serta aksesori seperti samping dan songkok.

Namun, lumrah pereka fesyen, Salikin tidak lari dari fantasi dan idea mempelbagaikan rekaan. Ini termasuk melekat manik pada baju Melayu.

“Siapa sangka ramai pelanggan menggemari idea ini yang dianggap unik dan tersendiri.

“Sebelum ini, baju Melayu bermanik lebih banyak ditempah pengantin lelaki, suasana berubah sekarang di mana baju bermanik menjadi pilihan digayakan pada Aidilfitri,” katanya.

Menggemari rekaan Melayu Johor, rekaan Salikin cenderung menampakkan potongan tulang belut. Ini terselah biarpun ada rekaannya terutama pada bahagian leher menampakkan unsur kontemporari. Lihat saja baju Melayu berwarna kuning yang diberi sentuhan moden kontemporari - sesuai digayakan di pagi Aidilfitri.

Dari segi warna, Salikin berkata, rona terang mampu menyemarak sambutan Aidilfitri biarpun ramai jejaka memilih warna putih sebagai teras utama rekaan. Selain itu, warna luruh lebih menampakkan ciri klasik dan tradisional.

Idea baju Melayu rekaan Salikin pasti memberi variasi gaya terbaru untuk digayakan pada 1 Syawal. Mungkin sebelum ini anda setia memakai baju Melayu cekak musang, apa kata lakukan perubahan kali ini dengan rekaan tulang belut.

“Saya suka menonjolkan rekaan tulang belut atau teluk belanga. Biarpun ada yang mengatakan baju Melayu tulang belut kurang kemas seperti cekak musang, namun bagi saya semuanya bergantung kepada cara kita menggayakannya serta penggunaan aksesori,” kata Salikin.

Minyak rawatan muka dan badan Clarins

Menyedari keharuman dan manfaat kecantikan daripada ekstrak tumbuh-tumbuhan dan minyak pati, Clarins telah menggunakannya dalam produk wangian dan rawatan penjagaan kecantikan selama lebih 50 tahun.

Ini membolehkan wanita di seluruh dunia memanjakan diri dengan minyak rawatan istimewa daripada Clarins yang 100 peratus dihasilkan daripada ekstrak tumbuh-tumbuhan asli.

Kini Clarins menghidupkan kembali warisannya dengan menghasilkan rumusan minyak rawatan yang pertama untuk muka dan badan.

Koleksi enam minyak ekstrak tumbuhan daripada Clarins untuk muka dan badan yang dinamakan 'Plant Gold' (emas daripada tumbuhan) merupakan minyak lotus, santal dan blue orchid (untuk muka) manakala minyak tonic, anti-eau dan relax untuk badan.

Minyak pati dan ekstrak tumbuh-tumbuhan untuk merawat dan mengharumkan ini menggabungkan ciri-ciri fitoterapi dan aromaterapi selain memberi manfaat dan kesan yang optimum.

Minyak rawatan muka dan badan Clarins ini boleh didapati di semua kaunter institut dan butik Clarins di seluruh negara mulai hari ini.

Restoran Nasi Ulam, Bangi

Bagi sesetengah orang, makan nasi tanpa ulam ibarat minum kopi tanpa gula. Tentu kopi menjadi tawar dan hilanglah selera. Begitulah kuatnya penangan ulam-ulaman dalam membantu menaikkan selera seseorang ketika menikmati hidangan.

Jika hidangan Barat memerlukan salad bersama dressing sebagai pembuka selera, apa kurangnya ulam-ulaman tempatan yang enak dimakan bersama sambal belacan, cencaluk, budu, air asam, sambal tempoyak, sambal kicap dan pelbagai lagi jenis sambal.

Atas alasan itulah, M. Rozaimi Muhammad mengambil keputusan membuka Restoran Nasi Ulam di Bangi, Selangor kerana percaya ia mempunyai peminat setianya yang tersendiri.

“Masakan kampung tempatan bersama ulam-ulaman menjadi menu utama di restoran ini. Tidak ketinggalan juga kami hidangkan masakan selatan Thai. Setiap hari, lebih daripada 40 hidangan disediakan dan ia ditukar-tukar agar pelanggan tidak jemu,” ujarnya.

Pelbagai jenis ulam-ulaman kampung seperti jantung pisang, terung pipit, jering, petai, ulam raja, daun pegaga, daun putat, daun gajus, nangka muda, daun selom, peria, kacang botor dan banyak lagi terdapat di sini.

