Clinique Service As You Like It di Mid Valley, Kuala Lumpur

CLINIQUE, jenama pertama yang dibangunkan oleh pakar dermatologi dengan keluaran produk penjagaan kulit yang diuji alahan dan 100 peratus tanpa bahan pewangi kini memberi pengalaman baru kepada pengguna di pusat perkhidmatan baru mereka di Mid Valley, Kuala Lumpur.


Mengetengahkan konsep Clinique Service As You Like It, ia menawarkan perkhidmatan yang pelbagai dan cara baru untuk membeli produk kecantikan di kaunter.

Mendapat inspirasi daripada wanita-wanita hari ini serta tabiat membeli-belah mereka, kaunter tersebut menerapkan rekaan dan teknologi moden untuk meningkatkan fungsi dan memudahkan pelaksanaan konsepnya.

Menempatkan ciri baru seperti bar bedak asas (foundation bar) yang memberi ruang melihat alat solek dan penjagaan kulit dan pada masa yang sama menggalakkan pengguna untuk mencuba dan memilih produk dalam suasana santai.

Di samping itu, kaunter jualan terbaik (best sellers wall) turut dibuka di mana ia menawarkan produk-produk yang paling laris ketika itu.

Menurut Pengurus Besar Jenama Clinique, Sharyn Wong, pihaknya amat berbangga kerana dapat mempamerkan pengalaman membeli-belah yang baru dan serba moden kepada para pelanggannya.

"Dalam usaha memenuhi kehendak pelanggan, kami dapati wanita hari ini sebenarnya mencari pengalaman membeli-belah yang berbeza berdasarkan kepada mood dan seboleh-bolehnya mereka bukan sahaja mahu melihat tetapi juga mahukan perkhidmatan atas permintaan.

''Berpegang teguh daripada situlah, konsep baru ini menawarkan pengguna peluang dan pilihan untuk dilayan berdasarkan kepada syarat-syarat pengguna sendiri iaitu pada masa yang sesuai dan perkhidmatan yang digemari mereka.

''Kami mencipta kaunter berkonsep baru yang mampu berkomunikasi dengan pengguna daripada setiap sudut,'' ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Berkeluasan 493 kaki persegi dan terletak di pusat membeli-belah paling sibuk di ibu kota, kaunter tersebut telah direka bentuk semula secara menyeluruh bagi membolehkan ia menawarkan tahap berbelanja yang pelbagai dengan perkhidmatan yang ditempah khas sekali gus meningkatkan pengalaman membeli-belah secara keseluruhan dan pengguna dapat berhubung dengan identiti jenama ini.

Tambah Sharyn, dengan menawarkan pelanggannya suasana yang menarik, pihaknya sekaligus mahu memansuhkan sekatan fizikal yang lazimnya diamalkan di kaunter-kaunter kecantikan sedia ada.

Clinique Service As You Like It bermaksud pengguna boleh turut serta dalam satu atau semua pengalaman membeli-belah berdasarkan keperluan dan mood masing-masing.

Songket warisan negara

Melayu memang kaya dengan pelbagai seni warisan yang unik dan menarik seperti songket yang merupakan salah satu warisan seni kraf tangan tinggalan zaman yang mempunyai nilai estetika yang tersendiri Kehalusan seni sulaman songket setanding dengan seni lukisan bernilai jutaan ringgit kerana setiap motif dan corak yang ditenun mempunyai maksud dan nilai tersendiri.

Bunga penuh, bunga dalam ragi, bunga tabur, bunga berdiri antara motif dan corak yang disusun pada kain songket.

Dilihat pada corak dan motif songket pasti akan memberi seribu kepuasan kepada penggemarnya. Tetapi cara untuk menghasilkan sehelai kain songket ini bukannya mudah.


Pengarah Urusan Atikah Songket, Noriah Ashari merupakan generasi kelima mempelopori seni warisan tenunan songket daripada ibunya, Atikah Mohd. yang memang terkenal dengan pembuatan songket sejak berzaman.

Berpeluang bertemu dengannya untuk mengetahui perkembangan terkini songket di negara ini Noriah berkata, songket amat mendapat tempat di hati setiap mereka yang mahukan kelainan dalam berpakaian tambahan pula ia merupakan satu tradisi lama yang tidak pernah akan lapuk ditelan zaman.

Diangkat setaraf dengan perkembangan batik dan mendapat liputan meluas dalam apa jua pembuatan bagi produk ini semuanya diambil kira dan yang penting ilmu tenunan songket ini perlu dipelajari oleh generasi sekarang.

"Ilmu tenunan songket ini memerlukan seseorang itu mempelajari setiap selok belok penghasilannya dari awal lagi. Selain itu, teknik tenunan merupakan aspek penting untuk menghasilkan songket," katanya.

Jelasnya, keunikan songket terletak pada motifnya. Motif kain songket terdiri daripada dua unsur penting iaitu unsur alam dan tumbuh-tumbuhan. Motif yang sering digunakan meliputi bentuk bunga, daun pucuk dan bahagian tampuk buah-buahan.

Ujarnya, songket terbahagi kepada dua jenis iaitu songket biasa dan songket eksklusif.

"Tenunan songket biasa menggunakan dua lembar benang emas dan 2 lembar benang kapas. Manakala kelainan pada songket eksklusif berdasarkan mutu kehalusan seni tenunan di samping penggunaan benang emas yang pelbagai warna dan kombinasi corak yang lebih menarik," katanya.

Selain itu, tempoh tenunan songket yang menarik dan eksklusif memerlukan masa hampir sebulan atau tiga bulan bergantung pada corak, berbanding dengan songket biasa, hanya memerlukan antara empat hari sehingga dua minggu untuk disiapkan.

Ciri-ciri khusus yang perlu ada pada tenunan songket terdiri daripada tiga bahagian iaitu merangkumi badan, kepala dan kaki.

Selain dijadikan pakaian, songket juga sudah dikomersialkan kepada pelbagai jenis kegunaannya seperti barangan hiasan rumah, cenderamata dan lain-lain.

Atikah Songket kepunyaan Noriah kini berkembang maju di Kuala Lumpur dengan mempunyai dua buah butik di The Mall dan Taman Tun Dr. Ismail.

Kepada penggemar songket buatan Terengganu, bolehlah berkunjung ke butik Atikah Songket yang terletak di No 93, Jalan Aminuddin Baki, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

Oleh SITI AISHAH YUSOFF

Jamu Herba Kencana - Sesuai Untuk Wanita,Lelaki dan Kanak-Kanak

Herba Kencana adalah merupakan produk keluaran Award Life &; Beauty berasal dari pantai timur. Herba Kencana merupakan kombinasi buah-buahan dan bunga-bungaan herba yang telah menjadi rahsia warisan pusaka melayu.


