Cat Mr Paint Man mesra alam


MR Paint Man Sdn Bhd memperkenalkan cat mesra alam jenama Mr Paint Man yang mampu mengurangkan risiko asma dan alergi terutama di kalangan kanak-kanak.
Pengarah Urusannya Soo Fee Wah, berkata produk terbabit disahkan melalui ujian makmal kurang wap dan mempunyai kadar wap sebatian organik (VOC) rendah.


“VOC dipercayai menjadi punca beberapa komplikasi kesihatan jangka pendek dan panjang antaranya asma serta masalah pernafasan lain.


“Di sini kelebihan Mr Paint Man yang terbukti melalui ujian makmal kurang wap, kadar VOC rendah selain bebas bahan kimia berbahaya,” katanya dalam satu kenyataan media di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Beliau berkata, Mr Paint Man juga menjimatkan berbanding produk lain di pasaran.


“Cat kami dapat menyaluti dinding gelap dengan hanya dua lapisan atau kurang. Jika pelanggan mengecat dinding cerah, Mr Paint Man boleh dicampurkan dengan nisbah air sebanyak 10 peratus dan mengecat satu lapisan saja.

“Ini bermakna, cuma sedikit cat diperlukan untuk mengecat keseluruhan dinding berbanding jenama lain,” katanya.


Menurutnya, syarikat juga memberi kad jaminan hingga lima setengah tahun kepada pelanggan yang menggunakan produk Mr Paint Man.