Begitu juga dengan masakan tempatan yang disediakan, semuanya membangkitkan selera. Antaranya masak tempoyak ikan patin, ayam pandan, masak lemak rebung, ikan bakar, pekasam goreng, sup bebola daging, masak lemak ketam dan banyak lagi.

Selain itu, masakan dari kampung M. Rozaimi, Kelantan, turut dihidangkan seperti nasi kerabu, laksam dan nasi dagang.

Menurut beliau, sepanjang Ramadan ini, selain juadah berbuka yang terdapat di restoran, peminat Nasi Ulam juga boleh mendapatkan hidangan ini di pasar Ramadan kompleks PKNS Bangi.

“Waktu operasi restoran juga dilanjutkan hingga pukul 5.30 pagi bagi memberi peluang pelanggan menikmati sahur di sini,” katanya.

Berbeza dengan juadah berbuka, untuk sahur dan makan malam disediakan hidangan Thai ala carte seperti tomyam, makanan laut, pelbagai jenis nasi goreng, mi, kuetiau dan banyak lagi.

Kuih-muih tradisional Melayu dan Kelantan turut disediakan. Bukan mudah mendapatkan pulut seri muka yang enak kecuali jika anda berkunjung ke sini. Selain itu, pelbagai jenis bubur juga dijual.

Restoran Nasi Ulam juga menawarkan perkhidmatan katering untuk korporat, majlis persendirian, perkahwinan dan lain-lain.

Rahsia Doa Pengasih

Bayangkan bila seseorang yang anda minati tiba tiba jatuh cinta  dan begitu mengambil berat tentang diri anda serta mengajak kahwin segera? Tentu anda melompat keriangan bukan?

Bayangkan bila anda sampai di tempat kerja semua orang melayani anda dengan manis, malah bos menghulurkan senyuman pada anda. Kawan kawan pula asyik nak berbual dan memberikan perhatian pada anda. Wah, seronoknya perasaan ini.

Bayangkan juga anda mempunyai keluarga yang bahagia. Suami isteri saling mencintai, malah mempunyai anak soleh yang mendengar kata. Pendek kata setiap saat yang anda lalui begitu mendamaikan hati & perasaan.

Namun semua impian di atas bukanlah senang untuk dicapai..Kenapa begitu, adakah anda tidak mengikut panduan yang betul?

Sahabat, mahukah anda mengubah situasi ini??

~ Anda ingin mencari kekasih hati yang benar benar sesuai dengan diri anda? Anda tentu tidak mahu tersalah pilih & menyesal di kemudian hari

~ Cinta anda hanya dipandang sebelah mata, sedangkan anda telah berkorban segalanya untuk memilikinya. Anda mahu memilikinya dengan MUDAH?

~ Anda memiliki memiliki rupa, pendidikan, kewangan & hampir segalanya. Namun kenapa masih menyendiri? Anda tidak jual mahal

~ Anda telah berusia lanjut & risau belum berumah tangga. Sering diejek dengan panggilan yang menyakitkan hati & menyebabkan anda rendah diri?

~ Adakah anda telah mempunyai kekasih namun tidak mahu dia berlaku curang? Ingin di setia bersama susah atau senang?

~ Anda telah beristeri dan mahu terus dia hanya menyayangi dan menyebut nyebut diri anda tanpa jemu?

~Anda telah bersuami dan mahu dia cinta hanya anda, serta tidak langsung ingin berpoligami disebabkan rasa cinta pada anda yang mendalam

~ Anda mahu anak anak yang anda cintai mendengar kata dan tidak lagi membuat sesuatu yang menyebabkan hati anda luluh

~Anda mahu bos memberi lebih perhatian pada anda dan tidak memandang anda hanya sebagai orang suruhan?

~Anda mempunyai ramai kawan namun kebanyakannya suka menikam dari belakang, selalu dengki dengan kejayaan anda? Kecewanya anda dengan keadaan begini

Jika jawapan anda adalah YA, maka anda telah sampai ke tempat yang betul. Izinkan saya untuk membantu anda menemui cinta sejati yang diredhai dengan cara ini...

Ia adalah ...Doa Pengasih

Untuk meneruskan bacaan, sila klik di sini


Doa Pengasih - Atasi Masalah Percintaan Anda!

Bust Beauty Extra-Lift Gel, Clarins - Bentuk semula payudara

Bust Beauty Extra-Lift GelKebanyakan wanita di Asia memilih coli mendongak ke atas, menggunakan pelapik gel, memakai lapik tambahan serta mempunyai rangka dawai semata-mata untuk memastikan payudara kelihatan cantik.