Golongan (Lelaki & Wanita) Yg Disyorkan Mengamalkan Herba Kencana
1. Mereka yang mengalami masalah pembuangan air kecil & besar
2. Pengidap gastrik & ulser
3. Masalah Hernia
4. Sukar tidur
5. Mementingkan kecantikan & awet muda
6. Penghidap hipertensi
7. Pengidap kencing manis
8. Pesakit jantung
9. Mereka yang mengamalkan diet
10. Buasir
11. Resdung
12. Wanita selepas bersalin
13. Masalah berat badan berlebihan
14. Lain-lain

Khasiatnya amat mujarab & sukar ditandingi. Terbukti sebagai PEMAKANAN KESIHATAN serba lengkap yang dapat membaiki pulih sistem dalaman tubuh badan secara semulajadi.



KESAN-KESAN PENGAMBILAN HERBA KENCANA

Terdapat 3 peringkat :-


Kesan Pengambilan 1-3 bulan
a. Melawaskan pembuangan air kecil & besar
b. Menghilangkan kebas anggota badan
c. Menghilangkan pedih disebabkan gastrik & mengurangkan hernia.
d. Mengembalikan keupayaan seks sehingga 80%
e. Kulit terasa licin seperti mengamalkan losyen badan.
f. Cepat berpeluh & bertenaga.
g. Memulihkan kelesuan badan & lenguh-lenguh anggota badan.

Pengambilan 3 bulan—1 tahun
a. Melawaskan pembuangan air kecil & besar
b. Memulihkan hernia sehingga 95%
c. Mengembalikan keupayaan seks hingga 100% (normal)
d. Pembuangan toksik melalui perkumbuhan secara ketara.
e. Mengembalikan kecerdasan minda & keupayaan berfikir.
f. Menghalang komplikasi akibat diet seperti gastrik.
g. Menghilangkan pening kepala dan lenguh-lenguh terutama di bahagian tengkuk, bahu dan tulang rusuk.
h. Membataskan selera makan (rasa seperti kenyang)
i. Menghilangkan masalah sukar tidur.

Pengambilan 1 tahun – 1 1/2 tahun ke atas
a. Memulihkan herma sehingga 100%
b. Meningkatkan stamina
c. Mengurangkan sensitiviti terhadap pengambilan makanan & kurang tidur (bagi pesakit hiperrtensi)
d. Menghilangkan komplikasi akibat hipertensi lebih kurang 80-90%
e. Awet muda
f. Memudahkan tidur dan mencapai tahap kepuasan tidur sehingga 100%
g. Menurunkan berat badan ke tahap ideal.




KELEBIHAN UTK IBU-IBU SELEPAS BERSALIN
1. Mengatasi masalah peranakan ke bawah (jatuh) & mengecutkan rahim
2. Mengelakan buasir
3. Mengatasi masalah darah beku dalam rahim.
4. Mengatasi masalah lubang faraj mengebang dan menguatkan semula otot-otot faraj.
5. Mengatasi masalah buah dada kendur dan berubah bentuk dengan menegangkannya kembali.
6 . Mengatasi masalah dingin seksual & menambahkan keghairahan serta mencepatkan klimaks
7. Mengatasi masalah sukar mencapai Klimaks.
8. Mengatasi masalah faraj berair dan berbau
9. Mengatasi masalah faraj dingin.
10. Menyelesaikan masalah keyakinan memuaskan pasangan.
11. Awet muda.
12. Mengeluarkan kotoran seperit darah kotor dan saki baki lendir dan keputihan dari dalam rahim.
13. Menyembuhkan ketumbuhan (fibroid) dan ketumbuhan daging di bawah bibir faraj.
14. Menghilangkan sakit-sakit di bahagian tumit, sendi dan angota badan.
15. Menegangkan kulit perut yang kendur akibat mengandung.
16. Menambahkan hormon..
17. Kulit halus, licin dan gebu.
18. Agen imunisasi
19. Menghilangkan bau badan.
20. Membuat badan hangat, cepat berpeluh dan bertenaga.
21. Melancarkan pejalanan darah.
22. Memulihkan kembali sistem dalaman wanita selepas bersalin.
23. Anak yang menyusu badan sukar menghidapi demam dan lebih aktif.
24. Melambatkan monopaus.
25. Mengekalan warna hitam rambut dan mengelakan keguguran
26. Menurunkan berat badan.

Harga Pasaran bagi Herba Kencana : RM 45.00 sebotol.

Sabun Jongkong Emas ZMASHA 24K Pure Gold

Sabun Jongkong Emas ZMASHA 24K Pure Gold
Harga pasaran: RM69 seketul 


Kajian saintifik membuktikan Emas mampu menggalak penyerapan molekul oksigen ke dalam kulit serta membolehkan fungsi selular atau sel berada pada tahap paling tinggi yang menghasilkan kulit sihat berseri dan bersinar… Alami perubahan wajah hanya dalam beberapa minit.



ANTIPENUAAN…MENCERAH…MELEMBAB… MERAWAT…
.
24k Pure Gold Beauty Bar bertindak sebagai antipenuaan semasa membersihkan wajah agar berseri dan bersinar. Sabun kecantikan wajah membantu mengatasi masalah kedutan serta mengimbangi ton warna kulit agar menjadi lebih anjal, lembut, cerah dan
gebu tanpa suntikan!!!

FORMULASI UNTUK MENGHILANGKAN GARISAN HALUS
.
CARA PENGGUNAAN :
~ Gosok sabun dengan air sehingga berbuih pekat, ratakan kemuka/leher selama 2 minit kemudian bilas sehingga bersih…
~ Boleh digunakan sebagai masker seminggu sekali (biarkan diwajah selama 10 minit-kemudian bilas bersih)…
~ Sesuai untuk semua jenis kulit (kecuali jerawat yang teruk)…
~ Sesuai untuk yang berusia 18 tahun keatas lelaki dan perempuan…
.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjoVE4TiWTBfqv_UKc_RNxAPZRssxMtEpJfMpr6zWVnMeNpRWUR8O-hXAYyzJ-i7csVfDOQlNV0ptrj1ZWYqJ_RZwAJm7uJ9pRhg1rtsnrkQaNhhRIua9KdW4R1ddITs-UGjSYw-hosRKVW/s320/pro6+%25281%2529.jpg
.
Zmasha 24K Pure Gold (Beauty Bar) yang diformulasikan khas oleh Zmasha merupakan sabun muka yang mengandungi kolagen dan kandungan 2 kali ganda hablur emas 99.9% yang bertindak sebagai anti penuaan pada kulit wajah. Kolagen yang merupakan bahan aktif utama dalam produk ini berfungsi membantu memperkuatkan dan mengaktifkan penghasilan serat kolagen dan elastin didalam lapisan dermis. Kolagen terbukti dapat mengurangkan kedutan, garis-garis halus, mengembalikan keanjalan kulit serta mengekalkan kandungan kelembapan semula jadi dan merawat wajah. Sesuai untuk semua jenis kulit dan dengan pemakaian semua jenis produk kecantikan yang berada di pasaran, ianya juga boleh digunakan untuk lelaki dan wanita yang menjaga penampilan. Pengguna 2 kali sehari memberi kesan MERAWAT – MENCERAH – MENEGANG dan ANTIPENUAAN serta boleh juga dijadikan sebagai masker seminggu sekali yang menariknya pemakaian yang berterusan boleh melambatkan proses penuaan kulit bagi yang telah berusia 25 tahun keatas.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjWyjPoHvMIcFYdXxxdWDbHq0duezRP_nAnUcAMNK6BP286H7JMRrlSjQDHfUNxbNv86NVZsmkBSEL_uY-fLJqlkLwU06Zt_HunaxUj7EM6WGtlP0ut4xWuIrbRqs8iIWfADcSJBPu_sAYU/s320/zm2+%25281%2529.png
.
Zmasha 24K Pure Gold Beauty Bar ini di jual dengan harga RM69.00 bagi 40gm dan mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Not101200794k. Miliki formulasi yang hebat ini dan jadikan ianya pilihan yang terbaik untuk kebersihan wajah anda hari ini.

