Pengarah urusan di spa miliknya, Passion To Slim, bekas jururawat yang berpengalaman lebih lima tahun berkhidmat di sebuah hospital swasta terkenal ini mengakui kepentingan penjagaan badan bukan hanya untuk cantik tetapi sihat.
Menerusi pengalaman sendiri yang pernah mencecah berat badan 74 kilogram sehingga menyukarkannya mendapat zuriat, Nor Sharlina Abdul Rashid, 38, berusaha melangsingkan badannya untuk mencapai tahap berat ideal.
"Saya berusaha bersungguh-sungguh memastikan berat badan saya benar-benar bersesuaian. Pernah berkunjung ke pusat diet dan spa, tetapi berat badan saya bukan semakin menurun, sebaliknya sentiasa meningkat membuatkan hati saya risau.
"Oleh itu, saya sendiri mengambil kursus dan terapi kesihatan serta mempelajari teknik urutan di Korea yang menambahkan keyakinan untuk membuka spa sendiri.
"Apabila melaksanakan program diet sendiri dan berat badan menurun sehingga sekitar 50 kilogram, barulah saya yakin untuk melangkah jauh serta ingin berkongsi dengan ramai wanita yang mempunyai masalah serupa," katanya menceritakan pembabitan awal sehingga terdorong membuka perniagaan spa.
Dia juga mengakui dorongan membuka spa itu juga berikutan tertarik dengan teknologi Korea memandangkan diet dan peralatannya amat bersesuaian dengan suasana tempatan.
Memanfaatkan teknologi terbabit di spanya yang beroperasi di Setiawangsa Business Suite, Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur, misinya juga untuk melihat lebih ramai wanita bukan hanya cantik, namun dia mahu mereka kembali sihat, langsing dan menawan.
Memandangkan dia hanya membuka spa khusus untuk wanita Muslimah dengan menyediakan surau dan telekung di spanya, ini menjadikan spanya antara yang menjadi pilihan ramai.
"Apabila pelanggan mengunjungi spa saya, antara perkara pertama dilakukan adalah mengukur berat badan, ketinggian serta usia.
"Di spa ini, kami memberi penerangan secara berhemah dan tumpuan sering diberikan mengenai kepentingan meningkatkan kesihatan diri.
"Kami turut menjelaskan bahawa semakin usia wanita meningkat, metabolisme mereka akan menurun.
"Penerangan percuma sedemikian diberikan supaya mereka sentiasa peka dengan elemen kesihatan serta keperluan masing-masing," katanya.
Mengenai aspek pelangsingan yang disediakan, dia mengakui pelbagai teknologi moden dan tradisional yang dikongsi dengan pelanggan bakal memberi kepuasan maksimum.
Bukan bermatlamatkan keuntungan semata-mata, proses pelangsingan yang ditawarkan kepada pelanggan turut memberikan tumpuan terhadap urutan limfatik untuk membuang selulit serta nyah toksik di samping proses pembakaran lemak menerusi penggunaan mesin.
Mesin yang dimanfaatkan sepenuhnya menggunakan teknologi moden buatan Korea menerusi radio frekuensi itu mampu menembusi 10 sentimeter kadarnya ke dalam badan. Ia dikatakan memberi kesan langsung terhadap tahap obesiti, kandungan air atau lemak yang tidak diperlukan dan membuang toksik dalam badan.
Menurutnya, teknik balutan badan pula bertujuan membentuk atau merampingkan badan yang sebelum ini langsung tiada bentuk.
"Tidak kurang penting, spa ini mengajar cara pemakanan yang betul memandangkan makanan yang dimakan membentuk diri kita yang sebenar.
"Daripada aspek terbabit, ia turut membantu untuk melahirkan tekstur kulit yang licin dan gebu," katanya.
Nor Sharlina turut yakin spa daripada garapan idea sendiri yang sederhana tetapi menenangkan itu mampu memberi kepuasan tersendiri kepada pelanggan.
Untuk sebarang pertanyaan, hubungi 03-42577400/019-3483603 atau layari www.passion-to-slim.blogspot.com.
Passion to Slim
C-1-3A, SETIAWANGSA BUSINESS CENTRE JALAN SETIAWANGSA 11,
TAMAN SETIAWANGSA 54200 KUALA LUMPUR
T: 03 4257 7400 F: 03 4257 5400