Krim Mandian Antibakteria Antabax

Krim mandian berubat kini menjadi segmen penjagaan diri yang mencatatkan peningkatan paling pantas di Malaysia.

Bagaimanapun pengguna tidak menggemari pembersih anti-bakteria yang mempunyai bau yang kurang menyenangkan, menyebabkan kulit menjadi kering dan kasar.


Sebaliknya mereka memilih krim mandian anti-bakteria inovatif generasi baru yang lebih sesuai dengan gaya hidup masa kini.

Bagi memenuhi kehendak pengguna untuk perlindungan yang boleh diharapkan pada kulit dan wangian yang menyegarkan itu, Antabax, tampil dengan rangkaian krim mandian anti-bakteria gaya hidup inovatif.

Ia menawarkan perlindungan 24 jam sepanjang hari dari 99.9 peratus bakteria, diperkaya dengan pelbagai vitamin bagi menjadikan kulit lebih sihat, segar dan tidak kering, diperhebatkan dengan wangian kontemporari.

Rangkaian Krim Mandian Antibakteria Antabax baru ini diperkaya dengan pati vitamin C, E, B3, B5 dan B6 yang mengandungi ramuan anti-oksida dan anti-keradangan kulit.

Ia dapat membantu menjadikan kulit terasa gebu meskipun digunakan setiap hari terutamanya gaya hidup kini yang sibuk.

Semua produk Antabax diuji secara dermatologi, lembut terhadap kulit, segar dan tidak berasa melekit serta kesannya boleh dirasai sepanjang hari.

Krim Mandian Antibakteria Antabax tampil dengan beberapa wangian kontemporari lembut dan memikat, bagi memenuhi cita rasa semua pengguna dan menjadi pilihan sempurna untuk seisi keluarga.

Wangiannya adalah Fresh yang membangkitkan kesegaran, Nature menenangkan sanubari, Gentle yang menyerlahkan kelembutan, Protect pula menyamankan dan Active Deo yang memberi kesegaran berpanjangan.

Krim Mandian Antibakteria Antabax dijual pada harga RM5.90 untuk botol 250ml, RM13.90 bagi botol 650ml manakala bagi pek isian semula 550ml dijual pada harga RM7.95.