Koleksi beg Anya Hindmarch di butik Anya Hindmarch, Parkson, Pavilion

Mula terkenal dengan rekaan beg kanvas ‘I Am Not A Plastic Bag’, pelakon British, Anya Hindmarch sebenarnya telah bermula dengan promosi Be a Bag yang membolehkan pelanggan mencetak gambar sendiri pada beg mereka.

“Bukankah itu satu perkara yang menarik, beg anda terpapar wajah anda!” jelasnya yang giat mempromosikan beg rekaan sendiri itu pada tahun 2001. Dengan bermotifkan kebajikan, Hindmarch mengorak langkah menceburi industri kasut dengan seorang rakan kongsi di Venice. Jangan pandang dia sebelah mata kerana rekaan Hindmarch yang diberi nama Her First Class Amenity kit, dipilih khusus oleh British Airways, sekali gus menaikan reputasi dan menaikkan nama Hindmarch sebagai pereka tersohor di peringkat antarabangsa.


Beg kanvas ‘I Am Not A Plastic Bag’ juga punya ceritanya sendiri. Ia sebenarnya bermula dengan kerjasama satu badan kebajikan aktivis United Kingdom yang diberi nama We Are What We Do, yang mana persatuan ini cuba memberi inspirasi kepada orang ramai menggunakan tindakan seharian mereka untuk mengubah dunia menjadi lebih baik. Kumpulan aktivis ini telah bertemu dengan Hindmarch dan memulakan kerjasama mereka dengan mencari satu solusi beg yang mesra alam sekitar, praktikal dan berupaya membawa mesej yang hendak disampaikan kepada orang ramai. Sudah pasti motif utamanya ialah untuk meminimumkan penggunaan beg plastik yang ternyata tidak mesra alam.

Fenomena ‘I Am Not A Plastic Bag’ pastinya meledak apabila golongan selebriti termasuk Keira Knightley, Alicia Silverstone dan Lily Allen menggayakannya.

Apabila beg tersebut mula dipasarkan di kedai runcit Sainsbury‘s di Britain, ia amat laris, di pasaran eBay juga ia dijual dengan harga ratusan dolar. Orang ramai sanggup berbaris sebelum kedai di buka semata-mata untuk mendapatkannya.

Hindmarch juga mencipta fenomenanya sendiri di Malaysia. Terbaru beliau melancarkan koleksi cool, seksi dan wanita glamor yang tahu apa yang mereka mahukan dan berani menyuarakannya.

Inspirasi untuk koleksi SS11 ini sudah tentunya gabungan pelbagai mood wanita yang sentiasa berubah mengikut keadaan. Penggunaan warna-warna alam yang ceria ditambah seri kilauan logam serta perincian menarik. Antara yang terdapat dalam koleksi ini ialah dari kumpulan The Maxi Zip, Enamel Stud Family, The Lacing Family, Evening dan Basket. Dan istimewa untuk peminat Hindmarch, dalam koleksi ini juga menawarkan kasut wanita yang comel sesuai untuk dipakai pada waktu malam atau siang.

Koleksi terbaru ini telah dilancarkan di butik Anya Hindmarch, Parkson, Pavilion oleh pengarah urusan Anya Hindmarch Malaysia, Soo Shea Pin.

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL

Charles Worthington - Produk Penjagaan Rambut

Charles Worthington merupakan antara penata rambut prolifik di London, menarik pelanggan dari kalangan selebriti.

Dengan lebih 20 tahun pengalaman, Charles telah memenangi pelbagai anugerah antarabangsa. Beliau juga merupakan pentara rambut yang dicari-cari setibanya musim penganugerahan seperti Anugerah Golden Globe dan Oscars.

Setelah sekian lama - 25 tahun sejak jenama tersebut dimulakan - produk rawatan rambut Charles Worthington yang di sasarkan pada golongan Hawa berusia di antara 18 hingga 35 tahun, akhirnya boleh didapati di ibu negara.


Di bawah jenama Charles Worthington terdapat tujuh rangkaian produk iaitu Results and Takeaways, Q&A Frizz and Sensitive, Dream Hair, Big Hair (US), Results for Men, CWSTYLE.COM and sikat rambut.

Charles Worthington boleh diperolehi secara eksklusifnya di Watsons sejak 8 April lalu.

Untuk maklumat lanjut, sila layari charlesworthington.com

Minyak Wangi Sempena Hari Ibu oleh Lancome

Sempena Hari Ibu yang bakal tiba, Lancome telah menyediakan tiga rangkaian wangian buat ratu di hati anda.


Miracle
Set Miracle mengandungi Eau De Parfum spray (50 ml), losyen badan Miracle (50 ml), gel mandian Miracle (50 ml) dan satu mini Hypnose Mascara (2ml) pada harga RM230.

Dilancarkan pada tahun 2001, Miracle mengetengahkan haruman yang berbunga dan bersifat kewanitaan. Ia sesuai digunakan untuk 'casual wear'.

Tresor
Set Trésor ini mempunyai Eau De Parfum spray (50 ml), losyen badan Trésor (50 ml), gel mandian Trésor (50 ml) dan satu mini Hypnose Mascara (2ml) berharga RM230.

Dilancarkan pada tahun 1990, Trésor merupakan wangian jenis oriental klasik, paling sesuai dipakai di siang hari.

Tresor In Love
Set ini merangkumi Eau De Parfum spray (50 ml), losyen badan Trésor in Love (50 ml), gel mandian Trésor in Love (50 ml) dan satu mini Hypnose Mascara (2ml) yang dijual pada harga RM200.

Tresor in Love merupakan interpretasi baru kepada Tresor yang mengetengahkan wangian jenis 'floral fruity'.

Rawatan mudah cara Dr Jism

"Saya sentiasa sibuk dengan tugas di pejabat, mana ada masa untuk melakukan senaman..." Ini adalah ayat yang sering kita sebut setiap hari apabila ditanya mengenai masa untuk mengeluarkan peluh dan berekreasi.

