Pertandingan Cipta Lagu Irama Malaysia menawarkan wang tunai RM10,000 sebagai hadiah utama; kedua wang tunai RM8,000 dan RM6,000 untuk hadiah tempat ketiga. Tidak ketinggalan wang tunai sebanyak RM1,000 sebagai sagu hati kepada lima peserta peringkat akhir.
Penyertaan dibuka sehingga 31 Mei ini. Setiap lagu dihasilkan tidak melebihi empat minit dan lirik hendaklah menggunakan bahasa Melayu.
Digalakkan pencipta menyelitkan elemen keroncong, dondang sayang, dikir barat, inang, joget dan zapin dalam karya yang hendak dipertandingkan itu.
Peserta turut digalak memuatkan unsur muzik seperti unsur muzik etnik dari Sarawak, Sabah, Cina, India, Orang Asli, Portugis, Bagra dan Arab/Parsi. Tak terkecuali, lirik lagu dihasilkan hendaklah tidak mengandungi unsur negatif dan menyentuh sensitiviti kaum.
Semua lagu iaitu 30 lagu terbaik akan disiarkan di radio Klasik Nasional selaku stesen rasmi dan pemarkahan dilakukan merangkumi 90 peratus juri profesional dan 10 peratus (undian pendengar).
Hanya 10 lagu saja akan disiarkan setiap minggu bermula 5 Jun hingga 26 Jun depan. Hanya lapan peserta yang mendapat undian tertinggi dipilih ke peringkat akhir bertempat di KL Live Hall, Live Centre Kuala Lumpur pada 24 Julai depan.
Untuk keterangan lanjut pertandingan Cipta Lagu Irama Malaysia boleh melayari http://www.jkkn.gov.my/ atau www. kpkk.gov.my.