Malah ada yang sanggup berhabis ribuan ringgit untuk mendapatkan bentuk payudara diingini. Namun, segala pilihan itu mungkin hanyalah kaedah penyelesaian sementara.

Menerusi inovasi terbaru jenama Clarins, ia memperkenalkan produk terbaru rangkaian penjagaan kecantikan payudara iaitu Bust Beauty Extra-Lift Gel dan losyen penegang yang bertindak ke atas tisu serta struktur kulit di sekitar bahagian payudara.

Gel Extra-Lift memberikan dua kesan penegangan dan pembentukan sebaik saja ia disapukan. Gel segar dan tidak berminyak itu dikatakan dapat bertindak serta-merta membentuk kelubung pada permukaan kulit.

Ia membantu menguatkan struktur kolagen serta memastikan penghidratan. Justeru, kulit lebih licin dan tegang. Untuk mendapatkan kesan optimum, gel itu hendaklah disapu setiap pagi.

Selain itu, bagi wanita yang mengalami kekenduran kulit selepas mengandung atau penurunan berat badan secara mendadak, losyen penegang Bust Beauty antara pilihan.

Losyen berkenaan membantu melindungi kulit daripada masalah kekenduran disebabkan pertambahan usia, kehamilan atau penurunan berat badan serta membaiki struktur kulit dan membuatnya lebih licin. Ia perlu dipakai setiap malam untuk mendapatkan hasil diingini.

Sementara itu, rahsia produk penjagaan ini terletak pada ramuan utamanya iaitu buah vu sua yang berasal dari Vietnam.

Hasil penyelidikan menunjukkan buah vu sua membantu menguatkan struktur payudara, memberi perlindungan berkesan kepada kekenduran kulit, meningkatkan pengeluaran kolagen serta memberi perlindungan daripada radikal bebas.

Produk berkenaan boleh didapati di semua kaunter Clarins, Institut Clarins serta butik Clarins di seluruh negara pada harga RM198 (Extra Lift Gel) dan RM180 (losyen penegang).

Koleksi solekan lengkap Block Buster Color, Estee Lauder

Koleksi solekan lengkap Block Buster Color, Estee Lauder
Ceriakan sambutan Aidilfitri kali ini dengan set solekan lengkap, Block Buster Color daripada Estee Lauder.

Set berkenaan mengandungi pembayang mata kompak Deluxe Pure dalam 15 rona, bedak kompak, empat gincu bibir Pure Color Crystal, pensel mata (tiga rona), maskara Projectionist hitam, Lash Primer Plus Full, pembersih wajah, set berus dan cermin bersama bekas khas yang bernilai RM1,850.

Ia membolehkan pemiliknya bergaya dengan pelbagai jenis solekan sama ada untuk siang mahupun malam.

Namun, set berkenaan boleh didapati pada harga istimewa iaitu RM220 saja dengan setiap pembelian barangan Estee Lauder bernilai RM230 dan ke atas.

Koleksi solekan lengkap terhad itu sudah pun berada di kaunter jenama berkenaan bermula awal bulan ini dan ia sesuai dijadikan hadiah untuk wanita kesayangan. Untuk maklumat lanjut, hubungi myap@my.esteelauder.com

Maskara Ultra Volume Collagene

Mempunyai sepasang mata cantik tidak memadai tanpa memiliki bulu mata yang lentik dan panjang.

Gabungan mata dan bulu mata yang cantik dikaitkan dengan penampilan yang penuh daya tarikan, seksi dan mampu membuatkan seseorang itu tampil lebih berkeyakinan dalam setiap langkahnya.

Tidak seperti negara lain, wanita Asia biasanya mempunyai bulu mata jarang serta pendek yang sedikit sebanyak mungkin merencatkan penampilan.

Penyelidikan intensif L'Oreal Paris menemui formula khas maskara yang memberikan kesan 12 kali ganda berbanding biasa.

Maskara Ultra Volume Collagene berprestasi tinggi yang direka dengan inovasi berus lebih besar daripada berus maskara biasa yang membantu untuk menghasilkan bulu mata lebih lebat, panjang dan lentik.

Maskara berkenaan juga kalis kotoran dan kekal lebih lama, sesuai untuk wanita aktif.

Maskara berkenaan boleh didapati dalam rona hitam elegan di seluruh rangkaian farmasi utama serta pasar raya di seluruh negara bermula September ini dengan harga RM49.90.