Inilah fenomena masyarakat bandar yang sentiasa sibuk mencari rezeki yang kadangkala tidak mempedulikan penjagaan kesihatan dan keperluan untuk bersenam atau berjoging.


Akibat sikap negatif itu, masyarakat kini terdedah kepada pelbagai penyakit kronik. Lebih malang ada yang mendapat penyakit itu ketika usia masih muda.

Justeru, apa penyelesaian kepada masalah ini. Adakah kita akan terus membiarkan keadaan ini berterusan sehingga menjadi wabak yang sukar dikawal.

Setiap penyakit mempunyai penawarnya yang tersendiri. Pun begitu dalam zaman serba moden ini terdapat pelbagai ubat-ubatan yang boleh diperoleh dengan mudah sama ada di klinik mahupun farmasi.

Sebenarnya, pergantungan terhadap ubat berasaskan bahan kimia juga boleh mendatangkan kesan sampingan jangka panjang seperti masalah hati kronik.

Oleh itu pakar teknologi perubatan Jepun mencari alternatif untuk merawat penyakit yang berhubung kait dengan darah menerusi kaedah pembersihan saluran darah dengan mengeluarkan benda asing yang memberi mudarat kepada tubuh.

Ketua Pegawai Eksekutif Al-Jabbar Group, Kamaruzaman Che Hussein berkata, pihaknya merupakan satu-satunya syarikat Bumiputera yang memasarkan terapi medan elektrostatik, Dr Jism di Malaysia.

"Teknologi ini mampu mengurangkan pergantungan terhadap ubat yang memberi kesan sampingan kepada ginjal dan hati.

"Terapi Dr Jism boleh digunakan oleh sesiapa yang ingin mengekalkan kesihatan kerana ia membantu melancarkan perjalanan darah dan memberi kesihatan lebih baik kepada anda," katanya.

Menurut Kamaruzaman, terapi mudah-alih itu sesuai digunakan setiap hari bagi membantu membersihkan saluran darah dan mengecas zat penting agar tubuh badan lebih sihat.

Ia dilengkapi lima fungsi iaitu voltan tinggi, voltan negatif, tenaga gelombang ringan, voltan rendah dan pengionan negatif.

Secara umumnya, rawatan terapi medan elektrostatik pada asasnya menggunakan kaedah getaran arus bagi melancarkan serta memecahkan lemak pada kapilari darah.

Salur darah yang tersumbat itu merupakan punca timbulnya penyakit kronik seperti darah tinggi, strok dan pelbagai penyakit berkaitan darah.

Sementara itu, Kamaruzaman menambah, Al-Jabbar menawarkan perkhidmatan kaunseling kepada pesakit hati menggunakan terapi medan elektrostatik itu untuk mendedahkan mereka kepada manfaat kaedah rawatan moden seumpama itu.

Maklumat lanjut mengenai produk ini boleh diperoleh dengan menghubungi 03-87393209, 03-87393254 atau 017-6413227.

Jika mahu mendapatkan maklumat melalui Internet, layari laman web, www.aljabbargroup.com.

Pengguna yang mahu melihat produk keluaran Al Jabbar lebih dekat boleh datang ke No 13, Jalan Prima Saujana 1/1A, Taman Prima Saujana, Seksyen 1, Kajang, Selangor.

Operasi bermula jam 9 pagi hingga 11 malam.

Spesifikasi Samsung Wave 575

Spesifikasi Samsung Wave 575


Rangkaian HSDPA 3.6 megabit sesaat (Mbps).
Paparan skrin LCD TFT 3.2 inci.
Kamera tiga megapiksel dengan perisian Photo Editor.
Permainan muzik SoundAlive dengan sambungan set kepala 3.5 milimeter (mm).
Penalaan radio FM.
Sambungan Bluetooth, USB 2.0, Mikro USB dan Wi-Fi 802.11 b/g/n.
Memori binaan dalam 100 megabit (MB) dengan sokongan kad memori microSD sehingga 16 gigabit (GB).
Saiz: 109.5 x 55 x 11.9 milimeter.
lBerat: 100 gram (g).
Spesifikasi tambahan: Integrasi pengurusan mesej Social Hub, perisian TouchWiz 3.0, Samsung Apps, Sensor Accelerometer dan RSS Reader.

Akhir tahun 2009 menyaksikan syarikat media digital terkenal, Samsung Electronics Co. Ltd. mencipta sistem operasi terbuka untuk diintegrasikan bersama rangkaian telefon bimbit keluaran mereka.

Dikenali sebagai Samsung bada, pembangunan platform itu bermatlamat menyediakan aplikasi dan pengalaman telekomunikasi terbaik kepada para pengguna.

Produk selular pertama yang menggunakan sistem operasi tersebut adalah model Samsung Wave S8500.

Meneruskan kecemerlangan legasi teknologi itu, Samsung baru-baru ini memperkenalkan pula model Samsung Wave 575 dengan keupayaan platform yang sama.

Ia hadir bersama pacuan teknologi mobiliti pintar dan efisien dalam usaha memastikan pengguna sentiasa berhubung dengan sesiapa dan di mana sahaja.

Bagi tujuan tersebut, Samsung Wave 575 telah tersedia bersama perisian seperti Facebook dan Twitter supaya pengguna boleh mengaksesnya terus daripada skrin utama.

Tidak cukup dengan itu, ia turut disempurnakan bersama teknologi Samsung Social Hub untuk integrasi senarai kontak bersama e-mel, mesej pantas (IM) dan juga rangkaian sosial.

Melalui aplikasi Ultimate Box pula, pengguna boleh mengurus serta mengemaskini kesemua mesej dan e-mel mereka secara serentak.

Bagi memberi pilihan aplikasi untuk dimuat turun, pengguna Samsung Wave 575 ditawarkan dengan platform Samsung Apps untuk capaian sama ada melalui peranti telefon bimbit itu sendiri atau komputer.

Antara aplikasi yang ditawarkan adalah seperti permainan video, navigasi perjalanan, buku elektronik, maklumat kesihatan dan juga gaya hidup.

Dari segi binaan luarnya, Samsung Wave 575 mempunyai reka bentuk yang unik, nipis dan berkualiti.

Kelebihan lainnya pula ditampilkan menerusi sokongan sambungan Wi-Fi berkelajuan tinggi, sistem penentu kedudukan global (GPS) dan capaian informasi kedudukan geografi melalui Google Latitude.

Untuk keupayaan multimedia, model ini didatangkan bersama kamera tiga megapiksel, rakaman dan permainan video serta platform pelayaran web Dolfin.

Dengan segala kelebihan itu, Samsung Wave 575 kini boleh diperolehi daripada pengedar yang sah dengan tawaran harga RM729.

Maklumat dan spesifikasi lengkap mengenainya, sila layari laman web www.samsungmobile.com.my.

Rozita Che Wan duta Safi Rania Gold

Rozita Che Wan dilantik sebagai duta kepada jenama Safi Rania Gold.

