Bedak asas cecair Maqui Miracle Lancome

Bedak asas cecair Maqui Miracle Lancome

Bedak asas cecair Maqui Miracle memberi pilihan kepada wanita dalam memilih bedak bersesuaian kulit mereka.

Ini kerana bedak ini bukan saja berfungsi mencerahkan kulit dan memberi kesan sekata, malah tahan lebih lama.

Wanita yang gemar bersolek inginkan solekan yang bukan saja memberi liputan sempurna, tetapi menjadikan solekan lebih cantik dan cerah.

Maqui Miracle bertindak dengan tiga cara iaitu menerusi teknologi Aura Bright yang meningkatkan ton merah jambu dan kebiru-biruan menerusi cahaya dalaman wajah sekali gus memberikan paras berseri dan semula jadi.

Ramuan kompleks yang terdapat di dalam bedak ini menjadikannya lebih ringan, bebas minyak dan kaya mineral.


Selain itu kandungan Neurowhite kompleks dan UV SPF 26 PA++ membantu menghalang bintik perang dan melindungi kulit daripada kesan pendedahan sinaran ultraungu (UV) harian yang boleh memudaratkan.

Daripada kajian yang dijalankan ke atas 76 wanita, mereka menjelaskan selepas pemakaian selama empat jam wajah kekal bersih, segar berseri dan kelihatan semula jadi. Malah, selepas 12 jam bedak asas masih kekal tanpa kesan minyak, penampilan masih hebat dan liputan masih ada tanpa kelihatan bertompok.

Maqui Miracle kini boleh didapati di pasaran bermula Mei pada harga RM130 sebotol. Ia hadir dalam enam warna yang dikembangkan dan sesuai untuk semua jenis kulit.