Bagaimana anda hendak memberitahu kawan anda bahawa dia mempunyai bau badan yang kurang enak? Tentu tidak tergamak hendak memberitahunya kerana bimbang dia tersinggung. Dalam masa yang sama anda sendiri rasa tidak selesa menahan hidung daripada bau yang cukup meloyakan itu.
Dalam cuaca panas lembap seperti negara kita, badan mudah berpeluh dan apabila bercampur dengan bakteria ia boleh mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan.
Ini boleh menimbulkan keadaan yang tidak selesa apatah lagi jika perlu berjumpa dengan seseorang. Hendak balik ke rumah dan mandi, tentunya mustahil kerana kesuntukan masa.
Bagaimanapun, masalah ini boleh diatasi jika pada setiap kali mandi, anda menggunakan Rexona Shower Clean.
Badan akan terasa segar, bersih dan harum sepanjang hari. Walau sibuk mana pun dan perlu berkejar ke sana sini namun anda tidak risau lagi dengan bau badan anda.
Rexona Shower Clean dibuat eksklusif bagi wanita aktif yang mahukan kesegaran sepanjang hari. Malah bahagian ketiak juga tidak lagi basah dan dilindungi daripada mengeluarkan bau yang tidak enak.
Menurut Pengurus Jenama Rexona, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd., Tanya Teng, pihaknya memahami keluhan pengguna mengenai bau badan dan menyedari pentingnya wanita berasa segar dan bersih sepanjang hari.
"Dalam cuaca seperti di negara kita ini, kita mudah berpeluh walaupun baru melangkah keluar dari rumah.
"Jadi melalui kajian dan penyelidikan yang dilakukan, kami cuba memperbaiki produk kami agar wanita berasa dilindungi dan segar sepanjang masa.
"Setiap wanita perlu memiliki Rexona Shower Clean bagi memberi lebih keyakinan terutama apabila anda perlu berjumpa dengan orang lain. Ia mengandungi gabungan beberapa elemen seperti epal, musk, bunga mawar, melur, bergamot dan sandalwood,'' katanya.
Tambahnya, Rexona Shower Clean juga mengandungi bahan aktif antipeluh yang berkesan mengeringkan ketiak sepanjang hari dan berbau segar.
Selepas ini, jangan bimbang jika anda perlu berpaut pada palang di dalam tren, bersenam di gim, mempunyai tugasan di luar dan sebagainya kerana anda sentiasa berbau segar dan bersih.