“Syukur, Alhamdulillah. Terima kasih kepada pihak UNZA kerana meletakkan kepercayaan kepada saya untuk menjadi duta Safi Rania Gold. Saya rasa bangga dapat mewakili produk kecantikan serta teruja untuk berjumpa wanita di luar sana yang seusia dengan saya untuk berkongsi tentang keistimewaan produk ini.



“Sebelum ini, ada juga tawaran dari produk lain, tapi bila saya guna produk ini ia terbukti bagus, jadi pucuk dicita ulam mendatang,” ujar anak kelahiran Alor Setar, Kedah ini yang mengakui sudah menggunakan jenama ini sebelum dilantik menjadi duta lagi.

“Saya dah guna produk ini beberapa bulan yang lalu. Mula-mula mak saya yang pakai, namun bila dah tinggal satu rumah, saya pun gunalah juga pencuci muka mak. Bila usia dah nak menginjak ke 40 tahun, mula timbul tanda jeragat, jadi saya kena gunakan Safi Rania Gold terutama krim dan serumnya. Tidak dinafikan ia memang bagus.

“Malah, apa yang membuka mata saya dan membuat saya teruja ialah ia dapat hilangkan jeragat dalam masa sebulan saja. Sebelum ini dah banyak produk kami cuba, jadi bila jeragat hilang dan tak naik lagi, itu yang buat saya percaya produk ini memang berkesan. Buat apa nak buang duit kita sedangkan produk ini memang sesuai dengan kita,” jelas Rozita yang cantik berkebaya bewarna emas.

Menurut Pengurus Produk SAFI, Puan Mahsuri Sulaiman, pemilihan Rozita sebagai teraju utama jenama ini memang tepat sekali memandangkan pelakon ini menjadi inspirasi serta ikon kepada wanita masa kini.

“Cantik merupakan sebab paling utama kita pilih dia. Kami suka personaliti dia yang sopan dan ayu serta menepati ciri-ciri wanita Melayu. Kita juga pilih Rozita kerana dia merupakan aspirasi kepada wanita di luar sana. Kami berkenan, teruja dan kagum dengan Rozita sebab dia masih berjaya mengekalkan kecantikan dalam usianya 30-an walaupun sibuk dengan tugas sebagai pelakon dan ibu kepada dua orang anak.

“Malah, maklum balas yang diterima apabila kita mencadangkan nama Rozita juga cukup bagus. Kita rasa berbangga hati bila dia jadi duta kita. Harap dengan perlantikan Rozita sebagai duta dapat menaikkan lagi pelanggan Safi Rania Gold.”

Mengikat kontrak selama dua tahun, pelakon drama Jelatang ini khabarnya menerima tawaran ratusan ribu ringgit dari pihak UNZA sebagai duta jenama ini. Apabila diajukan soalan tersebut kepadanya, Rozita menjawab, “Alhamdulillah, saya bersyukur dengan tawaran yang diberikan.”

Koleksi sandal Crocs, Light On Your Feet

Sempena kehadiran musim bunga / panas 2011, Crocs melancarkan koleksi terbarunya, Light On Your Feet yang serba ringan dan bergaya.

Koleksi kasut sniker uniseks terdiri daripada empat model menarik iaitu kasut uniseks Hover Lace-up dan Hover Slip-on, kasut retro Bowen untuk lelaki dan Crocband Sneakids untuk kanak-kanak.


Hasil daripada teknologi pembuatan hibrid yang inovatif, koleksi Crocs ‘Light on Your Feet’membawakan penutup kanvas atau kulit dengan lubang tali untuk menambah daya tarikan kasut sniker kasual yang tidak ditelan zaman.

Setiap model menampilkan rekaan klasik dan gaya pembuatan yang unik untuk menjamin keringanan yang sukar dipercayai (sebelah kasut lelaki saiz biasa seringan 200 gram sahaja!), keselesaan maksimum dan fleksibiliti yang tiada tandingan.




Rekaan Hover Slip-on memberikan kesenangan ‘sarung dan terus jalan’ sebagai manfaat tambahan. Tapaknya diperbuat daripada bahan Croslite™, acuan penuh dan lebih kompak daripada mana-mana kasut sniker lain. Biarpun tersangat ringan, tapaknya lembut dan selesa. Reka bentuknya juga lain daripada lain untuk memberikan fleksibiliti tambahan serta mudah untuk dibawa ke mana-mana.

Hover Lace-up dan Slip-on boleh didapati dalam pelbagai warna terang untuk disesuaikan dengan sebarang gaya dan ia dijual pada harga RM209 sepasang. Manakala koleksi Bowen berharga RM249 sepasang. Koleksi ini sudah boleh didapati di kebanyakan stor Crocs.

Enfiniti Academy of Musical Theatre and Entertainment Arts ( ENACT) Tiara Jacquelina

Datin Seri Tiara Jacquelina merealisasikan sebuah akademi seni pentas ,Enfiniti Academy of Musical Theatre and Entertainment Arts atau ENACT.

Enfiniti Academy of Musical Theatre and Entertainment Arts atau ENACT

Impian yang dicetuskan lima tahun lalu itu bermatlamat untuk membentuk masa depan industri seni Malaysia dengan meneruskan usaha untuk menghasilkan artis dan penghibur yang berkaliber termasuk tenaga di belakang tabir seperti penerbit, pengarah, penulis dan pengurus pentas yang bersedia untuk membentuk kerjaya mereka ke produksi yang lebih besar di seluruh dunia.

ENACT dirasmikan oleh tiga nama besar West End iaitu Ramin Karimloo, pemegang peranan sebagai Phantom dalam sekuel teater Phantom of The Opera, Love Never Dies, Stephen Rahman-Hughes, pemegang peranan utama sebagai Akash dalam Bombay Dreams dan Hang Tuah dalam Puteri Gunung Ledang The Musical dan Simon Bailey, pemegang peranan sebagai Enjolras dalam Les Miserables. Mereka berada di Kuala Lumpur sempena West End Stars in Concert yang bakal berlangsung di Istana Budaya pada 15 dan 16 April depan.

“ENACT akan menjadi legasi yang saya tinggalkan untuk Malaysia.” Tambah Tiara yang bakal kembali ke pentas dalam teater muzikal The Secret Life of Nora September depan.

Butik akademi itu turut mensasarkan impian untuk menjadi inkubator ikon yang dilatih di Malaysia dan bersedia untuk beraksi ke luar negara. Beza ketara antara ENACT dan akademi seni yang lain ialah persekitaran yang lebih menjurus sebagai sebuah syarikat produksi dalam latihan berbanding hanya sebagai sebuah institusi pendidikan.

“Kami mensasarkan untuk mencipta satu ekosistem seni yang berterusan. Kami telah mementaskan teater muzikal yang diiktiraf sebagai yang paling berkualiti di negara ini dan kami akan terus menghasilkan lebih ramai artis dan penggiat seni pentas untuk meneruskan hayat seni pentas di sini.” jelas Tiara optimis dengan perancangannya itu.

