Crocband, kasut Crocs

Sambutan pasaran yang menggalakkan terhadap pelancaran tidak rasmi Crocband, kasut Crocs seperti sneakers pada akhir tahun lalu mendorong Crocs melancarkan koleksi penuh dengan pelbagai pilihan warna terang untuk golongan dewasa dan kanak-kanak.

Daripada empat pilihan permulaan, Crocband kini boleh didapati dalam 10 warna menarik untuk dewasa dan tujuh warna yang cantik untuk kanak-kanak.

Pengguna dewasa kini boleh memilih daripada pilihan warna hitam, bubblegum, dahlia, espresso, khaki, hijau muda, biru gelap, merah, putih dan kuning, manakala kanak-kanak pula boleh memilih Crocband berwarna hitam, bubblegum, dahlia, hijau muda, biru gelap, merah atau putih.

Walau warna apa sekalipun yang menjadi pilihan, Crocband mudah dikenali daripada jalur putih tersendiri di keliling tepi tapaknya.


Koleksi Crocband diperbuat dengan bahan Croslitetm acuan penuh, yang menjanjikan keselesaan tiada tandingan dan anjalan kusyen yang ringan, dengan tali Croslitetm untuk mengikat tumit dengan kemas.

Jika mahu menjadikan Crocband anda lebih kreatif, ada lubang untuk butang Jibbitztm untuk memberikannya sentuhan peribadi.

Crocband untuk dewasa berharga RM139 manakala Crocband kanak-kanak berharga RM129. Kedua-duanya boleh didapati di Gedung Konsep Crocs di seluruh negara.

Kini ada juga koleksi selipar Crocband Flip (RM119) yang turut mempunyai gaya Crocband dan sesuai untuk cuaca panas.