Estée Lauder Cyber White

Sekiranya dibandingkan dengan negara lain di dunia, kulit wanita Asia ternyata lebih cantik kerana bertekstur lembut. Namun sayangnya, ia memberi erti bahawa kulit wanita Asia lebih tipis dengan lapisan kulit atas atau stratum corneum yang lebih sensitif.

Keadaan ini menyebabkan kulit lebih mudah mendapat jangkitan atau kesan luaran termasuk kegatalan dan noda hitam lantaran penghasilan melanin berlebihan apabila terdedah kepada sinar ultra-lembayung (UV) secara berterusan.

Hakikat itu menjadikan wanita Asia antara kumpulan wanita yang amat taksub untuk terus menikmati keindahan kulit wajah halus mulus itu hingga kadangkala menjadi mangsa bahan kosmetik.

Kulit wajah bagai telur dikupas boleh bertukar hitam berkilat sekiranya tidak arif mengenai kandungan produk serta terpedaya dengan penjual sesuatu produk pemutih.

Majoriti wanita sedar bila harus berhenti menggunakan sesuatu produk kerana tanda tidak serasi dengan produk dikenakan ialah ia memberi reaksi negatif kulit termasuk gatal-gatal.

Malah ia boleh dicuba terlebih dulu dengan mengenakan pada bahagian lain tubuh seperti leher, lengan dan bibir terlebih dulu.

Kesan penolakan produk juga boleh dilihat sekiranya bila anda tidak menggunakannya, kulit bertukar menjadi kemerah-merahan, bengkak atau mengelupas.

Pengurus Kanan Pendidikan Estee Lauder, Audrey Ang, berkata ada salah tanggapan bahawa produk pemutihan dikatakan boleh menyebabkan kulit menjadi nipis apabila kulit bertambah cerah, melainkan jika produk itu mengandungi rumusan tertentu yang dilarang sama sekali digunakan dalam penghasilan produk kecantikan di negara ini.

“Bahan merkuri, dikatakan sangat cepat menghilangkan noda dan membuat warna kulit lebih terang, namun berbahaya bagi kulit dan dapat meracuni sistem saraf serta ginjal, sementara hidrokuinon sering menyebabkan berlaku kegatalan kepada jelapang kulit, membuat kulit sensitif dan mudah terasa bagai terbakar.

“Malah ada menyatakan sekiranya wanita memakai produk diperkaya rumusan hidrokuinon, akan menyebabkan wanita perlu terus bergantung kepada produk berkenaan lantaran apabila berhenti menggunakannya, cela pada wajah akan segera kembali lagi,” katanya.

Bahan kimia tretinoin atau aha, pernah dibuktikan di makmal bahawa ia memberi kesan meluluh atau menanggalkan sel-sel kulit mati yang mengandung pigmen, sehingga kulit mudah menjadi gatal dan sensitif.

Hakikatnya, tidak salah berusaha memutihkan kulit wajah, tetapi perlulah mencari rumusan paling serasi dengan individu, manakala produk berkenaan dihasilkan syarikat yang memang arif mengenai sains dan teknologi kecantikan.
Sebagai produk kecantikan yang dipercaya oleh golongan Hawa, Estée Lauder kini mempersembahkan rumusan diperbaharui Cyber White, produk yang memiliki sistem pencerah kulit paling komprehensif.

Penemuan produk penjagaan kulit yang turut bertindak sebagai pencerah wajah, melalui proses cukup panjang, yang mana Estée Lauder bekerja keras menambah pengetahuan mereka mengenai kulit wanita Asia setelah melewati pengalaman 20 tahun dalam hal ehwal penjagaan wajah cerah berseri. Hakikatnya kulit wajah terdiri daripada beberapa jenis berbeza, justeru cara menangani juga berbeza.

Ang, berkata produk berkenaan diperbaharui disebabkan kesan noda hitam individu berbeza dan ada juga bintik hitam yang tumbuh berulang kali pada tempat sama.

“Rumusan yang terbaru adalah sejenis herba digelar ‘kudzu root’ yang dikatakan mampu menghalang produksi melanin dan sesuai dipakai oleh semua wanita yang inginkan kulit cerah dan mengurangkan kesan jeragat pada wajah. Produk ini sesuai untuk wanita berusia 18 tahun ke atas lantaran pada usia ini kulit semakin stabil dalam menerima perubahan hormon dalam tubuh,” katanya.

Ang berkata, dengan campuran ‘glucosamine’ yang diperbuat daripada gula, produk berkenaan membantu membuang sel mati, sementara ekstrak kunyit pula mengurangkan penghasilan jeragat jauh ke dalam lapisan kulit.

“Advanced Performance Brightening Essence membantu merawat serta menghalang semua empat bintik utama. Ia bertindak menerusi empat rumusan di dalamnya termasuklah ‘clarity recovering protein’ yang bertujuan menyokong struktur kulit; ‘melanin dissolving technology’ membantu mengurangkan penghasilan melanin; ‘glucosamine’ pula menghilangkan sel kulit mati sementara ‘kudzu root’ mengurangkan kesan kegatalan dan menghalang pengeluaran melanin,” katanya.

Ang berkata, kajian membuktikan penggunaan selama lapan minggu membantu mempertingkatkan pencerahan kulit sebanyak 79 peratus sementara mengurangkan kesan hitam jeragat degil sebanyak 50 peratus dan menyamaratakan rona kulit sebanyak 53 peratus.

Tiga produk terbaru Cyber White termasuklah ‘Advanced Performance Brightening Essence’ yang membantu merawat serta menghalang kesemua empat bintik utama. Produk ‘Extra Brightening Rich Moisture Creme’ pula sesuai untuk lembapan intensif tambahan atau sebagai perawatan malam, sementara ‘Extra Intensive Purifying Treatment’ adalah pupur yang berperanan membersihkan pori untuk kesan kecerahan asli. Semua produk berharga antara RM230 hingga RM350.

INFO
Rumusan larangan produk pemutih

# Hidrokuinon - Banyak digunakan dan terbukti berhasil mengubati melasma. Sering digunakan dalam produk penggunaan sebelah malam. Kesan sampingan ialah kegatalan kulit seperti kulit bertukar kemerah-merahan dan terasa panas membara.

# AHA - Di samping memiliki kesan pemutihan, ia juga juga menyebabkan kulit mengelupas dan sering dijadikan rumusan dalam produk penyental.

Rumusan pemutihan yang selalu digunakan

# Vitamin C

# Tretinoin

# Ekstra Licorice

# Blueberry and arbutin

# Soya