Tiara turut mengumumkan Joanna Bessey, penggiat teater tanahair sebagai Pengarah Kursus di ENACT. Bekas pelakon siri sitkom Kopitiam itu berpengalaman lebih 10 tahun sebagai pelakon dan pengarah untuk siri televisyen, filem dan teater.

Milik sepenuhnya Enfiniti Vision Media, produksi yang sama pernah menerbitkan teater muzikal paling berjaya di Malaysia iaitu Puteri Gunung Ledang The Musical dan P.Ramlee The Musical, ENACT dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang canggih termasuk sebuah “The Black Box Theatre, ruang pelbagai guna untuk latihan dan pementasan berskala kecil. Ia turut dilengkapi studio tarian, studio vokal dan ruang pejabat.

Antara kursus yang dirangka adalah “Dance Like a Star”, bengkel seni tari yang akan dikelolakan pereka tari selebriti, Pat Ibrahim, “Jazzing Up Your Ballet” bersama Suhaili Michelin, “Musical Theatre Couses, bengkel selama 5 minggu menjurus kepada seni teater muzikal dan “School’s Out, Musical Theatre’s In”, bengkel teater muzikal untuk pelajar sekolah.

Mazda3 MPS, Harga atas jalan ialah RM179,895

Pengeluaran Mazda3 CKD dibuat di kilang pemasangan Inokom di Gurun, Kedah. Kapasiti pengeluaran setahun ialah 3,000 unit. Empat varian ditawarkan yang meliputi model sedan dan hatchback. Kedua-dua model didatangkan dengan pilihan enjin 1.6 dan 2.0 liter.

Untuk makluman, sejarah Mazda di Malaysia bermula seawal tahun 1960-an. Lapan tahun kemudiannya, kilang CKD didirikan. Operasi CKD itu bagaimanapun ditamatkan pada 2007. Puncanya, perubahan iklim perniagaan.

Kebangkitan semula jenama itu bermula pada tahun 2008. Beberapa model diperkenalkan secara berperingkat-peringkat oleh Bermaz Motor. Antaranya kenderaan SUV iaitu CX-7 dan CX9, MPV Mazda5 dan Mazda8 selain model sport RX-8 dan MX-5.

MAZDA3 MPS didatangkan dengan enjin MZR 2.3 liter DISI turbocharged.

Segmen sedan eksekutif pula membabitkan Mazda6, segmen subkompak dengan Mazda2, trak pikap BT-50 dan kategori kompak, Mazda3.

Pengarah Urusan Eksekutif dan Pengurus Besar Jualan Luar Negara Mazda Motor Coporation di Jepun, Yuji Nakamine berkata, Malaysia mencatatkan pertumbuhan jenama Mazda terpantas di ASEAN.

“Perniagaan Mazda berkembang lima kali ganda dalam tempoh tiga tahun. Malaysia juga memiliki barisan model Mazda antara terbesar di dunia. Lebih banyak berbanding Jepun,” katanya.

Selain Mazda3 CKD, versi yang lebih berkuasa, Mazda3 MPS turut diperkenalkan. Harus diketahui bahawa model berprestasi tinggi itu hanya ditawarkan di Jepun dan Malaysia.


Model itu diimport sepenuhnya (CBU) tersebut dilengkapi enjin MZR 2.3 liter DISI turbocharged. Ia mampu mencatat kelajuan maksimum 250 kilometer/sejam (km/j). Sementara pecutan 0-100km hanya mengambil masa 6.1 saat.

Ciri keselamatan meliputi kawalan cengkaman, Dynamic Stability Control dan enam beg udara. Paparan pemuka dilengkapi pelbagai paparan maklumat (MID) dan meter gauge LED turbo boost, bluetooth dan sistem bunyi jenama Bose.

Mazda3 MPS didatangkan dalam empat warna iaitu merah, putih, biru dan metalik aluminium. Harga atas jalan ialah RM179,895.

Pesta Bulan Berlian Habib Jewels dari 1 April hingga 2 Mei

Berlian adalah harta yang tidak ternilai sejak berkurun lamanya, dikagumi kewujudannya di seluruh dunia dan sebagai lambang kesempurnaan dan peribadi si pemakai.

Pada zaman kerajaan Victoria berkuasa di England, berlian menjadi simbol kebesaran kuasa diraja dan ia menghiasi lambang pemasyhuran, pedang dan barangan kemas. Mungkin ramai yang tidak tahu Permaisuri Victoria menggelarkan sambutan Hari Jubli ke-50 baginda sebagai Jubli Berlian.

Sebagai tanda penghargaan kepada berlian, Habib menganjurkan jualan tahunan yang dinamakan Pesta Bulan Berlian dari 1 April hingga 2 Mei. Bertemakan Multiply Your Beauty, Multiply Your Charm, Multiply Your Dazzle, Habib akan menampilkan daya keunikan berlian bagi menepati cita rasa wanita hari ini.

Sifat berlian yang versatil sebenarnya mampu menyerlahkan penampilan anda di setiap masa dan situasi.

Tidak kiralah malam atau siang, busana formal atau kasual, berlian Habib direka khusus untuk penampilan anda agar kelihatan elegan dan klasik.


Pesta Bulan Berlian Habib menyediakan variasi barangan kemas berlian dari kategori emas putih, emas kuning dan juga emas rose. Ia direka khusus untuk wanita yang mahukan penampilan yang hebat menawan. Malah set barangan kemas emas rose juga menjadi elemen penggayaan hebat para selebriti dan aktres Hollywood seperti Katie Holmes dan Mariah Carey.

Pada promosi kali ini Habib turut akan menampilkan koleksi barangan kemas, berlian, intan, permata yang terkini dan sesuai dengan perkembangan arus fesyen dunia.

Antara potongan berlian yang dijangka menambat hati wanita ialah sepasang subang 'candelier' yang diikat penuh seni dengan emas rose dan bertatah tiga jenis potongan batu-batu berlian. Kesemuanya berjumlah 281 biji batu berlian untuk subang tersebut.

Tip shopping dan beli-belah dalam talian

Shopping di internet: Panduan dan tips

* PC mestilah dilindungi. Sebelum memasuki talian pastikan PC dilengkapi perisian anti virus atau perisian keselamatan Internet yang dikemas kini untuk melindungi daripada perisian pengintip, virus, cecacing dan lain-lain ancaman.


* Jangan abaikan tabiat baik ketika membeli-belah. Disebabkan membeli-belah di dalam talian, tidak bermakna anda boleh lupakan tabiat biasa seperti membuat tinjauan atau membuat perbandingan harga terlebih dulu sebelum membeli.

* Buat carian penilaian yang pernah dibuat oleh orang yang pernah membeli barang daripada syarikat yang sama. Ia bertujuan untuk mendapatkan idea terbaik mengenai kebolehpercayaan syarikat itu.

* Lakukan transaksi hanya menerusi laman web yang selamat dan boleh dipercayai. Sebelum membuat belian, pastikan pemilik laman terbabit memiliki ikon yang menunjukkan ia mengambil pendekatan program keselamatan tertentu.

* Bayar gunakan kad kredit. Salah satu perkara yang sering diperkatakan ketika membeli di dalam talian ialah penyalahgunaan kad kredit. Secara ironiknya, membayar menggunakan kad kredit adalah kaedah paling selamat untuk melakukan trasaksi di laman web kerana teknologi enkripsi dan validasi yang digunakan adalah antara yang paling selamat.

* Cetak resit atau helaian pengesahan pembelian. Sewajarnya anda menerima pengesahan belian secara langsung dari laman web atau emel setiap kali selepas membuat belian. Jika belum dapat, ambil perhatian! Sentiasa pastikan pengesahan itu sehingga produk yang dibeli sampai ke tangan anda.

HSBC Mobile Banking: Khidmat perbankan HSBC kini di hujung jari

HSBC Bank Malaysia Bhd memperkenalkan perkhidmatan perbankan mudah alih bagi menampung peningkatan permintaan daripada pelanggannya terhadap kemudahan sedemikian.

Perkhidmatan dikenali sebagai `HSBC Mobile Banking' itu adalah sama seperti perbankan internet yang ditawarkan bank itu, dengan kemudahan melakukannya di mana saja.

Pelanggan yang memiliki peranti seperti iPhone, iPad dan telefon Android seperti HTC Desire dan Samsung Galaxy S kini boleh mengakses akaun masing-masing menerusi aplikasi perkhidmatan itu.

Ia memberikan akses mudah kepada kedua-dua segmen pelanggan runcit dan korporat untuk menggunakan telefon mudah alih masing-masing melakukan urus niaga perbankan.

Antara kemudahan yang disediakan termasuk untuk menyemak baki akaun, melihat urus niaga yang dilakukan, membayar bil, memindahkan wang, menyemak kadar tukaran asing serta mendapatkan promosi dan keistimewaan terkini.

Pada masa sama, HSBC turut melancarkan satu platform mudah alih untuk program keistimewaan kad kredit globalnya yang membolehkan pemegang kad mengakses portal HSBC dengan menggunakan aplikasi home&Away `HSBC Mobile Banking'.

Portal home&Away itu menyediakan kira-kira 4,000 tawaran eksklusif daripada 19,000 cawangan rakan niaga di 160 negara kepada pemegang kad kredit HSBC.

Di rantau Asia Pasifik, kemudahan home&Away itu menawarkan kira-kira 2,700 perkhidmatan pelancongan, restoran, beli-belah, kesihatan dan kecantikan di 38 negara.

Pemegang kad kredit HSBC juga boleh meninjau semua keistimewaan yang diberikan pada peringkat global dengan menggunakan perkhidmatan 'HSBC Mobile Banking' dan mencarinya menerusi negara, jenis kad, kategori peniaga dan nama.

Pemegang kad juga boleh mengenal pasti keistimewaan itu menerusi lokasi dengan menggunakan ciri-ciri `kemudahan berdekatan' dan boleh meninjau kedudukannya menggunakan peta.

Sementara itu, seksyen `Pilihan Hangat' menyenaraikan tawaran paling popular terkini yang ada pada satu-satu masa.

Pengurus Besar Perkhidmatan Kewangan Peribadi HSBC Bank Malaysia, Lim Eng Seong, berkata pihaknya yakin perkhidmatan baru ini dapat memenuhi permintaan pelanggan bank itu yang semakin bijak menggunakan teknologi.

"Dengan adanya generasi baru pelanggan yang beralih kepada teknologi, mereka mahukan kemudahan dan kepantasan dalam setiap perkara dilakukan termasuk urusan perbankan. Justeru, 'HSBC Mobile Banking' dapat menawarkan keselesaan dan kaedah fleksibel untuk menguruskan kewangan di hujung jari," katanya.

Pelanggan yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan `HSBC Mobole Banking' dan portal home&Away boleh melayari laman web bank itu di www.hsbc.com.my.

Produk Kérastase Chroma Sensitive

Gaya rambut sama dan sentiasa berwarna hitam ada kalanya membosankan dan memerlukan perubahan untuk menukarkan kepada warna lain bersesuaian dengan tona kulit bagi menyerlahkan penampilan seseorang.

Mewarnakan rambut juga sudah menjadi trend generasi sekarang untuk menampakkan kelainan dan kepuasan dalam berfesyen. Tambahan pula, lambakan pewarna rambut di pasaran memberikan pilihan yang mana terbaik untuk wanita, meskipun menyedari kekerapan mewarnakannya menyebabkan rambut kurang sihat sekiranya tidak dijaga sempurna.

Kajian pasaran mendapati seorang daripada dua wanita akan mewarnakan rambut mereka. Namun hampir 57 peratus wanita percaya warna yang cantik ialah warna kekal tetapi ia memerlukan penjagaan lebih rapi berbanding rambut semula jadi.

Rawatan kimia berulang kali ditambah faktor persekitaran, melemahkan fiber rambut, selain mempercepatkan ia menjadi kusam.

Tiada apa yang lebih teruk apabila warna rambut kian pudar selepas beberapa hari diwarnakan. Apatah lagi, selepas membelanjakan sejumlah wang yang banyak dan masa yang lama dan kesannya cukup mengecewakan. Sudah tentu kita ingin mengekalkan warna rambut berkenaan dan seri warna selama mungkin.

Memahami situasi wanita yang sering mewarnakan rambut, jenama produk kecantikan rambut, Kérastase mencipta teknologi inovasi dan teknik baru penjagaan rambut berwarna. Teknologi Chroma Cristal diperkenalkan menerusi rangkaian produk Kérastase Chroma Sensitive bertujuan bagi mengelakkan kepudaran rambut yang diwarnakan.


Educetor Kerastase, Tan Kai Li, berkata selepas mewarnakan rambut, penggunaan syampu yang berlebihan dan geseren ketika membasuh rambut menyebabkan warna tidak tahan lama dan kian pudar.

"Buih syampu biasa dan geseren ketika membasuh rambut boleh merosakkan gentian rambut sekali gus menyebabkan kebocoran pigmen warna. Selepas membilas rambut, gentian lebih sensitif menyebabkan warna menjadi pudar dan tidak bermaya," katanya pada majlis memperkenalkan Kérastase Chroma Sensitive di Hotel DoubleTree by Hilton, Kuala Lumpur, barubaru ini.

Rangkaian terbaru Kérastase Chroma Sensitive ialah Chroma Sensitive Cleansing Balmdan Chroma Cristal Shine Perfecting Mist. Ia dirumuskan dengan teknologi penjagaan rambut pertama dwifasa yang memungkinkan dua rumusan digabungkan dalam satu produk untuk kesan berganda dan sempurna.

Tan berkata, ia berasaskan pekatan minyak yang melindungi warna daripada pencemaran keliling dan mengekalkan gentian untuk kilauan mutlak. Rumusan berair memastikan resapan bahan aktif berkesan bagi penyerapan yang mendalam dan kemasan yang lebih sekata. Chroma Cristal menyerlahkan kilauan rambut dengan penggilapan gentian menerusi antioksidan dari Vitamin E.

"Haruman sangat penting untuk produk cucian rambut. Chroma Sensitive & Cristal adalah gabungan bungaan dan buah-buahan serta mengeluarkan bau kayu kayan bagi menyempurnakan keharuman dan menyerlahkan kelembutan rambut," katanya.

Produk Cleansing Balm adalah sapuan pembersih pertama kurang buih yang melindungi kepudaran warna sehingga 90 peratus dengan menggunakan selepas seminggu rawatan mewarna rambut. Ia bertindak sebagai anti-pudar dan diikuti dengan Bain Chroma Riche pada minggu seterusnya.

Sementara itu, Shine Perfecting Mist pula didefinisikan sebagai rawatan yang merangsangkan kelembutan dan kececairan. Memberi kesan sempurna dan sentuhan terakhir.

Produk Kérastase Chroma Sensitive boleh didapati pada harga antara RM90 hingga RM108 bermula April ini.






Herve Leger Femme Avon, harga RM109 di Semenanjung, RM125.35 (Sabah & Sarawak)

Minyak wangi mampu mencetus penataan peribadi setiap individu yang gemar kepada wangian dan keunggulan yang menyatu kerana dengan kehadiran kedua-dua elemen berkenaan, pastinya diri berada di puncak keyakinan yang tinggi.
Justeru, tidak mustahil ramai yang berhati-hati memilih minyak wangi yang ingin digunakan kerana ia menyumbang kepada sifat diri untuk menghadapi hari tegang sama ada di tempat kerja atau berurusan dengan masyarakat.



Minyak wangi dengan ciri bau-bauan bungaan umpamanya menjadi pilihan ramai kerana selain kekal wangi sepanjang hari, ia juga adalah ciri kewanitaan sejati yang tidak lekang oleh hari walaupun mengalami suasana tertekan mahupun bekerja keras di lapangan.

Jenama yang sentiasa menyokong kuat kehadiran wanita walau dalam apa juga suasana, Avon, baru-baru ini, melancarkan minyak wangi terbarunya dengan kerjasama pereka fesyen antarabangsa, Max Azria dalam usaha meletakkan wanita pada kedudukan lebih unggul.

Herve Leger Femme untuk wanita, seunik namanya diadun daripada pati tumbuhan yang membangkitkan rasa yakin pada diri apabila anda menyemarakkan bauannya pada badan kala berpergian atau setapak melangkah keluar dari kediaman.

Pengurus Komunikasi Jenama Avon, Noorashikin Selamat, berkata minyak wangi dengan gandingan fesyen daripada Max Azria itu menggunakan bahan terpilih dan diadun dengan cukup teliti bagi menyerlahkan keistimewaan wanita.

"Herve Leger istimewa kerana ia adalah gandingan pati wangian dan fesyen yang dihadirkan serentak untuk menguatkan lagi penataan kemunculan wanita walau di mana saja mereka berada.

"Bahkan, dengan baubauan terpilih serta potongan esklusif ilham Max Azria, haruman ini mencetus elemen glamor dan sensualiti serta mengungkap keperibadian dinamik wanita dengan koleksi adi busana dan koleksi sedia pakai yang esklusif," katanya.

Haruman berkenaan dimanfaatkan daripada kebaikan bunga magnolia Cina yang bersemarak dengan gandingan bau limau gedang merah jambu sicili. Baunya kadang kala membiaskan elemen sitrus dan kadang kala bersemarak dengan wangian kayuan dan flora segar.

Lebih teruja, ada selitan bau bunga oren Maghribi yang diadun dengan kayuan bermadu dan diakhiri dengan dasar seksi kasturi dari kehangatan titisan benzoin, kayu Cypress serta Vanila.

"Kerjasama Avon dan jenama ulung itu memberi kenyataan betapa ia menjadikan wanita hebat dengan aliran cipta gaya menggoda, namun sofistikated untuk wanita masa kini yang meninggalkan keinginan berkekalan.

"Sinonim di seluruh dunia dengan glamor dan sensualiti, Herve Leger oleh Max Azria mengungkap keperibadian dinamik wanita dengan koleksi adi busana dan sedia pakai yang esklusif," katanya.

Herve Leger Femme ternyata sesuai untuk wanita yang ingin berasa seksi, hebat dan berkeyakinan. Harumannya mekar menggoda, ibarat gaun Herfe Leger yang memeluk setiap liku tubuh dengan penuh godaan," katanya.

Kemunculan Herve Leger Femme ini diperkuatkan lagi dengan duta minyak Avon, Fazura Syarifudin yang tampil anggun dalam balutan bandage busana Max Azria, sekali gus mencetus kekaguman khalayak terhadap wangian dan fesyen.


Herve Leger Femme juga unggul kerana dihadirkan dalam bekas moden yang seakan imbasan badan wanita dalam balutan adi busana Azria, kemas serta unik selain mampu menarik perhatian penggemar wangian unggul ini.

Akan berada di pasaran bermula 16 Mac ini, Herve Leger Femme tampil dalam sukatan 50ml pada harga RM109 di Semenanjung, manakala RM125.35 (Sabah & Sarawak). Hubungi Wakil Avon anda atau kunjungi Butik Kecantikan Avon terdekat untuk mendapatkannya. Sebarang maklumat lanjut, hubungi talian bebas tol AVON di 1-800-22-AVON (2866) atau layari http:// www.my.avon.com.

Britney Spears Radiance EDP 50ml, RM200


Britney Spears Radiance EDP 50ml, RM200, dengan adunan berries, bungabunga putih dan kayu Kashmir.

Paris Hilton Tease EDP 50ml, RM172



Paris Hilton Tease EDP 50ml, RM172, segar dengan epal Fuji dan white peach bersulamkan bunga kemboja, melur serta warm sand accord.



Tips bijak membeli belah




* Biasakan diri membuat bayaran tunai ketika membeli. Ini kerana ia akan membantu perancangan jimat dengan lebih berkesan.

* Lakukan perbandingan harga. Tidak semestinya semua barang yang mahal berkualiti, sebaliknya teliti barang bukan dari segi harga dan jenama sebaliknya kualiti.

* Lebih baik membuat bayaran sekali gus jika mampu kerana bayaran secara ansuran sebenarnya menyebabkan kita membayar lebih daripada harga yang sepatutnya.

* Berusaha berjimat dengan cara melakukan sendiri kerja pembaikan yang boleh dibuat dengan tangan sendiri.

* Berbelanja untuk perkara penting saja dan membuat senarai barangan yang perlu serta berdisiplin ketika membeli-belah.